Thursday, October 31, 2013

Kulat Sisir

Kulat Sisir, anda pernah makan tak? Kulat Sisir, di sesetengah kawasan dikenali sebagai Cendawan Kukur, tumbuh di batang pokok getah mati, kalau pada pokok getah yang hidup dan masih mengeluarkan susu atau yang baru ditebang takdenye kulat sisir ni. 

Dulu, zaman kanak-kanak saya, aktiviti selepas hujan adalah p ke kebun getah yang ditolak untuk penanaman semula untuk cari kulat sisir. Kekadang nampak macam pesta kutip kulat sisir, apa tidaknya, ramai orang kampung berkumpul di satu-satu longgok batang pokok getah tu. Saya dan kawan-kawan pulak bertanding siapa dapat kutip paling banyak. 

Kulat Sisir boleh disimpan untuk beberapa tempoh dengan kaedah menjemur untuk mengeringkannya. Kemudian kalau nak dimasak, hanya perlu rendamkan di dalam air, kulat ini akan mengembang dan lembut. Kebiasaannya mak saya akan masak kulat sisir ni dengan cili tumis, memang kegemaran kami sekeluarga. Selain itu, boleh digoreng dengan telur, masak lemak cili padi dan pelbagai lagi.

Alkisahnya, kulat sisir ini banyak juga khasiatnya, mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Selain itu, ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati.

Dah lama sangat tak makan kulat sisir. Gambar-gambar ini diambil ketika balik kampung minggu lepas, kulat sisir tumbuh di batang kayu getah, yang disimpan sebagai kayu api untuk kenduri adik saya nanti.


Tuesday, October 29, 2013

Seketika di Laman Ayahanda

Assalamualaikum..

Kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan segalanya. Sesuatu yang diluar perancangan kami sebenarnya, long journey to the North..balik kampung. Apa pun syukur dapat berjumpa ayahanda dan bonda yang dirindui walaupun seketika cuma, kerana terpaksa bergerak ke rumah mentua pula untuk menyelesaikan beberapa perkara.

Tempek gambar pokok-pokok bunga yang ditanam oleh ayah di halaman rumah, bila rindu kampung halaman boleh tengok kat blog..

Ikan Haruan hasil pancingan











Rasa cinta yang mendalam terhadap bonda dan ayahanda
Belum puas rasanya bermanja
Apabila tiba waktu ketika perpisahan semula
Airmata bermain ditubir mata
Berat rasa hati untuk melangkah pergi 
Kerana rindu masih bersarang di hati
Bilakah akan bersua lagi
Saat indah bersama keluarga yang ku kasihi...

Monday, October 28, 2013

Balik Kampung~Kota Kuala Muda


Balik kampung, rumah Mentua di Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman, semalam (Ahad).
Monumen Tsunami, Kg Tepi Sungai.
Sawah Padi di Kota Kuala Muda
Sawah Padi di Kota Kuala Muda
Kuala Muda, Pulau Pinang disebelah sana

Kawasan pendaratan hasil laut Kota Kuala Muda, di sinilah Pasar Bisik.


Sekitar pukul 6.30pm, Ahad, Kota Kuala Muda, Kedah

3 beradik, anak Pak Saad
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermanja~

Friday, October 25, 2013

Dinner at Atap-Atap Restaurant Amcorp Mall

Selasa baru ni, encik hubby ambik kat office, then balik singgah kat Amcorp Mall, jalan-jalan katanya. Baru tau yang Romantika yang dulunya di Ground Floor telah berpindah ke tingkat 3, ingatkan dah tutup terus. Penat jalan, perut pun lapaq, kami singgah makan di Atap-Atap Restaurant  Portuguese Ikan Bakar kat Lower Ground (LG) Amcorp Mall.

