Friday, November 6, 2015

Penginapan & Sewa Kereta~Sabah Trip

Assalamualaikum..

Lamanya tak jenguk blog ni, dah lama tak menulis, kekok pula rasanya. Aku nak sambung lagi cerita percutian ke Sabah. Belum pun habis cerita percutian ke Sabah pada bulan Februari, Alhamdulillah diberi rezeki pergi ke Sabah lagi pada 24-27 Oktober yang lalu..Trip kali ni pergi bersama abg ipar sekeluarga & kawan suami. 

Percutian ke Sabah, kami sengaja mengaturkan untuk bermalam di Kundasang dan 1 malam di KK. Walaupun Kundasang tidak semeriah KK, tapi kami suka suasana & udaranya yang segar. Selama berada di Kundasang, kami memilih untuk menginap di Kinabalu Pine Resort. Yelah tengok review rata-rata cakap resort tu cantik. 
Aku buat booking direct dengan resort, siap email request nak high floor clearly facing to Mount Kinabalu lagi. Bagi aku blok (P) high floor sangat clearly facing to Mount Kinabalu. Recommended! Biliknya Superior Standard, P2 katil double, P1 twin bed. Semasa first trip bulan Februari, 1 malam kami stay di bilik Superior Deluxe di blok N, disebabkan lewat booking, malam kedua kami terpaksa perpindah ke bilik P2 di blok P. Alhamdulillah..memang puas hati walaupun berpindah ke bilik Superior Standard. Permandangan jelas mengadap Gunung Kinabalu, takde selirat-selirat cable elektrik berbanding berada di balkoni blok N.
Setiap bilik di Kinabalu Pine Resort memang akan ada sharing balcony
Picture capture from bilik N2
Rate penginapan aku dah masukkan dalam entri Budget Cuti ke Sabah. Percutian baru-baru ni pun kami menginap di Kinabalu Pine Resort, booking melalui Agoda.com, insider deals dapatlah murah sikit, 2 bilik Deluxe, 2 malam RM680.00. 

Picture Captured from balcony room P2
Cantikkan! gambar diambil di balcony bilik P2
Di KK pulak kami menginap di D'Galleria Hotel. Hotel bajet di Kg Air, kat depannya adalah tapak pasar malam, senang nak shopping. Trip kedua, kami menginap di Promenade Service Apartment, bilik Studio Suite RM70 satu malam. Bolehlah untuk tidoq malam ja, pukul 11 checkout. Ada dapur, peti sejuk & peralatan untuk memasak but don't put your expectation too high. 

Sepanjang kat Sabah, dari airport gerak g Bandar KK & Kundasang, kami sewa kereta viva auto dari Encik Shahril, RM90 sehari. Ni contact nombor dia : 0128221685. Trip kedua ni kami sewa Perodua Alza Auto untuk muatkan 6 orang, rate RM150 sehari dari Encik Izad, contact no : 013 9126984.






Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com