Thursday, June 12, 2014

Gigih Kumpul Setem untuk Redeem Pisau

Gigih nau Che Ah kumpul setem. Setem pos kah? bukan! setem Pasaraya Giant, bila dah cukup boleh redeem dengan pisau, pisau mahal dari German katanya. Everytime p shopping kat Giant, setiap pembelian RM30 dalam satu resit depa akan bagi 1 setem. Target pisau mana nak, kumpul la sampai cukup.
Aku haruslah target nak chopper tu, kena dapatkan 60 setem + RM9.90. 

Sebenarnya kalau tidak kerana suami aku dapat voucher every month from his company kalau capai target, tidaknya aku saja-saja nak keluarkan duit p shopping kat Giant tu. Pada pendapat aku harga barang di Giant ni agak mahal. Yang tak best lagi, harga display kat rak tak sama dengan harga di casher. Ye! 2, 3 kali jugak aku kena. Biasalah pakai voucher kan, sambil ambik barang sambil tekan calculator handphone, kira-kira di handphone RM100, bila kat casher 105. Haa..sapa nak jawab tu.

Berbalik pada setem Giant, selepas 3 kali shopping di Giant, dapatlah aku redeem chopper yang aku nak tu. 
Dapat banyak ni sebab beli 2 Tab kat Giant.
Itu haa, pisaunya, retail price RM210.00 engko, mampu? Tidak ler aku saja-saja nak beli kalau itu harganya, mujur redeem setem Giant dan bayar RM9.90 je. Tak test lagi ni, nanti aku nak test potong ayam, tajam sangat ke engko pisau sampai RM210 harga ko.
Kalau sempat lagi kumpul nanti, nak target Santoku Knife pulak. Gigih engko Che Ah pisau dah berlambak kot, pakainya yang tu jugak. Takpe pisau banyak, senang nak buat kenduri kendara.








2 comments :

Nur said...

Tahniah, dapat redeem pisau.
Saya pun ada juga kumpul stem, tapi nampaknya macam tak sempat je. Mana taknya, shopping sana pun jarang. Kalau pi pun, beli barang sikit je. :)

Cinta Zakirah said...

Hehe..itu pun sebab ada voucher je Yati.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com