Friday, August 16, 2013

Jeruk Petai

               Assalammualaikum, Salam Sejahtera Readers...thanks for visiting my blog!


Kelmarin balik kerja, jenguk-jenguk petai dalam guni yang dibawa dari kampung halaman tercinta di Kedah. Gigih mak dan hubby kait petai untuk saya bawa mai Port Klang, dek kerana kegigihan kedua cinta hati saya tanpa pantauan saya, sampai Port nak angkut barang dari kereta terkejut tengok petai seguni kat bonet..ahahahaha..apa nak buat petai seguni duduk 2 orang ja, nak makan pon 2 orang ja..tau la kami suami isteri memang suka sangat dengan petai..tapi takkan sampai seguni baja..hahaha, nak suruh berniaga ka?
Petai import dari kampung..terbaek dari ladang

Tengok petai-petai tu dah masak dan bertukar warna kehitaman, nak buang sayang, nak makan tak terhabis dah, buat jeruk petai la, call mak tanya macam mana kekdahnya. Dengan gigihnya rebus petai-petai tu, bila dah mendidih padamkan api kemudian asingkan dari kulit.
Rebusan petai
Rendam isi-isi petai tu semalaman untuk tanggalkan segala selaput-selaput. Semalam balik kerja terus proses isi-isi petai tu, cuci bersih dan buang selaput-selaputnya, masukkan dalam balang, kemudian masukkan air masak suam dan garam, terus letak dalam peti sejuk. First time buat jeruk petai ni, harap-harap menjadilah macam jeruk petai mak.

isi hitam yang dah masak, putih belum masak

Tunggu hasilnya, hari Ahad ni dah boleh cuba try test kot. Kalau ada yang teringin nak makan jeruk petai jemputlah mai rumah. Hmm..selagi tak habis petai tu, selagi tu lah setiap menu ada petai, petai sambal ikan bilis, petai sambal udang, jeruk petai, ulam petai..haha harum semerbaklah jamban kami, pastu jenuh Mr. Muscle nak tolong cuci.

2 comments :

EZAN IDMA said...

petai sambal tempoyak ikan bilis pon sedap! aaaaaaa

Cinta Zakirah said...

Ya ka..x pernah buat sebab sy kurang menggemari tempoyak..

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com