Saturday, November 9, 2013

Bunga Telur

D.I.Y aka Do It Yourself..buat sendiri. Diy yang saya maksudkan disini adalah diy bunga telur. Yelah mood nak berbekwah kata orang Kelantan. So diy selagi tak sampai hari kenduri..buat apa saja nak buat kan..Oh I like diy perihal kerja kahwin, walaupun sebenarnya kita boleh beli semua tu tapi tak dapat menandingi kepuasan apabila kita buat sendiri.

Bunga telur yang kedua saya buat untuk majlis perkahwinan adik saya. Bunga telur foam berwarna putih dengan kombinasi warna hijau kuning untuk reben. Saya belasah je..tanpa ikut tema..yang penting hijau kuning negeriku..hehe..

Foam rose ni saya beli di GM Klang ari tu..RM5.00 untuk sepuluh kuntum. Nawaitu asalnya untuk hias dulang hantaran tapi saya ada plan lain untuk dulang hantaran..makanya inilah hasilnya untuk bunga ini.


Kebanyakan bahan buat bunga telur ni saya gunakan lebihan dari diy untuk majlis kahwin saya dulu, gigih ye saya simpan..hehe.

Nak tengok tak bunga telur pertama yang sudah saya siapkan? Dah selamat sampai ke Pendang pun bunga telur tu, tunggu hari nak gantung telur saja. Ok..nak tengok ka, takmau tengok ka..saya nak letak juga gambarnya..tengok p la kan..bukan kena bayaq pon.

Bunga telur dari crepe paper atau nama glamournya Crepe Paper Carnation. Saya buat simple-simple saja...jimat kos! yelah kita harus bijak berbelanja..hehehe.

1 comment :

JR said...

Sekarang bunga telur dah makin hilang dlm majlis perkahwinan org2 Melayu, mungkin kerana telur semakin mahal kot?

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com