Friday, February 28, 2014

Hantar Kenderaan Dari Semenanjung Ke Sabah, Sarawak, Sibu & vice versa

Assalamualaikum..

Pening kepala macam mana nak hantaq kereta p Sabah, Sarawak atau Sibu atau dari sana nak bawak balik ke Semenanjung? Ni saya nak share sikit info yang mungkin dapat menyelesaikan kekusutan anda. Syarikat DNA Trans Services menawarkan perkhidmatan menghantar kenderaan, tak kira motosikal, kereta, van, lori, jentolak dan lain-lain dengan harga yang berpatutan. Servis penghantaran melalui jalan air, iaitu menggunakan kapal roro, yang besaq gedabak. InsyaAllah dijamin selamat.

Untuk pertanyaan harga dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Che Mat di talian 0168777875 atau layari http://dnatransservices.blogspot.com/

Info DNA Trans Services :

DNA (Dengan Nama Allah) Trans Services adalah syarikat yang berdaftar dengan r.o.c, hak milik orang Melayu Islam.

Tuesday, February 25, 2014

Birthday Retreat@Felda Resident Hot Spring Sg Klah, Sungkai Perak

16 & 17 Februari 2014

Percutian singkat, 2 hari 1 malam bersama suami di Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah Sungkai, Perak Darul Ridzuan. Percutian yang dirancang, beli voucher kat livingsocial, memang bajet nak p Februari sempena birthday. Rancang nak p weekend 15 & 16, call 2 minggu sebelum untuk booking..dah penuh wei! So, kena ambik cuti sehari pada 17 Februari. On that week saja en hubby takde kuliah.

Mudah saja nak ke Felda Residence Hot Spring Sg Klah ni, ikut PLUS Highway exit 128 Sungkai. Melepasi tol Sungkai akan ada simpang & signboard Felda Residence Sg Klah, follow je la, tak jauh pun dari Tol Sungkai.

Nampak je tanda "Selamat Datang" ni maknanya anda berada dilokasi yang betul. Teruskan lagi perjalanan menuju ke lobi reception untuk check in. 

Dah siap check in pukul 3.00pm, jom kita masuk tengok bilik 219 Deluxe Room itu dan tengok apa yang best di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah ni.






RM170 1 malam, ok la..berpatutan dengan bilik besar & ada bath tub tu. Boleh datang lagi lain kali.

Thursday, February 20, 2014

Langkawi ~ Cable Car

Salah satu destinasi wajib singgah kalau ke Langkawi, iaitu Langkawi Skycab @ Cable Car yang terletak di Oriental Village, Burau Bay, Langkawi. Nak ke sana, anda terpaksa melalui jalan berbukit yang menyajikan panorama indah lautan. Destinasi yang mencabar keberanian diri dan memberikan gambaran saujana mata memandang.

Tips ke Cable Car :  Sila pergi waktu pagi untuk elakkan kesesakan/ramai orang.
                                  Jangan gedik pakai heel sebab lantainya diperbuat dengan susunan kayu,
                                  tumit kasut boleh melekat di celahan kayu lantai.
                                  Jangan lupa mengucap Kalimah Syahadah..hehe..
Waktu Operasi :  9.00am to 7.00pm
Harga Tiket :  RM15.00 dewasa/warganegara with Mykad

Percayalah berbaloi melawan rasa gayat dan kecut perut, apabila sampai di puncak, panorama indah menunggu, angin sepoi menampar pipi...pergh! hiperbola sangat!

Kami naik sekitar jam 9.30am, tak ramai orang lagi, so, hanya saya & hubby je dalam gondola ni.
 Mula-mula rasa gayat, lama-kelamaan rasa ok..seronok.
 This picture was taken from the middle station.
 The Skybridge, temporarily closed
Langit dan laut membiru..mak cik itu berasa kagum melihat pemandangan di depan mata, lantas bibirnya mengucapkan puji-pujian terhadap Maha Pencipta.
Masa ni, kira-kira jam 11am, kami dah nak balik, nampak tak kat belakang tu? dah ramai orang berpusu-pusu ke cable car.
Dalam perjalanan nak balik, kami singgah di sini, Telaga Harbour kalau tak silap, sebelahnya ada Petronas. Banyak kapal persendirian kot kat sini...cakap kat hubby nanti kalau kaya, kita pun kena beli kapal  letak kat sini..hahaha..berangan tak salah.


Sekian

Wednesday, February 19, 2014

Langkawi~Dataran Lang & Tanjung Rhu

Dataran Lang merupakan mercu tanda Langkawi. Patung helang setinggi 12 meter terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah. Sayap berkepak sedia untuk menyusur ke udara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong. 

Biarkan gambar berbicara..


Pantai Tanjung Rhu terletak di Mukim Ayer Hangat Langkawi. Pantainya bersih dan sangat cantik, malahan lebih cantik dari Pantai Cenang. Lokasinya agak jauh dari Pekan Kuah tapi berbaloi untuk diterjah.








Nota : Oh, DSLR please come to me..

Tuesday, February 18, 2014

Langkawi~Makam Mahsuri

Apa maknanya p Langkawi kalau tak melawat Makam Mahsuri. Langkawi dapat gelaran Pulau Lagenda pun disebabkan Mahsuri.
Pintu Gerbang Kota Mahsuri..maknanya anda dah berada di Makam Mahsuri.
Tiket masuk

Sejarah kematian Mahsuri binti Pandak Mayah
Kematian seorang wanita hanya kerana fitnah manusia, Al-Fatihah untuk Mahsuri.


Jom kita p melawat kampung Mahsuri pulak. 
Rumah Mahsuri..cantik sungguh ukiran kayu itu.
Rumah Mahsuri, cantik betul rumah tradisional orang Melayu dulu, ukirannya saja sudah memikat hati. Kat bawah rumah tu ada peralatan tradisional masyarakat Melayu seperti lesung hindik, tong pukul padi dan lain-lain peralatan berkaitan aktiviti sawah padi.
Dapur Kayu..biasa bagiku orang kampung
Katil Mahsuri, kecilnya..boleh jatuh tergolek kalau tidoq atas ni.
Telaga Mahsuri, airnya sejuk, segar muka kena air telaga diwaktu panas mentari. Err..saya minum air telaga ni..harap dihalalkan.
Rumah Penghulu kampung, besar sungguh rumahnya..bila baca papan tanda tu, faham lah kenapa rumah penghulu besar sangat.


Teratak Sri Tama, rumah Panglima Hitam. 
Mahsuri binti Pandak Mayah, melalui lukisan ini, pandangan mata kasarku menyatakan bahawa beliau seorang yang cantik dan lemah lembut.
Beliau dikatakan generasi ke 7 Mahsuri, namanya Wan Aisyah binti Wan Nawawi..

Sekian...Al-Fatihah untukmu Mahsuri.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com