My second time makan kat situ, but first time for encik hubby, makanannya not bad, sedap jugak. Harganya boleh dikatakan berpatutan la, price rate below RM20.00. Makanan macam nasi dan noodles around RM6.00 ke RM10.00 manakala Western food, berharga dari RM12.00 hingga RM20 sepinggan. Suasana restoran, bersih dan tenteram jugak sebab tak ramai orang, sesuai gak untuk discussion atau lunch meeting. Dekorasi restoran, biasa-biasa saja, ada aquarium besar kat tengah-tengah, ada ikan arowana silver dalam tu, yang uniknya ada ikan-ikan bergantungan jika kita mendongak ke atas.
Menu pilihan saya, Nasi + Daging Masak Merah dan minumannya, Ice Lemon Tea, manakala en hubby memilih Nasi Ayam Goreng Nyonya dan minuman Longan Ais.
Nasi Daging Masak Merah
Makanan saya ni, rasanya agak manis dan masam, mungkin campuran sos cili dan sos tomato, saya kurang menggemari rasa seperti itu.
Nasi Ayam Goreng Nyonya
Menu pilihan en.hubby ni sedap rasanya, baunya wangi, bauan daun kari dan rasanya sedap. Saya suka, kuahnya turut menjadi kuah nasi yang saya makan, kuah daging merah tu saya tolak tepi, next time pegi boleh order yang ni.


Overall makan kat sini, boleh la kalo nak p makan lagi, rate sampai 10, saya bagi 7/10, suasana, tenteram, makanan ada rasa dan servis cepat.

Lepas makan pusing seround, kemudian balik, ingatkan balik terus, rupanya melencong lagi ke Jusco Bukit Raja pulak, layan movie. 3 hari yang ponet botingkek-tingkek minggu ni...jalan, shopping but happy.

Esok cuti, boleh rehat dan bersenang lenang di rumah, now chillex je sambil layan bola Kelantan VS ATM.


Thursday, October 24, 2013

Review Filem - Special ID

Special ID, filem Aksi Hong Kong yang diarahkan oleh Clarence Fok, lakonan Donnie Yen, Collin Chou, Tian Jing, Andy On, Hanyu Zhang. Masa tayangan lebih kurang 99 minit.  

Filem ini mengisahkan seorang polis perisik rahsia, Chan Zi Long (Donnie Yen) yang menyamar dan menyusup masuk dalam kumpulan gangster Hong Kong yang diketuai oleh Xiong (Colin Chou). Hal ini adalah untuk mencari bukti kegiatan gangster yang berlaku di negara itu. Namun begitu identiti rahsianya itu diragui oleh Xiong, Xiong juga mengugut Zi Long dengan menggunakan ibu Zi Long dan meminta Zi Long untuk mengintip kegiatan Sunny, iaitu ketua gangster di Tanah Besar.

Kejadian itu, memaksa Zi Long untuk meminta menamatkan kegiatan penyamarannya itu daripada penyelianya, Sir Zhang (Ronald Cheng) kerana ramai perisik polis yang dibunuh, selain beliau amat risaukan keselamatan ibunya. Tapi penyelianya, tidak mahu beliau berundur sebagai perisik sebaliknya menghantar beliau (Zi Long) ke Tanah Besar China, untuk menyiasat identiti Sunny. Sir Zhang yakin bahawa Zi Long mampu untuk melumpuhkan kegiatan Sunny.

Mampukah Zi Long? 

Haruslah mampu! hero mana boleh kalah kan. Habis kereta Volvo dan Land Rover dihancur leburkan dalam filem ini.

Kenapa saya menonton filem ini? Saya adalah peminat Donnie Yen, both of us, husband and wife, suka aksi Si Donnie ni, sama macam filem Ip Man, Wuxia & others, walaupun sudah berusia 50 tahun, masih bertenaga lagi untuk berlakon filem aksi.

Kesimpulannya, tak rugi beli tiket..

Monday, October 21, 2013

Kelas Jahitan 2 Hari di KKKlang.

Assalamualaikum..

Hari Sabtu dan Ahad kelmarin saya p belajaq jahitan di Kolej Komuniti Klang, Kelas Jahitan Baju Kurung Moden (intermediate). Intermediate bermaksud untuk mereka-mereka yang ada basic menjahit baju, dah pernah jahit baju. Saya? langsung takde basic jahit baju, pernah jahit baju kurung Kedah masa tingkatan 3 dulu..namun dah lupa kot semua tu. Takpe! terjah je..

