Friday, October 24, 2014

Jalan-jalan Cameron Highlands

Sabtu, 18 Oktober 2014

Alhamdulillah, aku dan suami berkesempatan ke Cameron Highlands. Kami bertolak pada pukul 8.30pagi dari Klang melalui Simpang Pulai ke Cameron Highlands. Pertama kali ke Tanah Tinggi Cameron melalui Simpang Pulai. Kata orang, jalannya lebih elok berbanding laluan Tapah. Ya betul! Exit Tol Simpang Pulai, jalan agak sesak dan kami sempat tersesat di Pekan Simpang Pulai kerana terlalu berpandukan kepada GPS..suami set Cameron Highlands dibawanya kami ke satu taman perumahan.

Selepas 1 jam melalui jalan bagai ular di palu naik ke Cameron Highlands ditemani oleh hujan dan kabus, akhirnya kami tiba di sana pada pukul 1.30pm.
Hujan & kabus tebal
Destinasi pertama kami di Cameron Highlands adalah Lavender Garden. Bayaran masuk RM5 dikenakan untuk seorang dewasa.
Seusai photoshot di Lavender Garden yang tak banyak pokok lavender, kami teruskan perjalanan, singgah sebentar di Rose Valley. Bayaran RM5 dikenakan untuk masuk. Nampaknya Rose Valley tak banyak berubah, sama seperti aku g waktu rombangan sekolah dulu. Bunga-bunganya tidak semeriah dulu.

Kalau nak shopping cenderamata boleh beli area rose valley tu, murah jugak harganya tapi kat pasar malam Brinchang lagi murah cumanya leceh sikit, jalan sesak. Drive dari Kea Farm ke Brinchang kalo jalan tak sesak 10 minit boleh sampai tapi hari tu kami stuck sejam lebih, terpaksa juga sabar sebab nak g petrol pump kat Brinchang tu.
Pegi Cameron Highlands tak lengkap kalo tak beli strawberry dan bergambar kat ladang teh kan..trademark kot. Kami sempat juga singgah di Boh Plantation, menikmati secawan teh o dan strawberry cheese cake..sebelum meneruskan perjalanan ke Kea Farm untuk membeli sayur-sayuran dan strawberry, sempat juga grab 5 jambak bunga ros, ros cameron kan murah, cantik jugak.
Selesai misi utama ke Cameron Highlands, photoshot dan beli bunga kincham @ lily bud (bunga kincham masak lemak dengan udang sedap tau) kami pun bergerak pulang, sampai rumah dalam pukul 10.30pm, mujurlah tak hujan masa turun dari Cameron malam tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Friday, October 10, 2014

Semak Baki Tabung Haji melalui Maybank2u

Syarat wajib, kena aktifkan akaun Tabung Haji di Maybank, boleh daftar melalui mesin ATM Maybank.

Kaedah semak baki Tabung Haji secara online melalui Maybank2u.
Login ke akaun Maybank2u anda. Klik pada Account & Banking. Kat mana harus klik saya highlightkan dengan kotak merah.
Akan keluar paparan seperti gambar di atas. Klik pada transfer.
Selepas anda klik transfer, akan keluar paparan seperti dalam gambar di atas, sila klik pada Tabung Haji.
Bila dah keluar paparan seperti gambar di atas, klik Balance Inquiry, yakni untuk pertanyaan baki. Kalau nak pindahkan duit dari akaun Maybank masuk ke Tabung Haji, anda klik Fund Transfer. Boleh juga buat pendaftaran haji melalui maybank2u, sila klik pada Hajj Registration dan ikut langkah yang di paparkan di skrin.

So, tadi bila dah klik Balance Inquiry, paparan seperti gambar di bawah akan muncul di skrin anda.
Sila klik pada tulisan TH Account seperti dalam kotak merah dalam gambar. Nanti automatik akan muncul nombor akaun Tabung Haji anda, nama anda, baki semasa (current balance) dan jenis akaun anda. Ok siap! Dah puas hati tengok, sila logout & clear history untuk keselamatan.

