Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H


Assalamualaikum & Selamat Hari Raya semua...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menyambut Aidiladha sekali lagi pada tahun ini, di samping suami tersayang walaupun terpaksa berjauhan dengan ayahanda, bonda dan keluarga tercinta. Alhamdulillah, walaupun pertama kali menyambut hari raya berjauhan dengan mak dan ayah namun tiada airmata yang mengalir semasa mendengar takbir raya atau semasa bercakap dengan mak hari ini. Pertama kali beraya berjauhan dengan keluarga, sebak juga rasa tapi masih terkawal. Tak terasa sangat, awal pagi tadi kalut siapkan makanan dan bekal untuk suami bawa g kerja, kemudian g solat sunat Aidiladha di surau taman perumahan kami. Balik dari surau kira-kira jam 10 pagi, adik saya datang bertandang. Walaupun jauh dari keluarga ada jugaklah adik sebagai pemberi semangat. Adik pun tak cuti sebab bakal bercuti pada bulan depan selama sebulan sempena perkahwinannya nanti. Husband balik keja pukul 12pm, terus ke surau, surau ada buat majlis korban, 5 ekor lembu dikorbankan. Perbezaan raya kali ni takde acara ziarah menziarahi sanak saudara, dok rumah je, kalau kat kampung dah lama p merayap. Apapun rasa syukur sangat dengan segala kurniaan Allah Taala. InsyaAllah 4 minggu dari sekarang saya akan terbang pulang mengadap ayahanda dan bonda. 

Buat semua umat Islam seluruh dunia, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434 H, semoga berbahagia di samping keluarga tersayang. 



1 comment :

JR said...

Salam Eidul Adha buat Zakirah dan famili. Semoga nanti berpeluang pulang menemui keluarga di kampung....

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com