Monday, December 23, 2013

Pasar Karat di Stadium Shah Alam.

Bangun tidoq pagi Ahad, husband balik keja ajak pegi Pasar Karat..err..pasar karat? Macam tak pernah dengar pon, tanya dia kat mana, katanya kat Stadium Shah Alam. Apa yang terlintas di fikiran aku, pasar? nak beli ikan & barang basah la, sebab stok dalam peti sejuk tu dah habis. Tapi tengok kat sinki dapur dah ada ayam dan sayuran yang baru dibeli.

Ok, untuk pengetahuan semua yang kelihatan blur & jakun macam aku..maklumlah tak pernah pegi. Pasar karat yang terletak di kawasan letak kereta Stadium Shah Alam ni menjual pelbagai jenis barangan meliputi barang basah, sayur-sayuran, hiasan rumah, spare part kereta, makanan dan pakaian, juga barangan antik.

Setiap pagi Ahad, tak sure sampai pukul berapa, aku balik pukul 12 lebih masih ramai orang lagi. Oh..reminder..jalan nak masuk stadium tu jam gila, kalo pegi 2 orang je lebih baik naik motosikal..lebih senang cari parking, dan panas gak.

Macam-macam yang dijual dan yang paling menarik perhatian aku adalah gambar ini..
Anak pokok kadok wei, ada jual jugak! hehe..kalau kat rumah aku tumbuh melata macam tu je. Tepi-tepi jalan kat kampung tu pon ada. 
Yang ni best, ikan terubuk masin 2 ekor RM10.00, besar gak la. Ok, kalau ke Shah Alam hari Ahad cubalah pegi Pasar Karat, Stadium Shah Alam.

Lepas keluar dari area pasar karat tu, husband ajak singgah Plaza Alam Sentral..saja jalan-jalan. Saja-saja pun sangkut jugak la kalau masuk Romantika Home Deco..melayang RM60 beli canvas paint bunga-bunga dan set mug bunga-bunga. Oh..kalau masuk Romantika tak beli apa-apa..aku kah itu?

Lepas tu, husband ajak lagi singgah Kompleks PKNS, (eh macam rajin pulak hari tu husband aku nak singgah sana sini..i follow jer). Kebetulan masa kami kat Kompleks PKNS tu, ada sale, lelong sambil bantu rakyat Palestin. Depa buat jualan lelong, yang aku rasa sangat berbaloi-baloi, sejam je jualan dibuka. Semua jenis pakaian dijual dengan harga RM50. Atas desakan wife dia, husband beli sehelai jubah lelaki, wife teringin nak husband dia pakai jubah. Dapat sehelai jubah, sepasang baju melayu dan sepasang kurung moden...dan penat dah..terus balik. 

Adui..penat dah taip. Thanks for reading friends!

Sunday, December 22, 2013

Mahar @ Mas Kahwin

Mahar atau Mas Kahwin ialah satu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab pernikahan.

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu 
sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu 
sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah (gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat ".

Surah An-Nisa, Ayat 4.

Nilai Mas Kahwin selalunya diberikan mengikut kadar negeri masing-masing. Namun Negeri Kedah tidak menetapkan berapa nilai mas kahwin yang harus diberikan oleh seorang suami kepada isterinya.

Dalam mood kerajinan dan kasih terhadap adik lelakiku, aku cuba jugak untuk menggubah wang mas kahwin yang akan diberikan kepada isterinya pada hari Jumaat 6 Disember 2013 yang lalu. Aku bukanlah kreatif sangat tapi aku punyai minat dan suka mencuba. Langkah pertama aku buat adalah p tukar duit dekat bank, aku p RHB Mid Valley,  tapi takde duit baru, semuanya duit lama dan ada bekas lipatan. But at the end, aku dapat juga duit kertas baru.

Sebelum mula gubahan tu, aku giat google-google gambar gubahan mas kahwin, cari idea. Dan aku sangat berkenan dengan gubahan dalam satu blog ni. Dia ambik upah untuk gubah mas kahwin. Tengok gambar tu di bawah ni.


