Monday, September 29, 2014

Pasar Kemboja

Assalamualaikum..

Satu info buat awak & awak, juga awak yang suka shopping  tu. Seronok pi Pasar Kemboja di Parit Buntar, sanggup memandu dari Pendang nak p Pasar Kemboja Parit Buntar walaupun memakan masa hampir 2 jam. Okey, berita baik! Pasar Kemboja baru dibuka di Pekan Pendang bermula hari Jumaat yang lalu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXC-Z69iJ937Gy-3v4tP5K-PLNoUrRCUXrq__J1h6XLcPKphLYET4VivFZLWefZy7dPvz7m7fz9yd0OpL5w2Wy-LXUNMdjDy3KiiXQAJ1yUOU1pM4v2Tr38stIq8yHSl8WDZS4JSrA6LcP/s1600/poster+pasar+kemboja+pendang.jpg
So, orang-orang Kedah boleh borong sakan kat Pasar Kemboja Pendang. Hari pertama dibuka sambutan memang 'havoc' jalan sampai berlaga bahu lah.
Kenapa dibuka pada hari Jumaat tidak hari Sabtu atau Ahad? sebab hari Jumaat, hari cuti bagi negeri Kedah, Hari Sabtu ada pekan nat @ pasar siang di tapak pasar Kemboja tu. Ahad kan orang Kedah start kerja & sekolah.

Ok, layan gambar Pasar Kemboja Pendang.



 

Sunday, September 14, 2014

Sepetang Merdeka di Melaka

My husband still under training sekarang selepas bertukar ke jabatan baru, so public holiday, beliau akan diberi cuti. Yahoo..syioknya. Well, ini cerita 31 Ogos yang sudah beberapa minggu berlalu.

Tanggal 31 Ogos, Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57, "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" aku dan suami berkesempatan ke Bandaraya Bersejarah Melaka. Pergi balik hari, actually sepetang sahaja, gerak pukul 2.00pm balik 9.00pm. Sebenarnya plan nak pergi awal pagi namun disebabkan ada tetamu bertandang, makanya..

Dah pukul 2.00pm tu aku dah malas sebenarnya nak pergi, yelah beberapa jam je kot nak malam tapi bila fikir-fikir, kitaorang pergi jugak, kalau malamnya husband tak larat drive, kitaorang decided nak booking hotel.

Sampai Melaka, ramai giler (kata penguat anak muda masa kini, jangan guna dalam exam ye adik2) orang, jalan sesak tak yah cerita la..parking pun susah. End up kitaorang parking area Casa De Rio sebelah  sungai, ala tempat orang naik river cruise tu, free!

Jalan ke sana, ke sini, dah pukul 9.00 malam, tanya hubby nak stay ka nak balik, dia cakap balik, depend on driver kan, assistant ikut je..

Aku kalau g jalan-jalan tak beli apa-apa tu bukan aku la, sekurang-kurangnya beli fridge magnetic. Tu je yang aku beli kat Melaka pun. Che abg aku tu beli keris taming sari..hehe
Pusing punya pusing cari parking, kami nampak bangunan ni, che abang kita suruh ambik gambaq, katanya ada simbol freemason kat situ. And yes..itu adalah Dewan Freemason. Apa cerita tentang freemason itu, ko google lah sendiri.

Melaka River Cruise
Okey, sekian untuk kali ni, jumpa lagi. thanks for reading..Sayonara


Thursday, September 4, 2014

Murni Discovery

Entri makanan lagi, kali ni nak review makanan kat restoran baru buka di Seksyen 7, Shah Alam. Restoran yang diberi nama Murni Discovery.
Boleh makan nasi lemak kukus, roti, mee dan western food di sana.
Menu kami? 
  • Mee Raja Chicken Chop 
 Taste good and big portion, siap tapau bawa balik.
  • Nasi Goreng Napoleon
Nasi goreng dihidangkan bersama keropok, kentang goreng, ayam napoleon (sosej disaluti isi ayam dan digoreng bersama serbuk roti) beserta sos lada hitam dan sos cili.
  •  Milo Dinasour
Cawangan di Seksyen 7, Shah Alam ni lokasinya tak berapa best bagi saya, memang dekat I-City tapi sebelah kuil pulak. Boleh tengok lokasi lain Murni Discovery pada gambar di bawah.


Wednesday, September 3, 2014

WW : Wanita & Makeup Berpisah Tiada

 Wanita dan makeup berpisah tiada, walaupun hanya berbedak sahaja.
Terima kasih kepada yang memberi, jasa tuan akan saya ingati.

 
Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com