Saturday, February 8, 2014

Belacan Dah Nak Habis~Jom p Tanjung Dawai

2 Februari 2014,

P Tanjung Dawai ikut jalan darat dari Kota Kuala Muda sebab nak terus p Pendang. Motif nak beli belacan Tanjung Dawai sahaja. Stok belacan kat rumah dah nak habis, lagi pula kakak ofis kirim beli belacan juga, 6 ketul dikirimnya..boleh rompong hidung.

Belacan Tanjung Dawai memang terbaik, warna cerah & kemerahan, pakai udang. Warna, bau dan rasa sama sekali tidak sama dengan Belacan Melaka atau Belacan Artis. Original buatan orang Melayu. Ada yang dibuat secara tradisional iaitu ditumbuk & ada juga dibuat menggunakan mesin. Bagiku, mesin atau ditumbuk, boleh saja asalkan Belacan Tanjung Dawai. Kalau tiada belacan Tanjung Dawai tak merasa la makan nasi dengan sambal belacan.
Lain orang, lain citarasa, lidah utara, yang utara juga dicari. Dah sampai Tanjung Dawai, tapaw belacan 9 ketul. 3 ketul RM10, untuk kakak kat ofis 6 ketul, satu untuk aku, satu untuk mak, satu untuk mak. Terbaek!
Kalau tak mau drive, boleh ja naik bot dari Pantai Merdeka, tambang RM3 seorang kalau tak silap, tu kalau ramai, kalau tak ramai orang kena la sewa satu bot RM12 kot.


Akek Tanjung Dawai, kat sinilah tempat shopping belacan & hasil laut kering.
On the way balik Pendang dari Tanjung Dawai ikut Yan, jalan berbukit, kami disajikan dengan permandangan yang cukup indah..sempat juga snap satu picture dari dalam kereta.

1 comment :

JR said...

Kali terakhir ke Tanjung Dawai pada Disember 2012. Dalam perjalanan balik dari Pantai Merdeka ke rumah di Alor Setar sempat singgah sat di Tanjung Dawai untuk membeli ikan bilis dan belacan....

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com