Sunday, August 4, 2013

Sepetang di Air Terjun Seri Perigi & Titi Hayun, Yan, Kedah Darul Aman

YAN 2 Nov. –- Setiap kali melalui jalan Guar Chempedak menuju ke daerah Yan, pandangan mata akan terpaku melihat curahan air terjun yang memutih mengalir deras di celahan batu-batu. Dari jauh lagi, air terjun Seri Perigi seakan-akan memanggil para pengunjung untuk singgah ke situ menikmati deruan air terjunnya yang dikatakan antara yang tertinggi di negeri Kedah. Mempunyai ketinggian 100 meter, air terjun Seri Perigi merupakan antara kawasan perkelahan popular di negeri ini.

Petikan dari http://www.utusan.com.my. Bagi orang Kedah seperti cheq ni, bila sebut ja Daerah Yan, automatik akan keluar list-list tempat peranginan, Air Terjun Seri Perigi, Titi Hayun, Batu Hampar, Pantai Murni, 4 gugusan pulau, Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang, selain Hospital Yan, tempat Abdullah Fahim dilahirkan.

Hari tu balik kampung, menghadiri majlis pernikahan & walimatul urus kawan husband, sempat juga kami p ke daerah Yan, mandi air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun. Dua tempat yang berbeza tapi berdekatan sahaja. Dua tempat ini bukanlah pertama kali saya jejaki, sudah berkali-kali sejak zaman muda-mudi lagi tapi pertama kali bagi husband walaupun beliau orang Sungai Petani sahaja..hehe, suamiku merantau di usia yang muda. Teruja bawak husband p jalan-jalan tempat berkunjung waktu muda mudi dulu..bawak Abdullah Fahim juga, anak saudara sulung sayalah. 

Kami bertolak dari rumah mak saya di Pendang ikut Bukit Jenun ke Guar Chempedak, kemudian masuk daerah Yan. Jika anda pertama kali dan risau tersesat, jangan risau ada signboard untuk membantu anda. Diaorang memang nak majukan pelancongan daerah Yan, ada signboard yang tunjukkan jalan-jalan ke kawasan Peranginan Daerah Yan. InsyaAllah takkan tersesat.
Awan di Pendang

Awan di Yan




Perancangan pada mulanya hanya nak mandi manda di Air Terjun Seri Perigi sahaja tapi rancangan bertukar ke Air Terjun Titi Hayun pula. Mandi di Seri Perigi airnya sedikit panas dan berkarat, malahan ada sejenis buah yang berbulu dan suka melekat di baju dan seluar, kata kawan saya buah temucut..entahlah saya sendiri kurang arif. Kemudian kami beralih ke Titi Hayun, lebih ramai orang berbanding di Seri Perigi.

Air di Titi Hayun lebih sejuk dan jernih, Fahim yang tadi takut-takut nak mandi, makin berani pula bila di Titi Hayun, yelah ada budak seusia dengannya turut mandi bersama.



Tercapai juga hasrat nak mandi manda di Air Terjun di Daerah Yan, yang penting rasa gembira sangat bila lihat Abdullah Fahim turut tersenyum riang. InsyaAllah ada rezeki, mak jang bawak Fahim dan adik Amin p jalan-jalan kot lain pulak ok.

Peace yo!

3 comments :

JR said...

Dah lama tak berkelah di Titi Hayun, sebab anak2 dah besar mereka tak minat berendam lagi...Hari tu kalau tak silap ada kes air kencing tikus di situ, lagi le takut...

Cinta Zakirah said...

Ya ka ada kes kencing tikus? Tak tau pula, yg tau kat Lata Bayu, Bukit Perak & Kolam Mada Pendang ja. Kami p Titi Hayun ni bulan Jun hari tu, ramai jugak org sampai nak parking pon susah. Harap-harap takda la kejadian yg buruk.

ajax85 said...

behnya mandi air terjun..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com