Wednesday, August 21, 2013

How to Recovery Picture from the Blank SD Card.

                                                                 Assalamualaikum...


Petang ini kita digemparkan lagi dengan kes kemalangan bas jatuh ke gaung yang berlaku di Kilometer 3.6 Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur. Kerja-kerja membantu dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak polis, bomba dan Jpam. Kemalangan bas jatuh gaung ini dikatakan rekod terburuk sepanjang 17 tahun, setakat ini 45 orang telah ditemui dengan 29 orang darinya meninggal dunia selebihnya cedera. Takziah untuk keluarga mangsa.

Petang tadi saya dok kata nak recovery sandisk card saya yang tiba-tiba blank tu kan. Alhamdulillah, berkat kesabaran, jumpa jugak software dan kaedahnya. Alhamdulillah..dah boleh dapat balik semua gambar termasuk yang dah delete sejak zaman Tok Nadok lagi, lepas dapat balik semua gambar dan data yang saya kehendaki, save kemudian saya format la SD Card tu, memang tak boleh balik macam asal tapi yang penting dapat simpan semua data sebelum format. Ok la kan.

Ok, kaedahnya, saya jumpa link software ni dalam satu forum, tak jumpa pulak link forum tadi, tapi inilah link software yang boleh digunakan untuk dapatkan balik gambar-gambar kita yang dah terdelete, sengaja delete, dan tak boleh dikesan berikutan memori kad tak boleh dibaca atau rosak..Ini dia http://www.z-a-recovery.com/download.htm free download. Ada menu nak download apa, saya select General-purpose data recovery. Cara-cara nak guna silalah click tutorial, InsyaAllah senang je..cuma kena tunggu sikitlah sementara dia nak download dan cari data tu. Ok, sekarang saya nak sambung install social network saya dalam phone. Semoga berjaya bagi mereka yang menghadapi masalah seperti saya hari ni...


Please pray for Egypt, for our muslim brother and sister.



                                                                                                                     


1 comment :

JR said...

Terima kasih atas perkongsian maklumat. Pasti ia sangat membantu bagi mereka yg hadapi masalah yg sama...

Pray For Egypt #R4BIA#!!

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com