Sunday, September 29, 2013

Shopping di Jalan Tunku Abdul Rahman


ASSALAMUALAIKUM

Hari minggu ni saya tak sunyi, sepupu dari kampung datang bertamu di rumah, adik saya jugak datang memeriahkan majlis. Seronok, takde lah saya bosan dan sunyi sorang diri waktu husband p kerja. Semalam kami p Jalan TAR, Semua House, KL shopping, tunaikan hajat sepupu dan shopping barang kahwin adik.

Lepas survey harga kat Sin Yin, dan sebuah lagi kedai barang kahwin di Lower Ground Semua House, kami naik ke tingkat U5, iaitu ke Sayang You. Nampaknya apa yang dicari lebih murah harganya di Sayang You, terus borong 1500 pack, then borong bunga teloq 11 kotak, selesai satu bab. Masa untuk saya dan sepupu pulak p borong kain pasang bukan untuk berniaga tapi untuk pakai sendiri sementara adik p solat dan tunggu kitaorang kat Sogo. Habis borong kain pasang kami p Mydin dengan tujuan nak cari towel kecik good morning tu, tapi apa yang kami jumpa adalah Mydin buat sales potongan sebanyak 50% untuk semua barang sempena penutupan kedai..memang murah sangat tapi tuala itu tiada, lain yang dicari, lain yang dibeli. Saya beli langsir untuk sliding door, 10 kaki, cantik..nanti rajin saya share gambaq. Sales Mydin adalah sehingga 14 October ini..silalah terjah.

Ok..cukup setakat ni..nanti sambung lagi..now nak p jalan-jalan Shah Alam pulak..



4 comments :

JR said...

Dulu kalau ke Jln TAR mesti singgah kat Globe Silk Store. Kalau rombongan org2 Kedah, Penang hingga ke Pantai Timur dan selatan Semenanjung ke KL kalau tak ke Globe kira tak sah perjalanan itu. Tapi kini GSS cuma secebis kenangan.....

Cinta Zakirah said...

Ya ka, GSS la ni diganti dengan Globe by Sarah Hughes, yang pasti Sogo lebih menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke KL.

Kamsiah yusoff said...

amboiii sakannya shopping...:)

Cinta Zakirah said...

Sekali sekala Kak Kam.. :)

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com