Sunday, October 6, 2013

Santai Petang di GM Klang


Akhirnya sampai jugak GM Klang minggu ni lepas 2,3 minggu dok sebut nak p GM Klang. Walaupun jaraknya hanya lebih kurang 20 minit dari kediaman kami namun kekangan masa menjadi penghalang. Lagi pula GM Klang ni tutup pukul 7pm, so kalo nak p sana memang kena p awal la baru boleh pusing habis. Alhamdulillah hari ni ada kesempatan itu, walaupun kelmarin seharian berstokin dan berselimut, husband sentuh rasa panas tapi saya rasa sejuk dengan sakit perut dan cirit birit. Malam tadi sebelum tidoq makan ubat then call mak, sayu hati bila mak suruh makan ubat dan jaga diri, dah la mak dok jauh..oh! I miss my mom sooo much!!

Okeh..kat GM Klang ni banyak barang dijual dengan harga borong, ada yang murah ada yang mahal. Tujuan saya p GM Klang ni sebenarnya nak cari manik. Nak tambah stok manik tapi hari ni cari manik pearl untuk jahitan manik crumble, tak tau akan menjadi crumble ke tak..



Manik ni depa dah mix together, kecik besaq dan colourfull, maybe untuk habiskan stok kot, sepaket berharga RM7.00. Nanti bila nak guna terpaksalah saya menjadi Puspa Wangi yang mengasingkan barangan dari uncang Engku Nila, seperti dalam filem Musang Berjanggut..hahaha..

Saya ada singgah juga di beberapa kedai yang menjual barangan kerja kahwin, nak survey paper box untuk bagi pada rombongan pengantin perempuan dan kawan-kawan adik. Tapi tak banyak pilihan paper box, designnya saya tak berkenan dan harganya agak mahal. Ada yang murah tapi paper bag biasa bukan seperti yang saya inginkan. Tak dapat paper box, benda lain yang saya dapat.

Kertas merah untuk balut polisterin dulang hantaran dan bunga foam ni saya beli dengan harga RM5.00 untuk sejambak, ada 10 tangkai bunga. Saya tak tau la murah ke tak, mungkin kat tempat lain boleh dapat lagi murah kot. Kalo anda beli bunga foam ni dengan harga yang lebih murah, sudi-sudikanlah berkongsi di sini.

Lepas habis pusing GM Klang, kami ke AEON @ Jusco Bukit Tinggi, dekat dengan GM jugak, makan dan tengok wayang cerita Gravity. Husband cakap filem tu filem bajet ciput sebab pelakonnya hanyalah Si Sandra Bullock seorang dan Si George Clooney sebagai penampilan istimewa..hahaha..boleh lah dapat 2 bintang daripada 5.


2 comments :

❤Kamsiah❤ said...

sibnggah sini pagi2..

Anonymous said...

kedai manik gmklang yang murah adalah kedai my collection trading. tingkat 1-30&31. tel: 03 33251470

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com