Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

                                                    Assalamualaikum...

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan keatas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa."
                                                   Surah Al-Baqarah, ayat 183

InsyaALLAH, jika panjang umur kita, besok seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak..Ya Allah rindunya. Kedatangan Ramadan yang sememangnya dinanti-nanti oleh seluruh umat Muslim yang bertaqwa. Semoga Ramadan tahun 1434 ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, dilimpahkan rahmat dan maghfirah, rezeki yang halal lagi diberkati buat semua umat Islam di dunia.

Alhamdulillah kita di Malaysia dapat berpuasa dengan aman dan tenteram, macam manalah nasib saudara-saudara kita di negara Timur Tengah sana? Semoga Allah melindungi kalian semua daripada kejahatan puak kafir dan golongan yang sesat, sekiranya nyawa kalian bercerai dari badan, aku doakan semoga kalian syahid! Amin.




Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kemaafan buat semua muslimin dan muslimat.  Malam ni jangan lupa p terawih no.. <3

4 comments :

Jay Ar said...

Salam Ramadhan....semoga kita sama2 dpt mencapai Ramadhan terbaik pada tahun ini...

Jom meriahkan surau/masjid dgn solat Isyak dan tarawih berjemaah. Tapi jika tak sempat berterawih di surau/masjid ia masih boleh dilakukan bersendirian di rumah..

Cinta Zakirah said...

InsyaAllah..mudah-mudahan segala amalan kita diterimaNya.

❤Kamsiah❤ said...

salam
terimakasih follow blog akak
akak cuba follow kembali tp yg keluar asyik benda ni

"We're sorry...

We were unable to handle your request. Please try again or return a bit later."

nanti akka akan cuba lagi utk follow sini..:)

Cinta Zakirah said...

Salam,

Sama-sama kak & TQ sbb inform, baru tau keluar benda tu tapi tak tau mcm mana fix..nti saya cuba google2 cara supaya tak keluar lagi.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com