Friday, November 6, 2015

Penginapan & Sewa Kereta~Sabah Trip

Assalamualaikum..

Lamanya tak jenguk blog ni, dah lama tak menulis, kekok pula rasanya. Aku nak sambung lagi cerita percutian ke Sabah. Belum pun habis cerita percutian ke Sabah pada bulan Februari, Alhamdulillah diberi rezeki pergi ke Sabah lagi pada 24-27 Oktober yang lalu..Trip kali ni pergi bersama abg ipar sekeluarga & kawan suami. 

Percutian ke Sabah, kami sengaja mengaturkan untuk bermalam di Kundasang dan 1 malam di KK. Walaupun Kundasang tidak semeriah KK, tapi kami suka suasana & udaranya yang segar. Selama berada di Kundasang, kami memilih untuk menginap di Kinabalu Pine Resort. Yelah tengok review rata-rata cakap resort tu cantik. 
Aku buat booking direct dengan resort, siap email request nak high floor clearly facing to Mount Kinabalu lagi. Bagi aku blok (P) high floor sangat clearly facing to Mount Kinabalu. Recommended! Biliknya Superior Standard, P2 katil double, P1 twin bed. Semasa first trip bulan Februari, 1 malam kami stay di bilik Superior Deluxe di blok N, disebabkan lewat booking, malam kedua kami terpaksa perpindah ke bilik P2 di blok P. Alhamdulillah..memang puas hati walaupun berpindah ke bilik Superior Standard. Permandangan jelas mengadap Gunung Kinabalu, takde selirat-selirat cable elektrik berbanding berada di balkoni blok N.
Setiap bilik di Kinabalu Pine Resort memang akan ada sharing balcony
Picture capture from bilik N2
Rate penginapan aku dah masukkan dalam entri Budget Cuti ke Sabah. Percutian baru-baru ni pun kami menginap di Kinabalu Pine Resort, booking melalui Agoda.com, insider deals dapatlah murah sikit, 2 bilik Deluxe, 2 malam RM680.00. 

Picture Captured from balcony room P2
Cantikkan! gambar diambil di balcony bilik P2
Di KK pulak kami menginap di D'Galleria Hotel. Hotel bajet di Kg Air, kat depannya adalah tapak pasar malam, senang nak shopping. Trip kedua, kami menginap di Promenade Service Apartment, bilik Studio Suite RM70 satu malam. Bolehlah untuk tidoq malam ja, pukul 11 checkout. Ada dapur, peti sejuk & peralatan untuk memasak but don't put your expectation too high. 

Sepanjang kat Sabah, dari airport gerak g Bandar KK & Kundasang, kami sewa kereta viva auto dari Encik Shahril, RM90 sehari. Ni contact nombor dia : 0128221685. Trip kedua ni kami sewa Perodua Alza Auto untuk muatkan 6 orang, rate RM150 sehari dari Encik Izad, contact no : 013 9126984.






Thursday, September 17, 2015

Sabah: Poring Hot Spring, Ranau


Air Panas Poring, Ranau Sabah.

Jika anda fikir Air Panas Poring hanyalah kawasan kolam air panas semata-mata, ternyata anda silap. Ini kerana di Poring Hot Spring bukan hanya terdapat kolam air panas bahkan taman kupu-kupu, kawasan air terjun, gua & titian gantung@canopy walk.

