Tuesday, April 29, 2014

P Pesta Buku Antarabangsa 2014, PWTC

Pesta Buku Antarabangsa 2014 di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula 24 April 2014 sehingga 4 Mei 2014. Ya masih berlangsung sekarang ni. 

Aku p juga hari Ahad tu, beli novel je buat peneman dalam train. Dapat la diskaun 50% dari harga asal, ada sesetengah diorang kurangkan harga 6 ke 10 ringgit untuk sebuah novel. Macam-macam buku ada, dari pelbagai penerbitan. Buku dari negara luar ada tapi tak banyak. 

Masuk ke ruangan Karangkraf, promosi Al-Quran ni berbaloi-baloi pada aku. Bulan lepas suami aku beli Al-Quran Amazing tu harga seratus lebih satu. Di PWTC, diorang buat promosi ni, murah lah, aku beli juga, sebab kakak di office kirim.

Buku-buku ilmiah untuk pelajar sekolah pun ada, untuk kanak-kanak pun ada. Aku tak masuk semua hall pun, meronda kat ground floor dan first floor je. Ramai betul orang. Cara nak p PWTC ni senang, banyak public transport, LRT,  KTM, bas, laluan pejalan kaki pula berbumbung. Aku p naik kereta, parking kat Stesen Bas Putra. RM5 bayaran parking, bergantung kepada berapa lama kita parking kenderaan kat sana.


Saturday, April 19, 2014

Wednesday, April 16, 2014

Lunch SUBWAY~take away

Hari ni aku cuba sesuatu yang baru..jakunnya aku kot kan..bertahun merantau sehingga jadi pemastautin bandaraya besaq ni, hari ni kali pertama aku p beli sandwich Subway. Dah lah tak pernah p, hari ni dok buat gaya konfiden lebih p order Subway sorang diri.

Banyak songeh jugak nak order Subway ni kekdahnya:-
  1. Buat pilihan roti
  • Italian Bread
  • Wheat
  • Honey Oat
  • Parmesan Oregano
  • Hearty Italian
     2.  Pilih panjang roti 
  • 6 inci
  • footlong
     3.   Pilih nak isi apa dalam roti tu.
Macam-macam jenis isian, aku tak tau mana yang sedap, senang tengok je gambar, tengok harga, aku pilih meatball marinara.
Ingatkan dah siap, dah boleh bayar, rupanya pilih sayur pulak..kalau taknak boleh proceed terus kot.

     4. Pilihan sayur-sayuran
  • lettuce
  • tomato
  • cucumber
  • Pickel
  • Green Peppers
  • Olives
  • Onion
  • Jalapeno Slice
  5. Pilih sos 
  • BBQ Sos
  • Cili Sos
  • Mustard
  • Oil & Vinegar
  • Mayonis
Ok, done..boleh bayar. Kalau nak, boleh add on make it as a set, ada soft drink & chips or cookie. Aku beli sandwich saja, take away, RM7.95. Highlight biru tu pilihan aku, ok la..sedap juga. Lepas ni tak jakun dah la aku.
 

Tuesday, April 15, 2014

Kameraku ST60


Dulu masa kat U, aku teringin sangat nak miliki kamera digital. Tengok kawan-kawan guna kamera digital, ambik gambaq tak payah nak beli kodak. Ambik ja gambaq banyak mana pon, selfie la puas-puas. Apatah lagi aku ni memang jenis suka bergambar. Lama jugalah aku memendam rasa, p pc fair atau ada promotion camera aku dok usha ja..yelah nak beli tak mampu lagi masa tu. Nak guna duit ptptn, risau tak cukup duit untuk berbelanja nanti kena minta kat mak aku kat kampung. Kesian pulak..tak sampai hati la aku nak menyusahkan mak ayah aku, adik aku 2 orang lagi masih bersekolah.

Aku ingat lagi, masa kat kolej ada dinner, makan di hotel, wajib p, depa caj terus sekali dengan yuran kolej. Aku dan kawan-kawan aku ni masing-masing memang gila bergambar. One day, kami p Mydin Sinar Kota, ternampak kamera, pakai kodak punya, harga RM16.90 kalau tak silap. Aku ngan kawan aku beli tapi kamera aku tu boleh pakai sekali ja, macam sangkut sikit. Aku guna time p dinner kat Mandarin Oriental tu saja la, lepas tu tak pernah guna dah. Yelah sangkut-sangkut buat rugi kodak saja, dah la harga kodak lagi mahal dari harga kamera.