Cantikkan..
Ok, dah decided memang nak buat macam dalam gambar tu. Gulung punya gulung...lambatnya nak habis aih! Pastu bekas hantaran pulak bentuk bulat & kecik, kena adjust sikit ni. Belit punya belit, gulung dan gulung....

Taadaa!! Inilah hasilnya..cantik tak? cantik tak? Please kata cantik..hehehe..Nampak tak macam kereta kuda Cinderella tu..RM2.40 kat Sin Yin, Semua House, aku buat bekas letak cincin.
Close up sikit..
Ok tu jelah, takde lah vogue de vass sangat..biasa-biasa saja, tapi nampak tak kasih sayang kakak kat adik dia kat situ? hehehe..very the poyos. 


-------------SEKIAN-----------

Thanks for reading!

Friday, December 20, 2013

Lagu Untuk Orang Melayu


Assalamualaikum..
Hari ni saya buat satu entri berkenaan satu lirik lagu, saya tujukan untuk semua orang Melayu termasuk diri saya sendiri. Mohon untuk sama-sama hayati dan terasa.

                      Anak kecil main api 
                      Terbakar hatinya yang sepi 
                      Air mata darah bercampur keringat 
                      Bumi dipijak milik orang
                      Nenek moyang kaya raya
                      Tergadai seluruh harta benda
                      Akibat sengketa sesamalah kita
                      Cinta lenyap di arus zaman
                      Indahnya bumi kita ini
                      Warisan berkurun lamanya
                      Hasil mengalir ke tangan yang lain
                      Peribumi merintih sendiri

                      Masa depan sungguh kelam
                      Kan lenyap peristiwa semalam
                      Tertutuplah hati terkunci mati
                      Maruah peribadi dah hilang

                      Kini kita cuma tinggal kuasa
                      Yang akan menentukan bangsa
                      Bersatulah hati bersama berbakti
                      Pulih kembali harga diri

                      Kita sudah tiada masa
                      Majulah dengan maha perkasa
                      Janganlah terlalai teruskan usaha
                      Melayu kan gagah di Nusantara!
                      Melayu kan gagah di Nusantara!
                      Melayu kan gagah di Nusantara! 

 Lirik oleh Dr Nordin Kardi


Terasa sebak setiap kali mendengar dan menghayati bait-bait kata lirik lagu ini. Apakah akan tiba masa kita akan merempat di negara kita sendiri kerana sekarang saya boleh nampak kita orang Melayu hanya tinggal kuasa tetapi yang utama, yakni ekonomi telah dipelopori oleh yang bukan Melayu.



Tuesday, December 17, 2013

Akhirnya Bergelar Suami..

Assalamualaikum..

Syukur kepada Allah S.W.T selesai sudah Majlis Pernikahan dan Perkahwinan adinda yang dikasihi. 6 Disember 2013, tepat 5.20 petang adikku selamat bergelar seorang suami kepada mujahidah pilihan hatinya.

Majlis Walimah pihak perempuan diadakan pada 7 Disember 2013, keesokan harinya di rumah pengantin lelaki yakni rumah family saya. Alhamdulillah, 3 hari yang indah, cuaca cerah tanpa hujan, walaupun pada hari Khamis itu hujan turun membasahi bumi.

Alhamdulillah..kakak sangat bergembira untukmu adik. Majlis yang sederhana tapi meriah dihadiri oleh sanak saudara jauh dan dekat, sahabat handai dan jiran tetangga. Seronok dapat kumpul beramai-ramai lagi.

Terlalu banyak kenangan tercipta
Saat jatuh bangun kita bersama keluarga
Memahami pahit manis hidup dunia
Senyum ketawa, menangis bersama
Seminggu dah berlalu, baru sempat nak update, adik ipaq pon bakal terbang ke Miri minggu depan, menyambung tugasan mendidik anak bangsa.

