Monday, September 23, 2013

Refleksologi Kaki di Taman Jaya

Semenjak dua menjak ni terasa sangat lenguh-lenguh badan dan sakit belakang. Mungkin sebab kurang bersenam, Ya! memang dah lama sangat tak berjogging dan lakukan aktiviti senaman sejak bergelar isteri orang ni. Badan pun dah makin tembun! Selain kurang senaman, pemakanan salah satu faktor gak, dah la bontot dok parking lama atas kerusi office..memang menjadi faktor lemah badan dan sakit belakang lah.

Malam minggu tu, rasa sakit dan sengal-sengal sangat kat belakang..sampai keluar ayaq mata gak la. Tak pernah kot rasa macam gitu selama ni. I know, badan penat, kerja di office, kerja di rumah dan ulang alik agak jauh dari office ke rumah, sampai otak selalu terfikir nak bangun pagi buka tingkap luas-luas hirup udara bersih, sejuk dan nyaman, no rushing, no calling, just relax.. sambil minum kopi panas dan dikelilingi pemandangan hijau yang nyaman. Hmmm..hoi! jauh sangat mengelamun. InsyaAllah jika ada rezeki akan tiba saat itu, tak lama dah. Then, minta suami sapukan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia..panas minyak tu buat badan rasa lega sikit dan boleh tidoq lena.

Esoknya ajak husband p dating kat Taman Jaya, PJ. Dah lama tak p sana, ingat zaman dulu-dulu. Ok, tujuan utama ajak husband p sana adalah nak pijak batu aka refleksologi kaki untuk kurangkan rasa lenguh-lenguh badan dan sakit belakang. Perhh..syahdunya boleh pijak batu-batu ni.

Ajak husband join sekali, mula-mula tak mau, pastu buka kasut jugak..hehe. Dua round saja dia stop, sakit katanya.
Lama jugak saya melepaskan rindu pada batu-batu ni 40 minit ada gak kot. Alang-alang dah ada depan mata kan, balik rumah bukan ada batu-batu ni untuk dipijak. Cakap kat husband nanti nak mai lagi ye, katanya InsyaAllah kalau tak keja dan tak rushing. Mungkin lepas beliau exam la kot. Alhamdulillah..bagus gak kesan pijak batu-batu ni.


Lepas tu kami singgah Amcorp Mall, ingat nak terjah Romantika dalam Amcorp Mall tu tapi nampak gayanya macam dah tutup atau dah tak beroperasi lagi di situ. Sebelum balik sempat juga la grab sehelai tudung.

2 comments :

Jay Ar said...

Kalau rajin dan ada sedikit lebihan wang, kita boleh beli slab refleksologi ini di kedai peralatan rumah. Tak perlulah banyak sangat tapi cukup utk keperluan diri dan keluarga sudah memadai...

Cinta Zakirah said...

Ya, pernah nampak tapi tak tau depa jual berapa ringgit..susah jugak sebab duduk menyewa kalaulah rumah sendiri~alangkah indahnya.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com