Macam pelik je kan, selama 28 tahun hidup rasanya ini kali pertama saya dengar berita macam ni, berita ni ada siar dalam TV & akhbar lagi. Kalau sebelum ini pernah berlaku cuma saya saja yang tak tau, mungkinlah kot! Kekuasaan Allah S.W.T tiada yang mustahil, "Jadi! Maka jadilah!
Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat
dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari
Selasa. Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa)
Mohd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik
kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan
lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan
menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera
bumi. "Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan
komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26
kilometer," katanya dalam kenyataan. Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga
turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang
perjalanannya. "Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan
pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya. Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas
bulan terbenam bermula 11 malam. – Bernama, 11 Ogos 2013.
Saya cuba juga jenguk-jenguk ke langit semalam, manalah tau rezeki saya boleh nampak..tapi takde nya sebab saya jenguk dari tingkap bilik saja..hahaha. Bangun pagi ni nampak laman rumah basah, hujan kot semalam kat Port Klang, tidur tak sedar.
http://adhadi.com/ |
Kredit Photographer: Gzan Yebba Pixca |
"Maha suci Tuhan yang urusannya apabila Dia mengkehendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah", maka jadilah."