Monday, March 31, 2014

Belon Udara Panas Putrajaya 2014

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8LN2HSzGH702vgP6wpGuxZBsaLD5dSF6zZgKbJHY1UNS-n7yqJspNzNtkN6ZBRPUS-nLYHA8X2j0mE6tzaGO7l3IbMjZ20FACMMH8h1vnjuVBQ7ZAafOo9J0xKnvTMSkj5L9SP9wYAX7W/s1600/belon+udara+panas+putrajaya+2014.jpg



Semalam aku p berjimba di sana dengan hubby. Jemnya jalan ke Presint 2 usah cakaplah..kalau sapu kat roti pun makan tak habih weh! Fenomena biasa kalau ada apa-apa event di Putrajaya..
Banyak juga belon udara, ada yang dah diturunkan dan dibungkus, dah petang kami sampai pun. Belon Hijau tu Malaysia punya, yang paling menarik perhatian dan disorak sorai oleh pengunjung adalah belon yang bentuk rider atas motosikal tu la..



3 belon dah terbang, pandangan dari Masjid Besi. Mak cik pakai baju kurung p tengok belon udara semalam, dari kenduri di Pulau Indah terus ke Putrajaya.

Jumpa lagi..sayonara~

Sunday, March 30, 2014

Canvas Photo Perkahwinanku

Tempahan gambar kanvas perkahwinanku sudah diterima beberapa hari yang lalu. Walaupun usia pernikahan bakal menginjak 3 tahun tapi aku masih excited untuk buat semua ni, lebih-lebih lagi bila tengok promosi yang Cik Ayu buat. Sebenarnya dah lama cari dan survey, kebanyakannya harga boleh tahan..seratus lebih satu frame. So, bila nampak Cik Ayu buat promosi kat facebook, apalagi terus grab.
Inilah gambarnya, untuk 3 gambar ni harganya cuma RM85.00..percayalah! Ok kalau ada yang berminat boleh add fb ni, disini. Ini bukan iklan berbayar ye, sekadar perkongsian maklumat, semoga memberi manfaat.

Sampai sini dulu, sayonara..Assalamualaikum.


Tuesday, March 25, 2014

My Deepest Condolences #MH370.

Assalamualaikum...
 
After 17 days waiting with bated breath for news of MH370, with hope and du'a. Yesterday at 10.00pm, our Prime Minister announced that MH370 ended in Indian Ocean west of Perth, Australia. I am terribly sad and sorry to hear about the conclusion of MH370 mystery. Day to day we pray and hope that everyone in the plane safe, ok and will come back to us asap. However, we all belong to Allah and to Allah we shall return, Allah is the best planner. My du'a for the souls of all aboard, and for the strength of the families that they leave behind. 
 
8March 2014 to 24 March 2014
17 days SAR
MH370 Malaysia Airlines


http://chsdhdihsajasfintazakirahfghfgjhfgjghjh.blogspot.com/

Sunday, March 23, 2014

Jangan Berhenti Berdoa



Assalamualaikum...


Hari ini sudah masuk hari ke-16 kehilangan MH370 Malaysia Airlines. Perkembangan terkini, pihak berkuasa China dan Australia dikatakan mengesan objek terapung di Lautan Hindi melalui satelit. Pihak yang terlibat telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk mencari objek tersebut. Namun sehingga saat ini belum ada apa-apa yang ditemui. Sama-samalah kita doakan semoga petunjuk positif ditemui. Berat rasa hati, hari demi hari menantikan khabar gembira daripada MH370. Seluruh rakyat Malaysia menanti-nantikan kepulangan MH370, diiringi doa dan harapan semoga semua penumpang dan crew berada dalam keadaan selamat. Diharapkan ahli keluarga mereka teruskan bersabar dan berdoa..kami rakyat Malaysia akan terus memberikan sokongan dan doa...



                                                                                                                   


Thursday, March 20, 2014

Syukur, Tercapai Juga Hasrat Dihati~

Agak lama juga sebenarnya memendam hasrat untuk memilikinya dan merupakan salah satu wishlist untuk tahun 2014. Alhamdulillah dapat juga miliki akhirnya pada awal tahun, Mac kira awal tahun gak la kan. Kalau ada yang perasaan, setiap kali saya pergi bercuti, tempek gambar kat blog pemandangan yang indah, saya selalu katakan "DSLR please come to me" "Ish kalaulah ada DSLR," and finally..

Lama juga dok survey tu, pikiaq 360 darjah, kena dapatkan kelulusan director, once bila dah lulus barulah ajak director p beli...hehe. Gigih lepas balik keja, dalam dok jerebu, ajak tok laki singgah Digital Mall. Kekonon nak survey kat situ pulak. Puas naik turun Digital Mall, akhirnya keputusan dibuat. 
 
Apa pun semua atas bantuan suami, bantu memberikan sokongan, bantu bawa p Digital Mall, bantu dari segi kewangan. Syukur dapat yang memahami, banyak bagi sokongan, sharing tears & joys.

Now, excited nak jadi penembak tepat..kena belajaq lagi.

Saturday, March 15, 2014

MyKad Baru Den

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Dalam entri sebelum ini saya ada bercerita mengenai kes sepupu yang p tukar MyKad dan dikenakan bayaran sebanyak RM100. Memandangkan tuan blog pun sudah lupa bila beliau menukar MyKad, terus tak senang duduk...dok ingat-ingat tukar Kad Pengenalan ke MyKad dulu dengan ayah..tak pasti tahun bila. 

Kebetulan beberapa hari yang lalu ada free time, terus ajak husband p JPN untuk buat pertukaran MyKad. Kami p ke cawangan Plaza Masalam, Shah Alam. Tak ramai orang, tak sampai 5 minit nombor giliran dipanggil, sekejap je di kaunter dan ambik gambar, keesokannya sudah boleh diambil. Caj yang dikenakan hanyalah RM10 sahaja..lega, jimat duit den. Rupanya dulu buat MyKad umur dah 19 tahun dah..


Tuesday, March 11, 2014

Ganti MyKad 18 Tahun

Beberapa hari yang lalu sepupu ada kongsikan resit pengambilan Mykad dia di FB. Agak terkejut juga apabila melihat bayaran kompaun yang dikenakan. 

Bayaran untuk kerosakan cip                                   RM10.00
Bayaran kompaun pertukaran Mykad 18 tahun   RM80.00
Bayaran proses                                                           RM10.00

Jumlah Keseluruhan                                                   RM100.00

wOw! RM100 tu...Hari ni ada free time saya google laman web Jabatan Pendaftaran Negara. Hah!! betullah.

Mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang telah mencapai umur 18 tahun dan memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara atau Pemastautin Tetap hendaklah membuat gantian kad pengenalan selewat-lewatnya apabila mencapai umur 25 tahun.

Sekiranya gagal berbuat demikian,  maka akan dikenakan kompaun @ denda seperti jadual dibawah :-
sumber : JPN
Aduhai..saya baru tau, entah sejak bila perkara ini dikuatkuasakan. Dengan dukacitanya, sebab saya pun belum menukar MyKad selepas berumur 18 tahun. Sepatutnya kita yang belum tukar ni diberikan duit sebab jimatkan material dan tenaga pekerja, lagi pula kad masih boleh digunakan, cip masih elok dibaca tapi apa boleh buat..tak suka? sila lah keluar dari Malaysia.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com