Bila masuk ke alam pekerjaan, ada duit lebih sikit, kebetulan kat Mid Valley ada buat PC Fair, aku p usha-usha, ada niat nak beli kamera sebab asyik pinjam kamera kawan saja..naik segan jadinya. Pusing punya pusing, aku terpandang kamera ST60 Samsung (gambar)..oh aku memang suka warna merah, kameranya kecik, ringan dan versi terbaru keluaran samsung. Harganya kalau tak silap aku RM500 kot. Aku beli sebijik macam dalam gambar tu..

Banyak jugalah jasa kamera tu kat aku, itulah kamera cap ayam yang sering aku maksudkan dalam entri terdahulu. Kiranya itu adalah kamera digital pertama aku, beli guna duit hasil titik peluh aku sendiri. Lamanya dok pendam rasa nak beli kamera digital kan, akhirnya dapat..hang bayangkanlah macam mana perasaan Che Ah. Setiap barang aku, aku jaga baik punya, sama macam kamera tu.

Kelmarin suami aku bawak kamera tu p office, lepas keja dia terus p pelabuhan. Dia acap bawak kamera p site semenjak 2 menjak ni. Nak jadi cerita semalam aku sembang-sembang dengan dia dan tanya mana dslr sebab takde dalam bag, dia cakap ada kat bawah. Then aku tanya lagi, haa..mana kamera samsung saya eh. Dia jawab, hilang, jatuh kat mana tak tau, abang cari tak jumpa. Aku macam tak percaya, aku tanya betui ka, dia ya kan. Sentak, sentap apatah reaksi aku. Terus melulu ke bawah, selongkar dalam beg, cari kat rak & drawer tapi takde, sambung cari, dalam otak dok pikiaq samsung merah..tapi tak jumpa. Penat cari tak jumpa, lastnya hujan turun dengan lebatnya..pukul 12 jugaklah terlelap sendiri. Emosi, tak percaya kamera aku hilang.

Pagi ni aku bangun, aku redha dengan kehilangan tu. Macam kematian, walaupun kita sayang bila tiba saat kematian, terpaksa berpisah juga. Redha & berlapang dada adalah lebih baik. Aku tak salahkan suami, aku tau dia tak sengaja. Cuma aku harap siapa je yang jumpa kamera aku tu tidak akan menganiayai aku, ada beberapa gambaq aku dalam kamera tu, ada gambaq kahwin adik aku juga dan akan jaga kamera tu macam mana aku jaga. Harap kamera tu akan bagi manfaat pada orang yang jumpa tu, lebih-lebih lagi kalau orang tu dalam situasi aku dulu, yang sangat mendambakan kamera digital.


Friday, April 11, 2014

Rezeki Malam Jumaat

Assalamualaikum..

Sengih je Che Ah hari ni..alhamdulillah happy pagi-pagi Jumaat ni. Semalam 10 April, kami suami isteri ambil satu langkah ke depan lagi, meninggalkan segala kedukaan dibelakang dan terus bergerak ke hadapan dengan lebih positif. Sudah lebih kurang 2 tahun setengah menunggu dan berTTC, 1 tahun selepas ectopic pregnancy, semalam kami berdaftar untuk menjalinkan hubungan dengan LPPKN. Salah satu usaha dan daya ikhtiar terbaru, semoga diperkenankanNya. Bagaimanapun, belum tiba masanya untuk mengulas lebih lanjut.

Malam tadi, selepas dinner (macam biasa 60% hari bekerja, makan kat luar..hehe, berdua je kan) encik hubby ajak p Giant, aku dah boleh agak dah. Beliau nak p beli gadjet baru, gantikan yang lama yang asyik full storage je tu, nak buat keja pun susah. Pilih punya pilih, under his budget kot, tetiba encik hubby cakap, kita beli dua la..satu untuk you. Apalagi Che Ah sengih sampai telingalah, terharu nanges guling-guling..hahaha over engko, padahal tak pon. 

