Pagi ni sampai office letak beg, nampak satu bungkusan merah atas meja. Sapa la yang bagi ni, buka tengok plastik merah tu ada benda ini :-
Jeruk Buah Pak Ali, 'belum pekena dah terasa' jeruk famous dari Pulau Mutiara. Tau dah la sapa bagi, beliau baru balik dari bercuti kat Penang dengan family sempena birthday beliau. Selain Jeruk Pak Ali, gelang hijau tu pun beliau bagi juga, cantik dan saya dah cewi dah pon.
Alhamdulillah rezeki di pagi hari, thank you so much Kak Elin.