Monday, September 16, 2013

Makan di The Manhattan Fish Market

                                                                Assalamualaikum..

Lunch treat sempena menyambut ulang tahun kelahiran Kak Azita, ke berapa heh? hahahaha..biarlah rahsia.

Selamat Hari Lahir Kak Ita, semoga terus sukses. Makan bersama-sama dengan beliau & team di The Manhattan Fish Market, Mid Valley Megamall.

Mai nak review sikit makanan dan deco kat The Manhattan Fish Market Mid Valley.


Antara menu yang terdapat di The Manhattan Fish, ada juga pelbagai variasi pasta dan spagetti. Kami semua memesan menu dari set lunch. Saya memilih Manhattan Fish & Chips sebagai menu, fishnya adalah ikan Dori.

Ikan dori yang digoreng dan sangat lembut bersama kentang goreng, salad segar dan mayonis. Sedap jugak!


Dalam set lunch kita boleh pilih main course, air dan ada sup (sup of the day, so kita takleh pilih). Main course saya adalah seperti di atas, minuman saya pilih Peach Lemon Iced Tea. Minuman macam biasa macam kat tempat-tempat lain tapi kat sini harganya RM 5.90 segelas.

Sup of the day pada hari Jumaat adalah Sup Tomato, saya makan sikit je..not my taste..cannot go!



Deco tu kat area tempat kitaorang duduk je..segan nak ambik lebih-lebih. Overall makan kat The Manhattan Fish Market, ok la, rate 4/5 boleh diberikan. Tempat makan tak sesak, tak perlu tunggu lama sangat. Ok, sekian.

1 comment :

JR said...

Nampak sangat2 sedap......terliur!!!

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com