Bayaran yang dikenakan hanya RM3.00 untuk pemegang MyCard & boleh digunakan di Kinabalu Park juga jika berkunjung pada hari yang sama.
Sebelum tu apa kata singgah dulu di Visitor Centre untuk mendapat maklumat lanjut mengenai flora & fauna yang ada di negeri Sabah.
Perjalanan diteruskan untuk menikmati keindahan Poring Hot Spring yang terletak di daerah Ranau, Sabah.
Difahamkan titian usang (gambar bawah) adalah laluan masuk waktu dulu, Namun sekarang telah diganti dengan dengan jambatan simen yang lebih kukuh.
Alang-alang dah sampai, kami nak uji kekuatan fizikal & mental dengan meniti Canopy Walk. Caj yang dikenakan untuk Canopy Walk adalah seperti dalam gambar di bawah.
Malaysian = RM3.00
Non-Malaysian = RM5.00
Camera (except video film) = RM5.00
Semangat ni nak lalui Canopy Walk, tapi sebelum berseronok kat atas canopy walk, kita perlu mendaki bebeberapa anak tangga, berapa banyak bebebe la..haha itu menunjukkan banyak anak tangga yang perlu didaki. 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'.
Penat nak mamm..belum pun sampai separuh perjalanan lagi. Itu maknanya stamina kurang, kurang bersenam gitu la. Namun aku tidak patah semangat! 'Alang-alang menyelup pekasam biar sampai boleh makan'.

Gigih panjat anak tangga, akhirnya sampai juga ke check point untuk aku lalui titian setinggi 41-43 meter sepanjang 175 meter ini.
Alhamdulillah berjaya dengan jayanya melalui Canopy Walk. Penat mendaki dan berjalan di Canopy Walk, kami singgah sekejap di kolam air panas untuk merendam kaki bagi menghilangkan rasa sengal dan lenguh-lenguh.
Inilah kolam air panasnya..ada juga yang semulajadi tapi kebanyakan pengunjung aku lihat berendam dalam kolam ni je. Eh tapi kan..ni kolam ke kolah? hehehe.

Thursday, September 10, 2015

Pulau Manukan & Pulau Mamutik, Sabah

Assalamualaikum..

Lama saya sungguh tak berblog &  blog walking..Apa habaq semua, harap sihat la nah. Nak sambung cerita pi Sabah lagi. Sabar jelah! bulan Februari p Sabah, bulan September cerita tak habis lagi. Busy sikit sekarang, tak sempat nak jenguk blog kesayangan nih.

Semasa percutian ke Sabah hari tu kami berkesempatan untuk bersnokelling di Pulau Manukan & Pulau Mamutik. Kedua-dua pulau ini terletak dalam kawasan Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan terdapat beberapa pilihan pulau lain antaranya Pulau Sapi, Pulau Gaya & Pulau Sulug. Ada pakej di sediakan di kaunter di Jesselton Point yang juga merupakan terminal feri ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Harga pakej adalah berbeza mengikut agensi, kena pandai-pandai survey & tawar-menawar lah ye. Harga yang kami dapat untuk island hoping ini ada saya masukkan dalam budget p Sabah dalam entri terdahulu. Boleh baca :- Budget Cuti di Sabah

Tiket 2 pulau : RM33 x 2
Mask & goggles : RM15 x 2
Terminal fees : RM7 x 2

Marine Park Fee : RM3 x 2 (bayar di pulau)

Dah dapat tiket, apa lagi jom kita p snokelling. Oh, untuk makluman jarak antara Pulau Manukan & Mamutik ni dekat je dalam 10 minit & kalau dari Jeti Jesselton Point pun anggaran dalam 20 ke 30 minit je kot.
Peraturan-peraturan yang harus dipatuhi ketika berada di Taman Laut Tunku Abdul Rahman.
Destinasi pertama, Pulau Mamutik

Saya tak pandai nak guna goggles ni sebenarnya, dua tiga kali cuba, berenang tak sempat nampak ikan saya stop untuk bernafas..hehe. Seriously kat Pulau Mamutik ni saya tak nampak sekoq ikan pun masa snokelling. Haha..bukan sebab ikan takde tapi saya tak reti guna goggles. Nampak tak bangunan-bangunan kat hujung sana tu (gambar di atas) itulah bandar KK.

