Wednesday, August 28, 2013

Facebook Sana Sini



Zaman la ni macam-macam boleh berlaku tanpa kita sangka dengan facebook pun boleh jadi. Facebook ni dibuat untuk menghubungkan manusia tapi kalau kita lihat banyak juga keburukkan facebook.Sampai ada seorang bayi meninggal dunia kerana kelaparan disebabkan si ibu sibuk bercucuk tanam dalam FB, main farmville, aduhai..

Haa..mati kerana status Facebook..berbaloikah? Di Malaysia pun pernah berlaku jugak, seorang lelaki kritikal kena belasah disebabkan status FBnya yang menimbulkan rasa tak puas hati kawan-kawan.



Ini pula satu hal disebabkan facebook, bercerai laki bini sebab facebook..aduhai..minta simpanglah benda-benda macam ni berlaku kat kita.
Okey, ini pantang larang berfacebook jangan sesekali, 2 kali, 3 kali dan beribu-ribu kali add bekas boyfriend/girlfriend as a friend. Boleh menimbulkan perbalahan antara suami isteri dan mungkin berlaku seperti kes di atas ni..lari ikut marka lama..dussh!!

Berfacebook silalah bertindak dan berfikir dengan bijak..anda dan saya kan intelligent, awas jangan terperangkap dengan jerat cyber..mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T.



Nota : Misi menapis dan memadam.

1 comment :

LydSunshine said...

Kaslo guna FB sampai tahap macam ni la boleh buat jadi berdosa guna FB. Jadi kita ni beringatlah. FB bukan segalanya. Dah follow balik.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com