Wednesday, July 17, 2013

Kenangan@Bazar Ramadan

                                                            Assalamualaikum..

Apa khabaq agaknya orang Pendang ye? teringat suasana berpuasa di kampung halaman tercinta. Syok sungguh, tapi nampak gayanya tahun ni mungkin hanya dapat berbuka puasa di Pendang pada hari buat ketupat saja kot, InsyaAllah tapi kalo dapat lagi awal, Alhamdulillah!!..Nak buat macam mana, adat hidup merantau la, jauh dari mak pak, huhu..kadang-kadang ada ja kekangan sama ada dari segi masa atau kewangan. Lagi-lagi bila dah bergelar seorang isteri mithali ni..(ceewah! hang Che Ah..ayat) bila che abang tak cuti, takkan la nak tinggal dia kat sini sorang-sorang dan cheq balik kampung sambut puasa ngan family. Tak patut! tak tergamak pulak walaupun che abang OK saja. Kesian, takdak sapa nanti nak uruskan makan minum, berbuka ngan bersahur beliau..maka sayalah isteri mithali yang sentiasa ada disisi !! Okey STOP!

Macam mana suasana Bazar Ramadan di sana ye, mesti meriah macam tahun-tahun lepas kan. Ada jugak dok tengok dalam post FB Group Pendang, ramainya orang! Dulu waktu bujang rajin jugak lah saya p Bazar Ramadan Pendang, ikut ayah. Fokus utama kami p Bazar cuma beli kuih je, sebab lauk pauk semua mak dah sediakan kat rumah. Bila masuk U, kalo bosan makan makanan yang dijual di kolej, saya akan p Bazar Ramadan Kg Kerinchi tu, pinjam moto 'marka lama' dan merempit dengan roomate p beli makanan sendiri dan makanan yang dipesan oleh kawan-kawan @ geng-geng kami...(Ish! kenangan tu..Mek Tini kalo mu ingat lagi, aku yang pendek ni bawak mu yang tinggi lampai, mencilok celah-celah kereta, kalo terpaksa berhenti, jem atau lampu merah, mu yang akan tongkat kaki..hehehehehe..rindu mu saing!)

.
Gambar hiasan dr. google: suasana bazar ramadan

Laici Kang..sukanya..
Masa duduk rumah sewa bujang, aktiviti ke Bazar Ramadan kurang sikit, p jugak Bazar Ramadan Pantai Dalam tu, tapi kurang sebab masing-masing dah bekerja, waktu balik tak sama, kalo pegi seorang diri ke bazar tu memang takkan berlakulah! P tapau nasi + lauk kat Kedai Mek (kedai makan bawah flat) je lah. Kalo rajin dan sampai rumah awal..kami gilir-gilir masak untuk berbuka dan sahur sekali. Tahun ni kali ke-2 sambut puasa dengan suami. Tahun lepas, hari pertama puasa p Bazar Ramadan Taman Kem, Port Klang, tiada yang menarik minat tapi beli jugaklah, rasa makanan tak kena ngan tekak..terus tak p dah bazar ramadan sampai habis Ramadan. Tahun ni dah seminggu puasa, kaki belum jejak lagi bazar ramadan, tak taulah hati belum tertarik nak p bazar. Walaupun, balik keja sampai rumah pukul 6.30pm, letak beg terus masuk dapur..sempat jugaklah masak untuk berbuka..Alhamdulillah.


1 comment :

JR said...

Org Pendang rupanya....Di Pendang area mana noooo?? Saya ni agak familiar dgn Pendang sebab isteri pernah kerja 2 tahun di sebuah agensi kerajaan di Pendang. Tapi sekarang (baru sebulan) pindah ke Alor Setar....

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com