Monday, September 2, 2013

Yang Penting Halal

                                                  Assalamualaikum Semua..


Entri ini saya tulis adalah untuk rujukan diri sendiri dan moga menjadi manfaat untuk orang lain juga terutama saudara-saudara saya yang beragama Islam. Kalau kita lihat dan beli barang selalunya kita akan usha logo halal dulu kan..namun kadang kala tanda & logo halal itu agak mengelirukan kita. Tanda halal Malaysia pun kadangkala mengelirukan apatah lagi tanda & logo halal antarabangsa kan. Kalau produk Malaysia bolehlah lagi kita kenal-kenal dengan tengok brand dan pengeluar, kalo produk antarabangsa? Justeru itu, saya terpanggil untuk berkongsi entri mengenai logo halal Malaysia dan antarabangsa yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Source:TV3, Bernama

Logo halal seperti diatas ini tidak mendapat pengesahan dan kelulusan daripada pihak JAKIM dan JAIS. Logo-logo berkenaan dikeluarkan oleh syarikat-syarikat seperti di bawah :-

  • Bahtera Lagenda Sdn Bhd
  • Islamic Food and Research Council
  • SAS-H Consultancy
  • Perak Religious Officer Association
  • Halal Food Council S.E.A
  • IFANCA International.

Mari mengenal logo halal terbaru yang diikhtiraf oleh JAKIM. Lepas ni kena usha rapat tanda halal ni.
Imej atas ni saya ambik dari fb sahabathalal, kalau curiga atau tak yakin boleh lawati laman web halal.gov.my disini.

Okey untuk semak status halal syarikat, hotel, makanan, pusat sembelihan, premis makanan dan seangkatan dengannya, boleh layari direktori halal malaysia disini.


“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)


Bisikan Qalbu : Ya Allah, Kau lindungilah saudara-saudara seagamaku di Mesir, Syria dan dimana-mana sahaja yang teraniaya. Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka..amin.


No comments :

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com