Sunday, November 24, 2013

Kisah Televisyen

Alhamdulillah..Sharp Aquos LCD TV sudah kembali berkhidmat setelah hampir 3 bulan tidak berkhidmat disebabkan kerosakan akibat litar pintas, guruh dan kilat. Hujan lebat berserta guruh dan kilat yang kuat di kampung halaman kira-kira 3 bulan yang lalu telah merosakkan televisyen yang dibeli hasil perkongsian saya dan adik untuk mak & family di kampung. Bosan dengan tv lama 39' berjenama INTAN yang saya beli dengan harga RM500 asyik rosak selepas 2 kali baiki, adik menelefon dan menyatakan hasratnya. Selepas perbincangan kami bersetuju untuk membeli tv nipis 42' dan berjenama. Di samping hendak mengikut peredaran semasa, harapan kami apabila pakai barangan berjenama itu tak perlu lagilah kami risau tentang kerosakan. Sekurang-kurangnya tidaklah sekerap tv INTAN itu..

Benar kami tidak menghadapi sebarang masalah selama 2 tahun tv LCD itu bersama kami walaupun mak ayah dan adik saya jarang menonton tv itu. Mereka jarang menonton tv LCD itu kerana lebih selesa menonton tv INTAN yang terletak di ruang dapur. Tv INTAN elok selepas dibaiki dengan kos upah hanya RM100. Manakala adik bongsu saya pula lebih suka menonton tv di biliknya, lengkap dengan dvd player dan sound system. 

Namun hujan lebat disertai guruh dan kilat malam itu telah menyebabkan berlakunya litar pintas sehingga merosakkan ketiga-tiga TV dan satu pemain dvd yang ada dirumah mak. Apa nak dikata? redha je lah..

Setelah survey tempat baiki tv di sekitar Pendang, nampaknya tidak ada yang sudi untuk baiki tv LCD itu, alasan diberi susah dapat barang ganti. Ada kawan bagitau pernah baiki di sebuah kedai tapi kosnya sangat mahal, separuh daripada harga tv, lebih baik beli baru cadangnya.

2 bulan juga tersadai, warranti pun sudah tamat. Bulan lepas ketika balik kampung, abang saya tanya tak mau bawak balik tv LCD tu ke sana ka? try kedai kot sana pulak. Bukan apa katanya, sayang jugak sebab beli mahal, kalau kata 2,3 ratus tu takpa la..ni ribu. Maka dengan gigihnya abang dan encik suami angkat dan muatkan dalam kereta. Dalam otak saya nak bawak ke Sharp Servis Centre di Shah Alam. Sebelum tu saya call dulu tanya sama ada mereka boleh baiki atau tak..mai nak share info :-

Kata kakak customer service tu, kalau nak pihak Sharp pegi check kat rumah boleh tapi upah untuk check sahaja RM50.00. Check sahaja ye,bukan tukar atau repair apa-apa lagi. Kalau hantar ke servis centre, kita hantar sendiri, kos upah untuk check sahaja RM 30. Lepas tu harga baiki bergantung kepada barang apa yang rosak dan ditukar, selalunya dalam anggaran RM1000 katanya. Mak kau mahalnya kan! Kata kakak operator tu lagi, saya cadangkan lebih baik puan beli baru je. Oh,..pandainya hang..bagi idea, kalau hang bagi duit kat aku tak pa jugak. Saya dengan selambanya menjawab, saya beli tv mahal, tapi takleh repair, lagi baik saya beli tv tong yang murah tu senang nak repair. 

Putus angin dengan servis centre, saya call adik suruh dia tanya-tanya kat area Kota Damansara atau kat kedai yang dia beli tv tu. Selang 2, 3 hari dia call, ada katanya kedai bangla, kedai cina pekerja bangla kot. Syukur, sekarang tv LCD tu dah ok, kata adik, tauke tu cakap kos untuk kerosakan macam tu biasanya dalam harga RM400 tapi adik saya dapat special discount. Pergh..lega, mujur tak betoi bendoi p service centre.

Moral of the story, rajin-rajinlah survey, jadilah pengguna yang bijak.

4 comments :

Jay Ar said...

Kalau repair TV harga lebih dari RM100, selalunya saya pikir 2 kali. Lebih baik beli TV baru sebab harga TV sekarang tidaklah mahal sangat.. Kecualilah smart TV LED full HD saiz 40" ke atas, harganya memang agak mahal, hampir RM2,000..

❤Kamsiah❤ said...

akak off semua suis bila nampak tanda2 hujan lebat,kilat...takut..

Mohammad Yaacob said...

Nasib lebih krg sama... da survey n harga nk repair suma sama rm600... hurm.. baik beli baru.. repair2 rosak lg naya.. huhu..

ana sweft said...

blh bg nom fon repair tu tak

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com