Tuesday, November 26, 2013

Kenapa Air Suam

Kisah di suatu malam beberapa bulan yang lalu, sewaktu saya dan suami berada di sebuah kedai makan di Pekan Klang. Kedai makan tepi jalan dan dapurnya agak terbuka. Agak terbuka maksudnya boleh nampak sikit tukang masak di dapur, bukan terbuka terus atau open air. Menu dipesan Tomyam dan Laici Ais, minuman sampai dahulu, lantas saya meneguk air yang dipesan tadi. Kemudian saya hulurkan air tersebut minta suami merasa, tawar, takde langsung rasa air laici, macam air sejuk dicampur buah laici saja. Oleh kerana tidak puas hati dengan rasa air laici tersebut, saya memanggil lelaki yang mengambil pesanan tadi, minta dia tambahkan kordial laici dan sikit gula. Bukan kerana cerewet tapi airnya memang takde rasa laici, lagipun kita berhak dapat yang terbaik dengan apa yang kita bayarkan.

Lelaki itu mengangkat gelas dan berikan pada seorang lagi lelaki merangkap tukang masak di kedai itu untuk adjust rasanya. Kebetulan atau mungkin Allah nak tunjuk, saya ternampak cara dia adjust air laici saya tu. Bukanlah satu dosa besar pun tapi it's about hygiene dan saya rasa sangat geli geleman. With the same spoon (sudu plastik untuk ceduk buah laici) lelaki itu tambah air gula then kacau-kacau then masukan ke dalam mulutnya untuk merasa..2 kali dia buat macam tu! Dua kali itu jugak saya usha dia baik punya, hubby pun nampak kot. Oh please lah! you are not my husband, not even my dad untuk kita kongsi-kongsi sudu yang pastinya melekat air liur kat situ..yerk! 

Saya tak pasti lah sama ada kat kedai-kedai lain ada buat atau memang macam tu caranya. Ditakdirkan saya ternampak kat kedai tu dan yang pastinya saya takkan pegi makan kat situ dah. Oh! haruslah saya tak minum air laici malam tu, saya bagitau lelaki yang hantar air tu, saya nampak kawan awak masukkan sudu ni dalam mulut dia, kemudian letak balik dalam cawan ni, minta maaflah, saya nak cancel. Entah apa yang dia fikir, mungkin dia fikir cerewetnya makcik ni...Whateverlah! Sejak tu, saya lebih suka pesan air suam atau air mineral setiap kali makan kat luar tapi tidak la boikot terus, tengok kedai jugak lah.


1 comment :

JR said...

Sepupu saya dulu pernah kerja di sebuah hotel di Alor Setar. Katanya mereka selalu hadapi masalah pelanggan yg songeh dan suka komplen pasal makanan dan minuman yg dihidangkan. Utk mengajar pelanggan yg suka marah2, ada tukang masak yg meludah dlm minuman sebelum dihidangkan kpd pelanggan. Sama ada cerita sepupu saya itu benar atau ditokok tambah, entahlah....

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com