Eh adik, Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, sabar dalam melayari hidup berumah tangga, walaupun PJJ dan harap adik ipaq cepat boleh tukaq balik Semenanjung. Kakak love you..xoxo

Wednesday, December 11, 2013

Tanah Untuk Dijual~

Tanah untuk dijual, lokasi menarik, berhampiran Lebuhraya DUKE, kawasan elit, atas bukit dan pastinya menyajikan panorama menarik untuk pandangan mata. Lokasinya adalah di Taman Hillview, Ulu Kelang, Selangor. Tanah tersebut meliputi lot banglo dan unit kediaman. Pihak yang berminat untuk membida tanah tersebut perlu membeli memorandum maklumat daripada Ambank Berhad sebanyak RM200 satu salinan dan perlu dilakukan sebelum 17 Disember ini. 

Ok..boleh baca disini. Lokasi sebenar tanah tersebut adalah tapak tanah Highland Towers. Setelah 20 tahun selepas tragedi runtuhan satu blok bangunan Highland Towers pada 11 Disember 1993, hari ini pihak berkenaan menyatakan hasrat untuk menjual tapak tersebut dan alasannya tidak pula dinyatakan.


Ada siapa-siapa yang berminat untuk beli ke?

Tuesday, December 3, 2013

Year End-Appraisal Lagi~

Year End Sale! Appraisal mai lagi...ayuhai! Mood pulak ke laut nih..ingat nak cuti saja, balik kampung, majlis kahwin. Due date 16 December, ada masa lagi seminggu, apa pun 80% dah isi, lagi 20% tu tunggu next week lah lepas balik dari kampung. Semoga Allah tambahkan lagi rezeki bulan depan.

InsyaAllah, esok petang balik kampung..yippie! Gila tak seronok balik kampung, call mak je dengar suara adik-beradik yang lain riuh kat rumah dah, budak kecik 2 orang tu asyik tanya bila mak jang & pak jang nak balik...Mana boleh tahan wei! Anyway lagi 2 hari En. Koperal akan menikahi Cik Ustazah pilihannya. Perasaan saya gembira + sedih, bercampur baur, the feeling that not easy to describe..oh I love you brother.
 
 

Sunday, December 1, 2013

Tak Dirancang-Pantai Morib & Pantai Bagan Lalang




Sesuatu yang tak dirancang, itulah kesimpulan sebelum pendahuluan. Hari ni husband ajak keluar jalan-jalan, bila ditanya nak ke mana, tak tahu pulak..saja nak bawak wife jalan-jalan tanpa arah tujuannya. Mungkin kesiankan wife dia hari cuti dok kat rumah je. Siap-siap, dalam kereta tanya husband ke mana arah tujuan kita? Encik husband pun tak tau, masing-masing macam blur mana tempat best kat negeri Selangor ni. Saya suggest p Putrajaya, beliau macam taknak. Kita p Tasik Titiwangsa je lah nak tak? lagipun dah lama tak p sana, katanya. Tasik Titiwangsa? apa kata kalo kita p Gold Coast nak tak b? And finally, yeah..Gold Coast, Bagan Lalang, Sepang.

First stop kami ke Pantai Morib dulu, tengok macam meriah dan ramai orang, ada beberapa gerai jualan. 


Kira-kira 30 minit kat Pantai Morib, perjalanan diteruskan ke Bagan Lalang. Perjalanan dari Pantai Morib ke Bagan Lalang kira-kira 40 minit menaiki kereta. Sebelum sampai ke Bagan Lalang, pengunjung akan menikmati panorama perkampungan dan ladang kelapa sawit. Ramai juga pengunjung pada hari ini, biasalah cuti sekolah. Jom layan gambar yang diambil menggunakan kamera handphone, tak dirancangkan...tak bawaklah kamera.

Nampak signage Golden Palm Tree Resort & Spa ni, bermakna anda berada di Bagan Lalang Sepang. Inilah hotelnya yang sama macam Palm Tree Court, Dubai itu.
Nampak tak deret-deret resort itu? Tapi yang tak bestnya, kualiti air sangat tidak memuaskan, cantik lagi air Pantai Merdeka. Air warna teh ais je..teh yang pekat..tapi ada juga orang mandi.
Almost sunset, 6.00pm



Cantik hasil kerja si ketam


Thanks hubby coz bring me here..terima kasih daun keladi, lain kali bawak lagi.



