Credit google. |
Ketahui lagi apa yang terfakta sewaktu kita tidur.
Terfakta: Sewaktu kita tidur sebenarnye kalau korang nak tau otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinya walaupun tidak sesibuk seperti waktu kira berjaga, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh.
Pada malam hari, seiring menurunnya aktivitas tubuh, rentak gelombang otak pun mengalami penurunan.
Namun apabila kita tidur sambil mendengarkan muzik, tv dalam keadaan hidup atau lampu sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh pancaindera pendengaran dan penglihatan kita.
Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembus kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata .
Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehat akan kembali terangsang untuk bekerja dan mengubah informasi yang masuk.
Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bermakana kita hanya tidur menurut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak.
Otak akan terus bekerja mengolah informasi yang masuk tersebut. Jadi jangan biarkan otak anda keletihan kerana harus tetap bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak jugak akan digunakan sepenuhnya melakukan kerja seharian.