Tuesday, March 7, 2017

Krabi..Aku Datang

Assalamualaikum


Aku imbas kembali percutian ku ke Krabi, Thailand sempena ulang tahun kelahiranku setahun yang lalu sebagai kenang-kenangan. Mungkin juga mampu memberi sedikit maklumat pada kalian yang sedang mencari maklumat tentang percutian ke Krabi.

Trip pertama untuk tahun 2016, kononnya banyak trip la tahun 2016..Krabi Aku Datang! Sebenarnya boleh dikira sebagai hadiah birthday in advance untuk diri sendiri. Orang kata sebagai permulaan/beginner melancong ke luar negara seeloknya cuba negara yang dekat-dekat dulu. Ok disebabkan ini adalah pertama kali aku dan suami melancong ke luar Malaysia, Krabi menjadi pilihan pertama kami. Kenapa Krabi? Krabi dekat, masih Selatan Thai plus tiket AirAsia murah time tu.


Sebagai persediaan awal, aku banyak baca pengalaman rakan-rakan blogger yang pernah ke Krabi, thanks sangat korang yang banyak kongsi info tempat makan, review hotel dan macam-macam lagi kat blog. Sangat membantu tau, terutama bagi kami yang first timer ni. Seperti percutian dalam Malaysia, kaedahnya sama, bilik penginapan telah ditempah awal melalui Agoda. Aku bukan jenis yang main terjah saja tanpa perancangan sebab aku takut silap terjah aku kena tidoq kat masjid. Matawang Thai Bath aku dah tukar siap-siap di Mid Valley, untung juga office kat area Mid Valley, everyday aku boleh check rate, time murah aku tukar sikit-sikit.

31 January 2016, Pesawat AK868 selamat mendarat di Lapangan Terbang Krabi pada jam 1.50pm waktu tempatan. Alhamdulillah. Perkara pertama setibanya kami di Krabi, tukar simkad dulu, kami beli simkad tempatan untuk aktifkan internet, kalau banyak duit boleh la roaming line Maxis. Simkad untuk internet selama 7 hari cuma 100bath Dik Non! Berbaloi-baloi..internet pun laju takde pun yang sangkut kat pucuk pokok getah. Internet ni penting selain untuk upload gambar kat FB, wassap mak cakap dah sampai, penting sangat untuk google maps bagi backpackers macam kami suami isteri.

Dari airport nak ke Aonang, Aonang adalah kawasan pantai yang happening & tumpuan pelancong ke Krabi, banyak hotel kat sana.  Boleh grab taxi dengan rate 600bath atau nak bas, 150bath. Aku dan suami naik bas saja. Bas pun not bad, ber-aircond dan akan hantar kita sampai ke depan hotel. Alhamdulillah senang sangat dan dipermudahkan. Sesampai di Aonang GoodWill Hotel, bas berhenti betul-betul depan pintu hotel. 

Review Aonang GoodWill Hotel

Lokasi : Lebih kurang 1km atau 20 minit berjalan ke Pantai Aonang,  dekat dengan Masjid Aonang. Dekat dengan 7Eleven, sebelah hotel ada moneychanger & atm machine, dekat dgn tourist information centre. Very strategic location.

Staff : Friendly & helpful dan boleh bercakap English very well.

Room & toilet : Bersih ada private safety box, balcony untuk sidai baju lepas terjun ke laut.

Disebabkan kami ke sana ala-ala backpackers & bajet, kami tak ambil tour guide. Selama 4 hari 3 malam di Krabi kami sewa motosikal Yamaha Fino (skuter) dengan harga 200bath 24 jam. Senang sahaja nak dapatkan motosikal sewa kat Krabi, dekat hotel tepi-tepi jalan utama banyak orang yang sediakan perkhidmatan sewa motosikal.

Dari segi makanan, jangan runsing, penduduk Krabi banyak juga yang beragama Islam, banyak je kedai makan orang Islam. Kami setiap pagi breakfast kat kedai sebelah hotel penginapan kami. Ada 2 orang kakak bertudung menjual nasi lemak, pulut ayam dan nasi goreng pagi-pagi, ada seorang pakcik fasih berbahasa Melayu juga turut berniaga di kawasan tersebut. InshaAllah dipermudahkan.

Cukup sebagai mukadimah 2017. Lama betul tak blogging. InshaAllah jika punya rezeki & waktu, aku akan update aktiviti sepanjang percutian ke Krabi.



Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com