Friday, November 29, 2013

Syukur, saya sangat sokong, setuju dan suka..

Assalamualaikum..

Sempena Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi satu berita gembira buat semua rakyat Wilayah Persekutuan.

Happy tak penduduk-penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan semua? Syukur!

Sumbernya  disini

Tuesday, November 26, 2013

Kenapa Air Suam

Kisah di suatu malam beberapa bulan yang lalu, sewaktu saya dan suami berada di sebuah kedai makan di Pekan Klang. Kedai makan tepi jalan dan dapurnya agak terbuka. Agak terbuka maksudnya boleh nampak sikit tukang masak di dapur, bukan terbuka terus atau open air. Menu dipesan Tomyam dan Laici Ais, minuman sampai dahulu, lantas saya meneguk air yang dipesan tadi. Kemudian saya hulurkan air tersebut minta suami merasa, tawar, takde langsung rasa air laici, macam air sejuk dicampur buah laici saja. Oleh kerana tidak puas hati dengan rasa air laici tersebut, saya memanggil lelaki yang mengambil pesanan tadi, minta dia tambahkan kordial laici dan sikit gula. Bukan kerana cerewet tapi airnya memang takde rasa laici, lagipun kita berhak dapat yang terbaik dengan apa yang kita bayarkan.

Lelaki itu mengangkat gelas dan berikan pada seorang lagi lelaki merangkap tukang masak di kedai itu untuk adjust rasanya. Kebetulan atau mungkin Allah nak tunjuk, saya ternampak cara dia adjust air laici saya tu. Bukanlah satu dosa besar pun tapi it's about hygiene dan saya rasa sangat geli geleman. With the same spoon (sudu plastik untuk ceduk buah laici) lelaki itu tambah air gula then kacau-kacau then masukan ke dalam mulutnya untuk merasa..2 kali dia buat macam tu! Dua kali itu jugak saya usha dia baik punya, hubby pun nampak kot. Oh please lah! you are not my husband, not even my dad untuk kita kongsi-kongsi sudu yang pastinya melekat air liur kat situ..yerk! 

Saya tak pasti lah sama ada kat kedai-kedai lain ada buat atau memang macam tu caranya. Ditakdirkan saya ternampak kat kedai tu dan yang pastinya saya takkan pegi makan kat situ dah. Oh! haruslah saya tak minum air laici malam tu, saya bagitau lelaki yang hantar air tu, saya nampak kawan awak masukkan sudu ni dalam mulut dia, kemudian letak balik dalam cawan ni, minta maaflah, saya nak cancel. Entah apa yang dia fikir, mungkin dia fikir cerewetnya makcik ni...Whateverlah! Sejak tu, saya lebih suka pesan air suam atau air mineral setiap kali makan kat luar tapi tidak la boikot terus, tengok kedai jugak lah.


Sunday, November 24, 2013

Kisah Televisyen

Alhamdulillah..Sharp Aquos LCD TV sudah kembali berkhidmat setelah hampir 3 bulan tidak berkhidmat disebabkan kerosakan akibat litar pintas, guruh dan kilat. Hujan lebat berserta guruh dan kilat yang kuat di kampung halaman kira-kira 3 bulan yang lalu telah merosakkan televisyen yang dibeli hasil perkongsian saya dan adik untuk mak & family di kampung. Bosan dengan tv lama 39' berjenama INTAN yang saya beli dengan harga RM500 asyik rosak selepas 2 kali baiki, adik menelefon dan menyatakan hasratnya. Selepas perbincangan kami bersetuju untuk membeli tv nipis 42' dan berjenama. Di samping hendak mengikut peredaran semasa, harapan kami apabila pakai barangan berjenama itu tak perlu lagilah kami risau tentang kerosakan. Sekurang-kurangnya tidaklah sekerap tv INTAN itu..

