Thursday, October 31, 2013

Kulat Sisir

Kulat Sisir, anda pernah makan tak? Kulat Sisir, di sesetengah kawasan dikenali sebagai Cendawan Kukur, tumbuh di batang pokok getah mati, kalau pada pokok getah yang hidup dan masih mengeluarkan susu atau yang baru ditebang takdenye kulat sisir ni. 

Dulu, zaman kanak-kanak saya, aktiviti selepas hujan adalah p ke kebun getah yang ditolak untuk penanaman semula untuk cari kulat sisir. Kekadang nampak macam pesta kutip kulat sisir, apa tidaknya, ramai orang kampung berkumpul di satu-satu longgok batang pokok getah tu. Saya dan kawan-kawan pulak bertanding siapa dapat kutip paling banyak. 

Kulat Sisir boleh disimpan untuk beberapa tempoh dengan kaedah menjemur untuk mengeringkannya. Kemudian kalau nak dimasak, hanya perlu rendamkan di dalam air, kulat ini akan mengembang dan lembut. Kebiasaannya mak saya akan masak kulat sisir ni dengan cili tumis, memang kegemaran kami sekeluarga. Selain itu, boleh digoreng dengan telur, masak lemak cili padi dan pelbagai lagi.

Alkisahnya, kulat sisir ini banyak juga khasiatnya, mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Selain itu, ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati.

Dah lama sangat tak makan kulat sisir. Gambar-gambar ini diambil ketika balik kampung minggu lepas, kulat sisir tumbuh di batang kayu getah, yang disimpan sebagai kayu api untuk kenduri adik saya nanti.


2 comments :

JR said...

Masa kecik2 dulu mengutip kulat sisir ini adalah antara aktiviti yg paling saya suka. Ye lah mana tidaknya...rasa kulat sisir yg digoreng oleh ibu saya sangat meruntun nafsu makan! Tapi itu cuma nostalgia lama, bila sesekali balik kampung, tiada siapa yg melakukan aktiviti ini lagi. Tiada lagi kulat sisir, sebab ladang getah di pinggir kampung kami pun dah tak wujud lagi diganti oleh projek perumahan....

Ena's Stories said...

ek eh...tatau la kulat kat kayu getah ni bole mkn..dulu sy ingat ia beracun tau..

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com