Tuesday, September 3, 2013

Minyak Naik, Naik Minyak

Harga mintak RON95 naik lagi RM0.20 @ dua kupang daripada RM1.90 seliter jadi RM2.10 seliter. Diesel pulak naik RM0.20 jadi RM2.00 seliter. Adui teruk-teruk..hari ni minyak naik, esok lusa kita tunggulah harga barang apa lagi yang naik. 

Menurut kata Perdana Menteri yang telah menerima mandat daripada rakyat pada PRU13 yang lalu : Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat. (rujuk)

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik berkata, pihaknya tidak dimaklumkan awal mengenai kenaikan itu dan pengumuman tersebut sememangnya sesuatu yang tidak diduga.

“Pada mulanya kami hanya dengar khabar angin dan anggap ia tidak betul. Kami tidak menjangkakan kenaikan yang begitu mendadak dan kadar 20 sen itu memang banyak dan akan membebankan pengusaha stesen minyak kerana kita perlu mengeluarkan modal lebih untuk membeli stok minyak.

“Kos operasi stesen minyak juga akan meningkat akibat kenaikan itu dan sudah pastinya pengguna juga akan terbeban kerana kos sara hidup mereka meningkat,” katanya kerajaan perlu cari mekanisme terbaik membantu rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi tidak seimbang sebelum menaikkan harga petrol.


Ni pulak saya ambik dari FB SSTDM :
Aduyai..yang kaya makin kaya, tak pikiaq ka kat rakyat yang hidup kais pagi makan pagi ja..



7 comments :

Fiza Rahman said...

Betul tu. Org yg bergaji besar memang tak effect. Tapi yg bergaji kecik ni memang effect sbb lpas ni mesti brg lain pon akan naik harga.

Cinta Zakirah said...

Betul tu Fiza, tapi hairan ada jugak orang suka minyak naik 20 sen, katanya kalo takde benda naik, malaysia dok takuk tu ja la, ekonomi pon tak meningkat..adei. Banyak lagi kaedahnya Malaysia nak maju rasanya tanpa memberi beban kepada rakyat, tak gitu?

Jay Ar said...

Bila harga minyak dunia naik, harga minyak kita turut naik. Bila harga minyak dunia turun, harga minyak kita tak mau turun. Agaknya kalau menteri dan timbalan menteri guna duit poket sendiri utk bayar harga petrol dan bil utiliti harga minyak tak naik sewenang-wenang kot? Ini tidak, untuk menteri dan timbalan menteri, semua kos petrol dan utiliti kerajaan yg tanggung bayar...

iRahmat said...
This comment has been removed by the author.
iRahmat said...

sepatutnya subsidi minyak bukan dikurangkan tetapi cara perbelanjaan negara yang perlu dikurangkan dan dipertimbangkan kerana terlalu banyak berlaku ketirisan dan pembaziran oleh pemimpin yang sememangnya cukup menyedihkan... cukai ditarah rakyat dikerah memang cekik darah..

zahraa said...

adui..pening2 minyak naik..rakyat juga jadi mangsa..dengar2 ada yang kate berbaloi minyak naik coz BR1M pon naik..naik pon bukan tiap bulan bagi kan,,,pasni terpaksalah berpada2 berbelanja..hu..

Cinta Zakirah said...

Bila minyak naik, barang naik, BR1M memang akan digembar-gemburkan, digegak gempitakan supaya rakyat berkata "oh takpa BR1M ada" tapi macam mana, bukan semua layak dapat BR1M.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com