Setiap kali Hari Raya menjelma, alunan lagu-lagu Raya pasti akan menyemarakkan lagi mood raya. Diri jadi lebih bersemangat untuk melakukan persediaan menjelang hari raya..buat kuih sambil dengar lagu raya, kemas rumah sambil dengar lagu raya, pasang langsir, sapu sawang, mop lantai dan macam-macam lagi sambil dengar lagu raya, bersemangat tanpa mengeluh kepenatan. Hati happy tau-tau kerja dah siap, itulah pengaruh lagu raya, sampaikan p shopping keperluan berhari raya pon semangat, tengok-tengok beg duit dah kosong..hahaha..punyalah bermood raya, shopping tak hengat.
Lagu-lagu raya pilihan saya dari dulu sampai sekarang, yang tak pernah jemu-jemu pada pendengaran telinga saya :-
Antara lagu-lagu untuk ambik mood nak kemas rumah menjelang raya
- Selamat Hari Raya - Saloma
- Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elena (Siap jadikan caller ringtone)
- Senandung Hari Raya - Dayangku Intan
- Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir
- Suasana Hari Raya - Sharifah Aini
- Bila Hari Raya Menjelma - Siti Nurhaliza
- Dari Jauhku Mohon Maaf - Sudirman
- Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat
- Airmata Syawal - Siti Nurhaliza
- Dendang Perantau - Tan Sri P. Ramlee
- Balik Kampung - Bukan lagu raya yang jadi lagu raya, kerap dimainkan di corong radio ketika musim raya..my husband suka nyanyi lagu ni everytime driving walaupun bukan balik kampung.
- Menjelang Hari Raya - DJ Dave
Banyak lagi lagu-lagu raya yang best, lagu-lagu malar segar yang menyemarakkan lagi suasana hari raya. Tapi ada satu yang menjadikan hari raya tidak sempurna tanpanya iaitu Takbir Raya. Apalah ertinya Hari Raya jika tanpa Takbir memuji kebesaran Allah, tanda kesyukuran kita terhadapNya setelah berjaya menahan hawa nafsu di bulan Ramadhan.