Sekian...harap dapat membantu. Oh ya, anda juga boleh semak melalui MyTaha.Com.My 
Kerinduan yang tidak mungkin akan pernah pudar..murahkan lah rezeki kami Ya Allah..

Wednesday, October 8, 2014

Nasi Mandy Sedap di Alor Setar

Percutian pulang ke kampung sempena Aidiladha, aku berkesempatan menikmati hidangan Nasi Mandy sedap di Bandaraya Alor Setar. Sedap ni bergantung kepada deria rasa individu ye..bagi aku, aku suka dan kena dengan selera aku. Terima kasih kepada sepupu aku yang bawak aku p makan Nasi Mandy di sebuah restoran yang terletak di Jalan Pegawai, Alor Setar iaitu Restoran Cairo.

Aku rasa ramai orang Kedah yang dah tau pasal Restoran Cairo ni..cuma aku saja yang pertama kali makan kat situ. Dengaq kata pemilik restoran ni seorang ustaz, bekas pelajar Maktab Mahmud. Masa tunggu makanan, aku dan sepupu dok sembang-sembang tentang restoran ni, kami sama-sama setuju mungkin pemilik restoran tu pernah belajar di Kaherah, Mesir kot, mungkin pelajar Al-Azhar University kot..banyak sangat tekaan kami, tak tau betul ke tak.

Bau aroma nasi mandy itu saja buat kami tak sabaq untuk menikmatinya. Tak lama menunggu, akhirnya sampai Nasi Mandy Ayam yang kami pesan.
Nindia..Nasi Mandy Ayam terbaek! Nasi Mandy sedap, ayamnya pulak lembut, dimakan bersama cili sambal, acar dan sup. Sup kambing kata sepupu aku, tapi aku makan tak bau kambing..hmm licin. Aku pernah makan Nasi Mandy dari sebuah restoran S di Cyberjaya dan beberapa restoran lain, kerap jugak office aku buat makan-makan dan order Nasi Mandy dari restoran S cawangan Cyberjaya, mahupun Wangsa Maju, tapi pada deria rasa aku, Nasi Mandy yang aku makan malam itu di Restoran Cairo seolah-olah menggamit aku untuk berkunjung 4, 5 kali lagi. Harganya pula, hanya RM10.00 sahaja sepinggan, big portion of course!

Tuesday, October 7, 2014

Selamat Hari Raya Qurban

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.

Aidiladha tahun ni, Che Ah terpaksa tinggal suami yang bekerja di hari raya dan pulang ke kampung seorang diri menaiki pesawat Malindo Air pada malam 3 October. Selepas meneliti banyak perkara, terfikir mak ayah, adik yang beraya bersama isterinya di Miri, terkenang mak saudara yang sering keluar masuk hospital yang baru saja kematian suaminya dan aku tidak dapat balik pada hari kematian bapak saudara ku itu. Kebetulan juga Malindo Air buat promosi tiket murah. Selepas berbincang dan mendapat keizinan dari suami tercinta, tiket ku tempah 2 hari sebelum terbang. Alhamdulillah..terima kasih abang.

Semasa di kampung ku dengar berita kemalangan maut di Terowong Menora, Al-Fatihah buat mangsa. Kawanku yang memandu untuk pulang ke kampung mengambil masa 14 jam perjalanan. Aduhai..mau kematu bontot. Itu sebabnya setiap kali musim perayaan suamiku memilih ikut jalan lama untuk pulang ke kampung.

3 hari di kampung, malam Isnin tepat 8.20pm aku menaiki pesawat OD 1503 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim terus ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang bersama ketupat dan petai jeruk kegemaran suamiku. Tiba di airport sejam kemudian, suamiku sudah menanti.

Semoga Mak Jang cepat sembuh..risau hati melihat keadaan mak jang.
Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com