Wednesday, September 25, 2013

Aku Mahukan Zuriat

 Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik dan sempurna, Sesungguhnya Engkau mendengar (menerima) doa.


Pelbagai produk yang dicadangkan oleh kawan-kawan, Lumiglow, Shaklee, Qaseh Gold, Biodex dan Al-Khisbun, sampai saya sendiri tak tau nak buat keputusan yang mana satu. Namun hati ini lebih kuat memohon belas kasihan daripada Allah S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga  saya dikurniakan zuriat keturunan dan semoga waktu itu cepat tiba.

Walaupun hati ini kekadang bergelora hingga terbit juga airmata, namun diri ini tidak pernah berputus asa untuk berusaha dan berdoa dan terus berdoa. Diri ini tidak sedikit pun gentar untuk berusaha lagi selepas menjalani pembedahan ectopic pada Mac yang lalu. Mengandung dan melahirkan itu adalah Jihad dan saya juga ingin berjihad dan meraih pahala besar itu.

Merancang dan perancangan, namun perancangan Allah sajalah yang terbaik. Dia lebih mengetahui bila saatnya yang tepat. Dan pada saat Dia berkata Kun Fayakun! tidak awal seminit tidak lewat seminit ianya pasti akan terjadi mengikut aturanNya. 



 

2 comments :

JR said...

Saya juga pernah menghadapi masalah yg sama, 3 tahun kawin baru dpt anak. Tapi bila dah start dpt, seorang demi seorang lahir sampai jadi enam..Apa yg penting selain dari berikhtiar dgn pakar LPPKN, jgn lupa berdoa kerana Dialah yg menentukan segalanya...

Cinta Zakirah said...

Alhamdulillah rezeki JR, mudah-mudahan saya juga dikurniakan rezeki itu dengan izinNya.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com