Alhamdulillah dapat ilmu baru selama 2 hari tu..dapat kawan baru..diorang semua pandai jahit baju, dah memang ada asas jahitan. Tapi, they are very friendly dan tak kedekut ilmu untuk bagi tunjuk ajar pada saya yang tak berapa pandai jahit ni..even nak masukkan benang pada mesin pun diorang ajar..

Kelas bermula pukul 8.30am sehingga 5.30pm, lunch time pukul 1.00pm ke 2.00pm, office hour kekdahnya, bayaran sebanyak RM66.00 untuk 2 hari, sehari jahit baju, sehari lagi jahit kain, bahan sediakan, makanan tidak disediakan.

Dua hari cuti yang memenatkan, 2 hari lunch dengan roti jagung gardenia & air mineral, namun banyak memberikan manfaat dan berbaloi-baloi.


Thursday, October 17, 2013

Lagi Keracunan Sebab Ayam

Semalam dalam akhbar Sinar Harian, ada lagi berita mengenai keracunan makanan disebabkan memakan daging ayam. Kes berlaku di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan. Para pelatih polis bantuan dikatakan menikmati hidangan rendang ayam, kuah kacang dan lontong, pagi kelmarin (hari raya) sebelum memulakan kerja-kerja melapah lembu korban. Rendang Ayam yang dimakan dipercayai sudah berbau, namun mereka terpaksa makan apa yang ada kerana lapar dan hendak mengalas perut sebelum melakukan kerja-kerja melapah lembu. Ekoran daripada itu, 168 pelatih polis bantuan mengalami keracunan makanan, cirit-birit dan muntah-muntah, 18 daripadanya terpaksa dikejar ke Hospital Jempol akibat keadaan semakin serius. Namun, 12 orang daripadanya dibenarkan pulang pagi semalam manakala 6 orang lagi masih dirawat di hospital berkenaan kerana keadaan mereka masih membimbangkan.
 
Sejak akhir-akhir ini banyak pula kes keracunan makanan disebabkan oleh daging ayam, daging ayam yang berbau dan tak elok. Namun pelik mengapa pihak berkenaan masih tidak mengambil ikhtibar dengan peristiwa yang berlaku di satu majlis kahwin di Kedah yang menghidangkan daging ayam yang tak elok sehingga menyebabkan para jemputannya mengalami keracunan makanan yang meragut nyawa. Diharapkan peristiwa ini memberi peringatan kepada kita semua, termasuk diri saya supaya lebih berwaspada dalam memilih bahan makanan terutama daging ayam.

p/s : Makan ayam kampung atau ayam hutan lebih baik dari makan ayam daging yang dicucuk sana sini.

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H


Assalamualaikum & Selamat Hari Raya semua...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menyambut Aidiladha sekali lagi pada tahun ini, di samping suami tersayang walaupun terpaksa berjauhan dengan ayahanda, bonda dan keluarga tercinta. Alhamdulillah, walaupun pertama kali menyambut hari raya berjauhan dengan mak dan ayah namun tiada airmata yang mengalir semasa mendengar takbir raya atau semasa bercakap dengan mak hari ini. Pertama kali beraya berjauhan dengan keluarga, sebak juga rasa tapi masih terkawal. Tak terasa sangat, awal pagi tadi kalut siapkan makanan dan bekal untuk suami bawa g kerja, kemudian g solat sunat Aidiladha di surau taman perumahan kami. Balik dari surau kira-kira jam 10 pagi, adik saya datang bertandang. Walaupun jauh dari keluarga ada jugaklah adik sebagai pemberi semangat. Adik pun tak cuti sebab bakal bercuti pada bulan depan selama sebulan sempena perkahwinannya nanti. Husband balik keja pukul 12pm, terus ke surau, surau ada buat majlis korban, 5 ekor lembu dikorbankan. Perbezaan raya kali ni takde acara ziarah menziarahi sanak saudara, dok rumah je, kalau kat kampung dah lama p merayap. Apapun rasa syukur sangat dengan segala kurniaan Allah Taala. InsyaAllah 4 minggu dari sekarang saya akan terbang pulang mengadap ayahanda dan bonda. 

Buat semua umat Islam seluruh dunia, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434 H, semoga berbahagia di samping keluarga tersayang. 



