Friday, February 7, 2014

Jalan-Jalan ke Zoo Taiping

Percutian 6 hari kami sempena Tahun Baru Cina bermula pada 31 Januari sehingga 5 Februari 2014 sudah tamat, hari ni masing-masing dah start kerja macam biasa. Nak masuk jugak aktiviti 6 hari bercuti tu dalam blog, untuk kenang-kenangan. Kami gerak balik kampung pada hari Jumaat 31/1/2014 lebih kurang pukul 10.00 pagi. Balik ikut jalan lama, tak ikut highway. Sepanjang perjalanan, trafik lancar walaupun banyak kereta di jalan raya. Laporan trafik di radio menyatakan laluan ke utara melalui PLUS, sesak teruk sepanjang 30km di 2,3 tempat. Pergh, syukur tak balik kot highway, kawan yang balik Taiping ikut highway pun ada cakap dari Damansara nak p Sg Buloh ambik masa sejam.

Dah jadi kebiasaan, kalau balik siang hari, ikut jalan lama en suami akan tanya nak singgah mana-mana tak. As usual..Tasik Taiping please. Mula-mula kami p Bukit Larut sebab ari tu p tak naik, so kali ni teringin nak naik la..sekali masuk nak beli tiket, tiket habis daa..pukul 3pm time tu.
Takde rezeki lagi, it's ok, next time. Ambik gambaq kat situ-situ je la.



Lepas tu teruskan ronda keliling tasik, then berhenti kat Zoo Taiping, saja gedik nak masuk zoo pulak, encik suami sabaq ja dengan fiil wife dia.
Tiket masuk RM16.00 untuk dewasa, total dua orang RM32.00. Kat pintu masuk, depa akan suruh kita p ambik gambaq dulu, guna kamera dslr depa, gambaq tu satgi depa jual kat pintu keluar. Bab gambaq ni yang meluat nak cerita..memang cekik darah betul. Ada ka patut gambar saiz A5 @ 5R (kalau tak silap, ala separuh kertas A4) sekeping harga RM30.00. Untung berganda! pastu adalah depa buat dalam bentuk fridge magnet juga gambaq kita, ukuran lebih kurang 9cm x 6cm, RM25.00 satu. Kalau beli 2 tu RM50.00. Ambik untung bertingkek-tingkek depa ni, tak berbaloi beli, tapi aku beli juga.

Lagi satu kurang puas hati dengan kebersihan tandas di pintu masuk Zoo Taiping, harap pihak pengurusan ambik perhatian & bertindak. Kat depan toilet ada tulis "tandas bersih, wangi, bla-bla" tak ingat dah. Tapi bila masuk..hmm bau hancing/busuk menusuk hidung, mangkuk tandas pun kotor. Spoil!

Sekian, malas bebel panjang-panjang, let the picture describe everything.




1 comment :

JR said...

Dulu saya pernah kerja di Taiping selama kira2 3 tahun. Memang Taiping antara bandar yang paling cool dan menyeronokkan, ada tasik, bukit, zoo dan tempat riadah yg sangat nyaman....

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com