Sunday, February 9, 2014

Ceritera Langkawi 2014~Jadi, Tak Jadi, Jadi Pulak!

Mula-mula plan balik kampung cuti tahun baru cina nak p Langkawi, siap survey & call hotel dah, tapi tiba-tiba encik suami cakap tak jadi p Langkawi..hmm, terpaksa cancel semua booking, dah la payah, semua yang aku survey & call kebanyakannya fully booked. Si Wife redha je la tak dapat p Langkawi. On the way balik Pendang dari Kuala Muda, tetiba encik suami bagi green light pulak. Aisey..macam mana? ada ka bilik kosong kat Langkawi nanti. Encik suami cakap kalau takde bilik kita balik hari je. Amboi! Nak p Langkawi punya pasai, gamble pon gamble la janji sampai, penginapan belakang kira.

Sampai Kuala Kedah pukul 9.30am, tiket feri paling awal hari tu pukul 12.30pm ja..tunggu lagi. Aku call kawan aku, cikgu SMK Ayer Hangat, Langkawi yang ketika itu sedang bercuti di kampung. Katanya jangan risau, pasti ada lagi bilik kosong, kalau takde juga bilik kosong, dia minta supaya call dia balik. Atas saranannya juga, aku p usha-usha kat kaunter agen pelancongan di Jeti Kuala Kedah. Alhamdulillah, rezeki kami suami isteri agaknya, dapat satu bilik hotel di Pekan Kuah & kereta kancil manual. Hotel Riverra Inn, bilik superior room, triple RM149 semalam including breakfast, ok still under budget. Kereta Kancil manual RM60 24 jam, peak season, public holiday..consider murah jugak la.

Kami sampai Langkawi kira-kira pukul 2pm, p cari travel agen yang kami sewa kereta tu, kereta tak sampai lagi, kena tunggu kira-kira 30minit gak la..hmm..kelemahan pihak MandaQ disitu. Macam biasa la, kereta sewa, meter minyak dok tunjuk tang E ja, elok sampai Petronas, kereta tersengguk-sengguk minyak habis..ciit! Isi minyak RM20, meter tak naik-naik jugak, still tunjuk signal kurang minyak, hmm..meter minyak rosak rupanya. Aircond pun rosak, dok blow angin saja dah la panas lit-lit, angin pon hangat je. Tapi disebabkan kami nak guna sehari saja, encik suami kata takpa lah kita lenjan ja kancil tu sampai nampak tulang...haha. Demi masa! Pukul 3 tepat sampai Riverra Inn, check in & sesi pengurusan diri, kemudian keluar balik. Maka bermulalah sesi jelajah Langkawi Februari 2014.

2 comments :

JR said...

Dulu masa puan isteri kerja di Langkawi selama 2 tahun lebih selalu ke sana dengan anak2. Tak payah sewa hotel, tak payah sewa kereta kerana isteri ada rumah dan kereta di sana. Kalau isteri balik ke Alor Setar, kereta miliknya akan disewa untuk pelancong, dapat juga cover bayaran ansuran bulanan.
Tapi sekarang sejak isteri pindah kerja di Alor Setar, tak ke Langkawi lagi. Rasa rindu pula dengan keenakan cokelat Ferrero Rocher, Hersheys, Daim....

Cinta Zakirah said...

Wahh..best gak macam tu, dapat juga duit sampingan menyewa kereta. Saya dah lama tak ke Langkawi, p hari tu, memang banyak perubahan Langkawi..InsyaAllah akan ke sana lagi.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com