Monday, October 14, 2013

Pengorbanan~Aidiladha

Kalau aku balik kampung sambut Aidiladha, mesti waktu ni aku dok tolong mak aku balut ketupat, potong ayam untuk buat rendang. Adik aku pula sibuk tolong mesin nyoq, mesin rumput. Kak aku mesti sibuk kat dapur, kemas dan sapu rumah, prepare balang-balang kuih, still bersemangat walaupun jalan senget-senget, (implikasi patah paha dek kerana accident langgar lari Mac yang lalu, jahanam punya pemandu Proton Waja). Terbayang suasana di Aidilfitri yang lalu kemeriahnya. Lagi-lagi kalau abang aku balik bawak Abdullah Al-Amin dan Abdullah Fahim. Budak-budak tu nanti kalut nak main games kat handphone pastu kacau nak tolong tok depa potong lebihan daun palas. Happening gila kot! Walaupun adik beradik kami tak ramai, 5 beradik saja tapi sekali berkumpul macam-macam kerenah boleh tengok..

Aidiladha esok aku tak balik kampung kot, husband tak cuti, balance cuti en. hubby cuma ada 3 hari saja lagi dan 3 hari itu nak simpan untuk majlis walimah adindaku ituuu pada Disember nanti. Kesian kan, adik aku pulak nak kahwin buat last minute plan, nak nikah bulan 12 ni, bulan 8 raya tu baru confirmkan, elok la cuti dah tinggal separuh dah. Tolak ambik cuti pergi kelas, ambik cuti exam adalah baki 3 hari lagi. Cukup-cukup untuk 3 hari majlis, nikah, sanding dan bertandang, cuti en.hubby pulak tak tentu, keja shift bukannya cuti Sabtu, Ahad macam keja normal hour. Hmm..nasiblah..tapi tak pa, merancang dan perancangan, namun kita tak tau perancangan Allah bagaimana, semoga ada hikmahnya nanti.
Apa persiapan aku sambut Aidiladha di perantauan ini? Okeh, fyi, en.hubby hamba kerja pada esok pagi, katanya pelabuhan tidak ditutup walaupun pagi raya pada Hari Raya Aidiladha!! Raya Puasa je diorang tutup waktu pagi. Haa..bagus kan..hmm bagus sangat! Semalam aku dah rebus nasi impit dan buat kuah kacang (sejak jadi perantau ni aku dah pandai makan sikit-sikit.) Niat awalnya nak p cari daun palas buat ketupat tapi hubby cakap tak payah buatlah since cuti pun cuma sehari je. Ok, sebab aku nak menghidupkan jugak mood raya aku, walaupun esok aku mungkin akan berlinangan airmata terkenangkan kampung halamanku nun jauh di Utara, aku beli juga Ketupat Palas Nona..instant jugak. Satgi balik rebus ketupat palas dan buat rendang ayam, esok suruh hubby bawak p office dan plan nak buat bakso. InsyaAllah.

Kenapa aku tak balik raya ni, padahal hubby aku bagi je aku balik kampung..alasan aku sebab aku kesian dia dok sorang walaupun hakikatnya esok aku yang akan dok sorang waktu dia p keja. Tahun lepas aku balik Raya Haji tinggal dia sorang-sorang, then dia call mak dia cakap sunyi dok sorang-sorang, waktu dia call aku tanya makan apa, dia jawab p beraya kat rumah jiran. Hmm..faham-faham ja lah.

Sunday, October 13, 2013

Dinner Nasi Arab Marakesh

Assalamualaikum.

Niat di hati nak diet, tapi semalam encik husband ajak p tengok wayang dan makan kat luar..menolak? haruslah tidak sama sekali..hehe. Sang Cinta Hati hamba happy sebab dah habis exam, Jumaat last paper. Alhamdulillah, semoga peroleh kejayaan yang cemerlang. So kitaorang g Harbour Place Klang, nonton wayang filem Escape. Kemudian husband ajak p makan Buffet Steamboat Antarabangsa kat situ jugak, RM27.00 perperson tapi apabila melihat bahan-bahannya tidak seberapa, udang, ketam takde & banyak bahagian fishball tu dah kosong, tak banyak pilihan macam kat Flaming Steamboat, maka tak jadi la kami makan steamboat kat situ. Ubah haluan, jalan-jalan ternampak bunting Nasi Arab Marakesh Restoran, macam menarik, apa lagi teruslah terjah.


