Tuesday, July 23, 2013

Tangan Yang Memberi, Senyuman SiGelandangan

Di saat kita bergembira, masih ramai yang berduka dan mengalirkan airmata, jika kita berkemampuan hulurkan tangan, ringankan beban. Melihat pada orang yang lebih susah daripada kita akan menerbitkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah Taala atas segala nikmatNya..Alhamdulillah.


Volunteers yang bertungkus lumus menyiapkan makanan.

Second stop: Mydin Sinar Kota, KL



Free checkup for them
Gambar credit to photographer Mr See Kiong
Gambar di atas adalah sekitar Program Sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen Neura Group. Sedikit maklumat yang ingin dikongsi mengenai Pertiwi Soup Kitchen.
  • Sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang sudi menjadi sukarelawan untuk mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur tanpa perlu berdaftar.
  • Waktu pengagihan makanan adalah setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad, bermula 8.30pm.
  • Jika ingin menjadi sukarelawan, tempat perjumpaan adalah di No. 142, Jln. Maarof Bangsar atau boleh pergi terus ke kawasan pengagihan iaitu di Belakang Tune Hotel, KL dekat Maju Junction (9.00pm), Second stop, Kawasan Parking Mydin Sinar Kota, Kotaraya. Third stop, Masjid Jamek, KL.
  • Bawa kenderaan sendiri kerana tiada kenderaan disediakan untuk bawa sukarelawan, kenderaan yang ada hanya untuk bawak makanan.
  • Sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan kewangan atau makanan bolehlah berhubung dengan pihak PERTIWI.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web PERTIWI, http://www.pertiwi.1webonline.com/

2 comments :

❤Kamsiah❤ said...

besar pahalanya bg org makan percuma..

Jay Ar said...

Masih ramai manusia yg berhati putih suci dlm dunia yg dipenuhi rona2 kelabu....

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com