Monday, June 9, 2014

Bb Birthday~D'King Mee Udang Banjir & Ikan Bakar Power, Klang Central



Assalamualaikum..

Banyak hari juga tak jenguk blog ni, mood swing semenjak 2 menjak ni.

Ok, hari ni aku nak share satu lagi tempat makan bersama keluarga di Klang. Lokasinya D'King Mee Udang Banjir & Ikan Bakar Power, Klang Sentral. Klang Sentral ini adalah terminal bas express. Kebetulan hari tu, kitaorang siap-siap nak p makan kat Bagan Hailam, tapi kawan hubby minta tolong hantarkan p Klang Sentral, dia nak balik kampung. Plan awalnya nak belanja Hubby dinner sempena birthday dia kat Bagan Hailam kemudian nak ke Uptown Shah Alam tapi dah sampai Klang Sentral macam malas la pulak nak berpatah balik ke Port Klang, ulang-alik gitu. So kita decide makan area-area situ je lah..next time p Bagan Hailam. Lepas buat u-turn kat bangunan Sani Express tu nampak la Restoran D'King tu, teringat review Nad Mama ZN, so kami singgah makan kat situ.
                            
Tak sempat nak snap menu, pinjam pic dari miszrockers

Ada set-set menu dan ada juga ala carte. Aku tak sempat snap menu, kakak yang ambik order tu dah angkat dulu. 

Kami order set untuk 2 orang, set Cik Siti Wan Kembang, dah kata nak makan ikan siakap kan, aku pulak nak makan tomyam. Tengok pada menu tu banyak jenis juga dan boleh makan 3 orang kot.

Tomyam Seafood..hmmmarvelous

Siakap Sweet Sour, Tomyam Seafood, Ketam Ala Patani, Kangkung Goreng Ikan Masin, Telur Dadar, buah-buahan, 2 nasi putih, 2 orange jus. Penat jugak la nak habiskan, last-last tapau bawak balik.

Ikut deria rasa Che Ah bagi 3.5 bintang dari 5 bintang, recommended. Next time boleh p try Mee Udang Banjir D'King.

No comments :

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com