Alhamdulillah, rezeki malam Jumaat. Terima kasih abang, terima kasih daun keladi tau! hehehe. 

"Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya,
Jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah,
Jika masih ada dilangit maka segera turunkanlah untuknya,
Jika tertahan didasar bumi, hanya Engkaulah yang mampu mengeluarkannya.
Ya Allah,
Berkatilah rezeki yang diperolehi oleh suamiku
agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga 
di dunia dan di akhirat"

Aamiin...


Sunday, April 6, 2014

SUNAN, Karya ke-23 RAM

Karya terbaru Ramlee Awang Murshid, novel ke 23 tulisan beliau. "SUNAN Nanggroe Sang Kembara" merupakan prolog kisah Laksamana Sunan. Bagi pengikut setia kisah sunan pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki novel ini..termasuklah saya. Seperti karya-karya sebelumnya, karya ke 7 kesinambungan kisah Laksamana Sunan ini menceritakan bagaimana Saifudin yang berasal dari Punggor, Tanah Melayu membawa diri dari kampung halamannya disebabkan fitnah. Beliau berhasrat menuju ke Melaka, namun dalam perjalanan beliau dirompak oleh Lanun Darat yang kemudian menjualnya sebagai hamba kepada seorang juragan kapal. Maka bermulalah episod-episod sehingga Saifudin diserahkan kepada Wali Sufi di Aceh dan dididik dengan ajaran Islam dan ilmu kependekaran.


Antara koleksi karya tulisan Ramlee Awang Murshid
Penulisan RAM yang sarat dengan pengajaran & pembelajaran, bukan novel cinta yang mengkhayalkan. Tak sabar tunggu sambungan prolog SUNAN.


Saturday, April 5, 2014

Indahnya bak Sakura

Baru-baru ni sempat p Jepun tengok bunga Sakura yang sedang berkembang mekar. Sungguh indah pemandangan di depan mata, angin bertiup sepoi bahasa lantas bebunga sakura jatuh menimpa muka...tiba-tiba terdengar suara suami memanggil..oh kuatnya berangan sampai ke Jepun..haha.



Bebunga sakura yang berkembang mekar..indah dipandang mata. Feeling macam kat Jepun tapi hakikatnya hanya di Pendang, Kedah, Malaysia. 

Gambar dari FB seorang kawan. "Terima kasih sharing panorama indah kampung halaman yang senantiasa dirindui".

Wednesday, April 2, 2014

Masjid Besi

  • Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan dengan Istana Kehakiman Malaysia.
  • Masjid ini boleh memuatkan seramai 20,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.
  • Digelar Masjid Besi kerana pembinaannya yang menggunakan kira-kira 6000 tan besi atau 70 peratus daripada bahan binaan manakala baki 30 peratus adalah konkrit.
  • Kos pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM200 juta.




Ya Allah..
Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku
Berikanlah aku keyakinan bahawa takdir-Mu 
adalah lebih baik daripada apa yang aku ingin dan impikan...

Tuesday, April 1, 2014

Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada-Highway Baru SKVE

Lebuhraya SKVE (South Klang Valley Expressway), lebuhraya baru...laluan alternatif untuk ke Putrajaya, Bangi, hanya 46km ke Putrajaya. Dari Tol Pulau Indah keluar Tol Ayer Hitam, caj RM6.70 dikenakan.
Jalan atas tu menuju ke Pelabuhan Barat @ Westport. Oh..nilai hartanah di Pulau Indah kian meningkat.




View dari atas jambatan, dilarang berhenti, dilarang memancing dari atas jambatan..tapi kalau jalan macam ni, kosong ja..hang buat ja la apa yang hang suka..

Dimana ada kemahuan disitu ada highway sama ja maksudnya dengan peribahasa dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Berusahalah untuk mendapatkan apa yang kita cita-citakan dalam hidup, jangan lekas berputus asa. Namun harus diingat hidup kita didunia ini hanya sementara, segala kekayaan dan harta benda didunia tidak akan dapat kita bawa ke lubang kubur, jangan lupa saham untuk akhirat.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com