Menu di atas untuk set, menu utama + air (lemon ais tea atau soft drink). Saya order Nasi Mandy Kambing RM15.50 per set, saya order warm water (air suam), mulanya saya tanya ada tak air suam, waiter tu angguk je, pastu sekali datang bawak ice lemon tea daa..malas cakap banyak, minum je la.
Mandy Lamb
Ice Lemon Tea
Manakala husband saya order Nasi Zereshk Polo, pelik je kan nama, nasi + taburan kismis masam & ayam, minumannya 7up, RM13.50.
As usual, nasi arab portionnya banyak..sekak perut jugak lah nak perabih, gagah jugak, sayang kot kalo tak habis...bukan tabiat saya buang makanan. Sayang, lagipun kita patut bersyukur sebab ada nikmat makan macam-macam tak macam di negara yang sedang berperang tu. Bila diberi nikmat oleh Allah, ruginya kalo kita membazir kan..

Overall makan kat Marakesh Restoran ni, bolehlah, lain kali kalo nak p lagi, order satu set, share ngan husband ja la. Dekorasi restoran ni cantik jugak, bersih dan setiap Jumaat dan Sabtu ada penyanyi dari Morrocco menyanyi dan main piano. Sedap jugak nyanyian dan muzik dia walaupun sepatah haram saya tak faham..
Inside, no smoking area.

Penyanyi yang dimaksudkan, eh dia perasan ke saya ambik gambar ni?

Smoking area


Dekorasi cantik, ukiran, meja & kerusi pun cantik, bersih. Haa..satu lagi saya tengok garam dan serbuk lada dicampur dengan beras. Kenapa ek? petua ka? tidak pulak saya tanya kepada waiter tu..pelik kan..hehe.

Friday, October 11, 2013

KLPF 2013 & Friday @ Mid Valley

Assalamualaikum & Salam Jumaat..

Macam biasa lunch yang panjang hari ni. Dok kat Mid Valley ni sampai tak tau nak tuju ke mana, baik untuk window shopping ataupun tempat makan. Every friday, masing-masing blurr nak makan apa dan di mana untuk habiskan waktu 2 jam, walhal kalo ronggeng-ronggeng kat Aeon atau Metrojaya rasa kejap je masa berlalu, tapi kalo every week dah kat situ memang cemuihlah kan!

Hari ni tempat makan tak decide awal-awal kat mana, saya turun office tadi tengok 3 kawan saya dah tunggu kat depan Starbuck, bukan makan kat situ tapi cuma port untuk menunggu saja. Tanya nak makan mana semua macam tak tau..lepas tanya sana, tanya sini nak makan apa, keputusan diambil kita makan kat SweetChat saja la, maka menapaklah kami ke SweetChat.
Menu makan tengahari hari ni, Spagetti Bolognese & Peach Tea
Dah kenyang, tanpa arah tujuan kami naik ke tingkat 3 p Exhibition Hall, ada Kuala Lumpur Photography Festival 2013 yang bermula pada hari ni 11 Oktober 2013 sehingga 13 Oktober 2013. Ada pameran gambar dari koleksi jurugambar terpilih dan pertunjukkan kebudayaan di satu hall, and the other hall adalah jualan kamera dan peralatan photography dari pelbagai jenama. Siapa plan nak beli DSLR atau digital biasa, silalah terjah, start 11am hingga 10pm kot. Saya usha saja la..nak beli tak mampu lagi, cukup lah si merah cap ayam buat masa ni. Layan gambar sikit yang saya ambik pakai handphone samsung cap ayam saya.

Tourism Thailand

Picture of Himalaya by Professional photographer

Himalaya, cantik kan..

Bunga kat photo booth, nampak real tapi palsu.
Tu jelah gambar yang sempat saya ambik, segan nak ambik banyak-banyak.
Selasa ni Hari Raya Haji, saya tak balik kampung. Buat pertama kali dalam sejarah hidup, saya tak balik mengadap ayahanda dan bonda tercinta di kampung halaman, beraya berjauhan dari mereka..pertama kali sejak 28 tahun bernafas di bumi Allah Taala.



Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com