Wednesday, October 2, 2013

Mr Bean Masuk Islam?

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial. 

Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.

Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.

 Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.

Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. - 2 Oktober, 2013. themalaysianinsider.


Kalau betul, Alhamdulillah!




3 comments :

Jay Ar said...

Kita tunggulah pengesahan dari Mr Bean sendiri nanti. Takut pula nanti jadi macam kes manusia pertama menjejaki bulan Neil Armstrong yg dikatakan memeluk Islam selepas mendengar azan ketika di bulan, tapi dia sendiri menafikannya kemudian....

Nisa said...

Betul kata, Jay Ar. Jangan dengar khabar angin itu, kalau benar, Mr. Bean akan umumkan sendiri nanti.

izan mama mia said...

sokong komen di atas...kita dgr dari mulut mr beans sendiri... :)

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com