Friday, August 23, 2013

Cabutan Bertuah~Bertuahkah?

Hari ni ada Expo Makanan dan Minuman atau Food and Beverage Expo di Exhibition Hall, Mid Valley Megamall. Dek kerana lunch hour jumaat yang panjang berbanding biasa, saya pun p la usha kot-kot ada yang berkenan. Mula-mula ingat nak register untuk dapatkan goodie bag tapi orang ramai sangat, so malas nak beratur terus masuk. Takde apa yang menarik minat, saya pun beredar ke hall sebelah lagi, ada AEON Bargain Sales, p la jamu mata sempat jugaklah grab dress sehelai..hehehe. Lepas siap bayar baju dan nak keluar tengok kat registration tu dah tak ramai orang, terus kaki belok p situ. Register sebab nak dapat goodie bag je..isi dalam ada la sebotol mineral water dan sepaket cereal, cereal saya dah bagi pada Alan, officemate, saya ambik mineral water, brochure buang, beg tu letak baju, so takyah nak pegang-pegang plastik putih.



Lebih kurang sejam masuk office, terima satu panggilan telefon, ingatkan panggilan daripada kedai perabot, rupanya call dari stage exhibition hall, pengacara tu buat loudspeaker pulak tu, guna mic. ok.dengarlah suaraku yang lunak ini..haha. Dia tanya lokasi dan boleh tak p ke exhibition hall tu balik, mujurlah saya memang kat Mid Valley, kalo dah keluar dari Mid Valley, tak p dah kot. So p la..sambil berjalan sambil berfikir apa hadiahnya..excited
Inilah dia hadiah cabutan bertuah..POPCORN@BERTIH JAGUNG.
Hahaha..makanlah sampai kembung perut ye..bertih jagung satu raga, tapi bila tengok, belek punya belek..Made in Singapore, tanpa tanda halal, hati jadi was-was. Maka saya bagi popcorn tu pada chinese friends, for 3 office, ok lah..depa kata sedap. Takpa lah sedap pon, sebab hati was-was, haram makan makanan yang syubhah..so saya ambik raga sajalah. Maka hadiah cabutan bertuah untuk saya adalah raga pink itu.

Takde tanda halal


                                          Mencari yang halal itu wajib bagi setiap muslim.







Please pray for Egypt, for our muslim brother & sister.

No comments :

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com