2 jam di Pulau Mamutik, kemudian kami bergerak pula ke Pulau Manukan. Sewaktu kami tiba di Pulau Manukan, kami disambut oleh sekumpulan gadis Korea yang sedang bergwiyomi. Hihi..percaya ke idok? Percayalah, ramai pelancong Korea tapi diorang tak buat gwiyomi pun.
Gambar ni saya ambil ketika berada di atas jeti..cantikkan Pulau Manukan ni, airnya pun jernih je, boleh nampak ikan dok berenang.
Kat Pulau Manukan ni ada resort, Manukan Island Resort, sila google kalau nak tahu rate...nanges!
Penat snokelling, kami jalan-jalan sekitar pulau Manukan, rupanya kat belakang, area wash room pun tak kurang cantiknya. Turut disediakan bangku untuk kita beristirehat, angin pun kuat, kejap je baju dah kering. Kawasan belakang pulau tak sesuai untuk mandi rasanya, ombak kuat.
Jam menunjukkan hampir jam 2 petang, perut mula berkeroncong, kami menikmati makan tengahari di Pulau Manukan. Ada sebuah gerai yang menjual makanan, boleh lah untuk mengalas perut, Alhamdulillah. Harga pakej island hopping tidak termasuk makan & minum ye, kenalah pandai-pandai sendiri.

Usai kami makan tengahari, staff dari agensi island hopping mula memanggil untuk pulang ke tanah besar. Cantik je timing. It's time to say good bye to Manukan..nope, say see you again..SOON InshaAllah.
Selfie satu di Jeti Pulau Manukan.

Thursday, June 18, 2015

Fish Spa-Tagal Sg. Moroli

Tak habis lagi cerita percutian di Sabah, banyak tempat kita p, banyak kisah kita nak cerita. Tengok gambar di atas tu, besarnya ikan, ye memang besar pun. Ikan kelah raja sungai katanya.
 
Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru terletak di daerah Ranau Sabah. Apa khabar agaknya ikan-ikan kelah di sana selepas tragedi gempa bumi di Ranau ye? Harap semuanya baik-baik saja.

Info:-
Bayaran masuk : RM5.00/dewasa
Masa : 15 minit 
                           : RM10.00 (mandi bersama ikan)
Makanan ikan : RM0.30/paket kecil
Ikan-ikan Kelah tu semuanya "jinak-jinak merpati" bila kita cecah kaki ke air, semua pakat mai berkerumun di kaki tapi bila nak tangkap sekoq pun tak dapat.
Seronok juga main dengan ikan-ikan ni..habis kulit kasar kat tumit kaki digigitnya. Umpan yang kita genggam dalam tangan juga habis disedutnya, tak dapat makanan, tangan kita pula digigitnya.
Cukup masa 15 minit, siren pun dibunyikan tanda menyuruh kita beredar dari kawasan sungai. Ikan-ikan Kelah yang tadi mengerumuni turut beredar pergi.
Pelik juga bila difikirkan, macam mana depa jaga ikan-ikan kelah tu untuk stay kat 1 kawasan ja dalam sungai yang panjang tu?

Cantik sungainya, bersih. Selain main air bersama ikan kelah anda boleh juga berfoto gedix di atas titi gantung seperti dalam gambar di atas tu. Ada 3 gerai menjual cenderamata & 1 kedai makan.

Thanks for reading..Jumpa lagi!

Friday, June 12, 2015

Desa Cattle Dairy Farm, New Zealand Malaysia

Daripada review blogger-blogger yang pernah berkunjung ke Sabah, rata-rata menceritakan pengalaman mereka ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di Mesilau, Kundasang Sabah. Tertarik dengan cerita & gambar-gambar yang dipaparkan, aku turut memasukkan lokasi tersebut dalam itinerary percutian aku. Desa Cattle Dairy Farm letaknya tidak jauh dari hotel penginapan kami, jalan ke sana pula berbukit bukau dan cantik.

Caj RM4.00/person dikenakan bagi dewasa, tiket boleh didapati di pintu masuk ke Desa Cattle Dairy Farm. Menyusur jalan masuk ke kawasan letak kereta, dikiri kanan jalan, mata akan dijamu dengan kehijauan padang ragut & lembu-lembu bertompok hitam putih macam lembu dalam iklan Fernleaf. Agaknya kerana sebab itu kot Desa Cattle Dairy Farm ini digelar New Zealand, Malaysia.