Benar kami tidak menghadapi sebarang masalah selama 2 tahun tv LCD itu bersama kami walaupun mak ayah dan adik saya jarang menonton tv itu. Mereka jarang menonton tv LCD itu kerana lebih selesa menonton tv INTAN yang terletak di ruang dapur. Tv INTAN elok selepas dibaiki dengan kos upah hanya RM100. Manakala adik bongsu saya pula lebih suka menonton tv di biliknya, lengkap dengan dvd player dan sound system. 

Namun hujan lebat disertai guruh dan kilat malam itu telah menyebabkan berlakunya litar pintas sehingga merosakkan ketiga-tiga TV dan satu pemain dvd yang ada dirumah mak. Apa nak dikata? redha je lah..

Setelah survey tempat baiki tv di sekitar Pendang, nampaknya tidak ada yang sudi untuk baiki tv LCD itu, alasan diberi susah dapat barang ganti. Ada kawan bagitau pernah baiki di sebuah kedai tapi kosnya sangat mahal, separuh daripada harga tv, lebih baik beli baru cadangnya.

2 bulan juga tersadai, warranti pun sudah tamat. Bulan lepas ketika balik kampung, abang saya tanya tak mau bawak balik tv LCD tu ke sana ka? try kedai kot sana pulak. Bukan apa katanya, sayang jugak sebab beli mahal, kalau kata 2,3 ratus tu takpa la..ni ribu. Maka dengan gigihnya abang dan encik suami angkat dan muatkan dalam kereta. Dalam otak saya nak bawak ke Sharp Servis Centre di Shah Alam. Sebelum tu saya call dulu tanya sama ada mereka boleh baiki atau tak..mai nak share info :-

Kata kakak customer service tu, kalau nak pihak Sharp pegi check kat rumah boleh tapi upah untuk check sahaja RM50.00. Check sahaja ye,bukan tukar atau repair apa-apa lagi. Kalau hantar ke servis centre, kita hantar sendiri, kos upah untuk check sahaja RM 30. Lepas tu harga baiki bergantung kepada barang apa yang rosak dan ditukar, selalunya dalam anggaran RM1000 katanya. Mak kau mahalnya kan! Kata kakak operator tu lagi, saya cadangkan lebih baik puan beli baru je. Oh,..pandainya hang..bagi idea, kalau hang bagi duit kat aku tak pa jugak. Saya dengan selambanya menjawab, saya beli tv mahal, tapi takleh repair, lagi baik saya beli tv tong yang murah tu senang nak repair. 

Putus angin dengan servis centre, saya call adik suruh dia tanya-tanya kat area Kota Damansara atau kat kedai yang dia beli tv tu. Selang 2, 3 hari dia call, ada katanya kedai bangla, kedai cina pekerja bangla kot. Syukur, sekarang tv LCD tu dah ok, kata adik, tauke tu cakap kos untuk kerosakan macam tu biasanya dalam harga RM400 tapi adik saya dapat special discount. Pergh..lega, mujur tak betoi bendoi p service centre.

Moral of the story, rajin-rajinlah survey, jadilah pengguna yang bijak.

Monday, November 18, 2013

Hari Minggu Kami

Assalamualaikum..

Hari minggu dah lepas, hari ni masuk hari bekerja. Update aktiviti hari Sabtu & Ahad kelmarin. Happy sebab 2 hari cuti saya suami ada kat rumah, beliau pun cuti.

Paper bag - done!
Aktiviti biasa setiap hujung minggu selagi belum sampai majlis..buat sendiri/ diy dan diy. Paper bag dah siap! Designnya google dan edit sendiri, dua design yang menjadi pilihan hati. Bagi beberapa design untuk bakal pengantin pilih, tapi katanya semua cantik, tak tau nak pilih yang mana satu..so saya guna kuasa veto!


