Assalamualaikum.
Masih dengan mood D.I.Y untuk keja kahwin adik. Minggu ni buat thank you tag menggunakan sticker paper. Design sudah ada cuma tinggal nak print sahaja. Tunggu cik abang tukarkan colour catriage yang terbeli silap kod. Tag terima kasih itu akan ditampal di love shape container sebagai door gift, isi dalaman bekas tuperware bentuk love itu belum diketahui, yang pasti makanan.
Tuperware love shape ni saya beli di kedai 2 ringgit, 1 pack ada 4 tuperware kecil, harga satu pack RM1.95, tajaan khas daripada en. suami untuk adik ipaq dia.
Ok, tak sabar nak siapkan dan tunjuk kepada bakal pengantin, mesti tak terlintas di fikiran adikku itu. Ada lebih kurang 2 bulan saja lagi namun ku lihat adikku masih slow and steady. Mungkin juga kaedahnya orang lelaki..letak saja duit, last minit boleh p beli.