Desa Cattle Dairy Farm ni terletak di kaki Gunung Kinabalu, walaupun kitaorang kat sana sampai pukul 12 tengahari tapi nyaman je rasa, sejuk. Kata pak cik yang kerja kat situ, kalau cuaca baik kamek boleh nampak jua orang sedang berjalan di puncak gunung tu. Aduh pak cik, belum rezeki bah, kerana hari tu berkabus saja, nak tengok puncak gunung pun ada masa 30 minit je di waktu pagi.


 Tempat harus bergambar di batu tanda Selamat Datang ni..bagi can tuan blog berfoto gedix!
Kiranya kalau cuaca elok, tidak berkabus maka nampaklah puncak Kinabalu di situ. Namun apakah daya, kabus itu terlalu cemburu..tapi takpe itu pun tetap cantik & nyaman sekali.
Lama juga kami di sini, berfoto dan menikmati Aiskrim & produk tenusu segar hasil ladang ini. Susu lembu segar sangat sedap.
Seusai menikmati produk tenusu, masa untuk beransur ke destinasi seterusnya. Kami suami isteri seronok selama berada di destinasi ini, Nyaman & tenang sekali, hamparan rumput hijau saujana mata memandang dan cuaca sejuk sungguh menenangkan. Allahuakbar, untuk Allah juga segala puji-pujian.

Selamat Tinggal Mesilau, InshaAllah kita akan bertemu lagi..


Note: Salam takziah untuk keluarga & sahabat mangsa-mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Sabah, Ranau & Kundasang, khasnya. Seluruh rakyat Malaysia turut berdukacita & mendoakan kesejahteraan kalian.


Saturday, May 23, 2015

Kundasang Destinasi Wajib!

Assalamualaikum..


Baru ada kesempatan untuk sambung update percutian ke Sabah pada Februari yang lalu. Sibuk sikit sejak 2, 3 menjak ni.

Ok berbalik kepada ceritera Negeri Di Bawah Bayu ni, aduhai rindunya nak p Sabah lagi, negeri cantik & mendamaikan lebih-lebih lagi daerah Kundasang. Kundasang! rugi kalau tak berkunjung jika sudah sampai ke Sabah. Cuaca sejuk, berkabus tak kira siang atau malam, sekelilingnya dipenuhi hijauan pepohon & bukit bukau yang mendamaikan jiwa..Oh alangkah bahagianya kalau hari-hari sedut udara nyaman sebegitu..krik krik krik.

Kundasang! Ada apa dengan Kundasang? Of couse ada Gunung Kinabalu, mercu tanda negeri Sabah! Setiba di Kundasang, check-in Kinabalu Pine Resort. (Cerita hotel di lain entri.) Seronok, duduk di beranda sambil layan udara nyaman & permandangan cantik Gunung Kinabalu.
Permandangan dari balkoni bilik N2, Superior Deluxe Kinabalu Pines Resort. Ohsem, sejuk & nyaman. Waktu ni Gunung Kinabalu masih diselimuti awan. Tapi bila matahari mula terbit, maka terlihatlah puncak tertinggi di Asia Tenggara yang tersergam indah.

Semasa kami di sana, kami hanya dapat menikmati beberapa jam sahaja pemandangan indah Gunung Kinabalu, itu pun hanya di waktu pagi, cuaca sejuk & berkabus tapi Alhamdulillah tak hujan.
Zoom in sikit, puncak Kinabalu sebelum dilitupi awan. Kulihat dari jauh, kau sungguh cantik dan pastinya kau juga punya sejarah tersendiri.
Gambar atas ni macam berada di alam fantasi pulak. Gambar diambil sekitar pukul 7.00 pagi ketika matahari kian meninggi & menghalau kabus yang menutupi puncak Kinabalu. 

Ok sampai di sini dulu, cukuplah sebagai pengubat rindu..hehe. InshaAllah next entri Mesilau.


Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com