My first trial, felt brooch @ keronsang dari kain felt. Saja-saja buat..takde idea lagi untuk ini, mungkin pin pada tuala yang nak bagi pada *mentara, tapi mana ada mentara dah sekarang semuanya pakai layan diri. Namun ada special goodie bag untuk orang kampung yang mai gotong royong untuk majlis nanti.



Sebahagian daripada dulang hantaran, tukar warna lapik saja, belum deco, InsyaAllah, hujung bulan ni boleh start deco.


Hari Sabtu penat diy, hari Ahad kita bersenang lenang la pulak..p dating ngan kekasih halalku di Taman Tasik Shah Alam. Bunga ni cantik walaupun dah layu, dalam fikiran terbayang bunga ini yang diperbuat dari foam, mesti cantik kalau dibuat bunga telur. Inilah Bunga Kemboja @ Frangipani @ Plumeria @ Cempaka Kubur.

Ini je lah tempat santai orang bandar kalau bosan lepak kat shopping kompleks.

Dan yang terakhir, gambaq tuan rumah mesti kena tempek gak. Tengok awan hitam tu tandanya hujan akan turun dengan lebatnya dan time tu angin bertiup agak kencang tapi sempat lagi lah tuan blog minta suaminya ambik gambaq atas jambatan tu sambil pegang tudung yang ditiup angin. Alhamdulillah, sempat sampai rumah dan hujan pun turun dengan lebatnya.



*Mentara : (seseorang) yang mengangkat dan menghidangkan makanan di majlis kenduri.



Friday, November 15, 2013

Tak Dapat Terbang

Semalam pukul 8.35pm sepatutnya aku telah terbang ke Alor Star, pulang ke kampung halaman untuk bertemu lagi dengan ayahanda, bonda dan keluarga tercinta, menyantun kasih, merungkai rindu yang terpendam di kalbu. Namun apakah daya..tak terdaya..tak terdaya...melawan percaturan yang telah ditentukanNya. Suami yang dikasihi masih di luar daerah dan saat terdengar alunan suaranya di corong telefon, suara itu tidak seperti biasa ku dengari...Perancangan untuk terbang telah dilakukan sebulan yang lalu, sebelum ku ketahui suamiku harus ke luar daerah. Tak apa..aku redha dan ikhlas, ada hikmahnya ketentuan Ilahi. InsyaAllah ayahanda dan bonda kita akan bertemu beberapa minggu sahaja lagi.
Tiket yang meleboq
Maka, aku tak jadi terbang..tak kisah melebur perbelanjaan..namun yang pasti cuti yang telah diluluskan tidak akan aku sia-siakan..

Thursday, November 14, 2013

Konvokesyen ke-79, UITM~Bukan Aku

Assalamualaikum..

Baru nak update perihal peristiwa 2 hari yang lalu...tiada kesempatan nak update blog. Agak sibuk sejak kebelakangan ini dan arhh..penatnya! Hari Selasa saya cuti, ada saudara, actually kakak ipar abang saya dari kampung datang untuk majlis konvokesyen anaknya di UITM Shah Alam. Walaupun saya bercuti tapi macam agak kelam kabut jugak time arrangement sebab pada hari yang sama suami saya kena pergi kursus selama 3 hari. Namun Alhamdulillah, semuanya sudah selesai and Congratulations Fatin for your graduation!


Pastinya detik-detik sebegini menjadi detik indah dalam kehidupan untuk dikenang. Ayahanda dan bonda jugak pasti merasa bangga melihat kejayaan anak mereka.


Sunday, November 10, 2013

Mickey Yang Stylo Mylo




Siapa pernah tengok kartun Mickey Mouse? Macam mana rupa Mickey Mouse ye? Haa macam gambar kat atas tu kan..seluar hitam, kasut kuning, baju tak pakai. Macam mana rupa Mickey Mouse kalau dia make up, tukar seluar dan kasut dia, pastu pakai baju ye? Jom kita tengok gambar-gambar Si Mickey dengan pakaian baru dan gayanya yang stylo-mylo...















Cantik tak? Haa..macam cantik jer, macam comel je..macam comel je kan..

Pictures taken at Mid Valley Megamall.
Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com