Thursday, October 24, 2013

Review Filem - Special ID

Special ID, filem Aksi Hong Kong yang diarahkan oleh Clarence Fok, lakonan Donnie Yen, Collin Chou, Tian Jing, Andy On, Hanyu Zhang. Masa tayangan lebih kurang 99 minit.  

Filem ini mengisahkan seorang polis perisik rahsia, Chan Zi Long (Donnie Yen) yang menyamar dan menyusup masuk dalam kumpulan gangster Hong Kong yang diketuai oleh Xiong (Colin Chou). Hal ini adalah untuk mencari bukti kegiatan gangster yang berlaku di negara itu. Namun begitu identiti rahsianya itu diragui oleh Xiong, Xiong juga mengugut Zi Long dengan menggunakan ibu Zi Long dan meminta Zi Long untuk mengintip kegiatan Sunny, iaitu ketua gangster di Tanah Besar.

Kejadian itu, memaksa Zi Long untuk meminta menamatkan kegiatan penyamarannya itu daripada penyelianya, Sir Zhang (Ronald Cheng) kerana ramai perisik polis yang dibunuh, selain beliau amat risaukan keselamatan ibunya. Tapi penyelianya, tidak mahu beliau berundur sebagai perisik sebaliknya menghantar beliau (Zi Long) ke Tanah Besar China, untuk menyiasat identiti Sunny. Sir Zhang yakin bahawa Zi Long mampu untuk melumpuhkan kegiatan Sunny.

Mampukah Zi Long? 

Haruslah mampu! hero mana boleh kalah kan. Habis kereta Volvo dan Land Rover dihancur leburkan dalam filem ini.

Kenapa saya menonton filem ini? Saya adalah peminat Donnie Yen, both of us, husband and wife, suka aksi Si Donnie ni, sama macam filem Ip Man, Wuxia & others, walaupun sudah berusia 50 tahun, masih bertenaga lagi untuk berlakon filem aksi.

Kesimpulannya, tak rugi beli tiket..

1 comment :

JR said...

Saya jarang tengok cerita Hongkong, kalau filem kungfu Jackie Chan, Jet Li dll memang ada juga tengok....

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com