Sunday, September 29, 2013

Shopping di Jalan Tunku Abdul Rahman


ASSALAMUALAIKUM

Hari minggu ni saya tak sunyi, sepupu dari kampung datang bertamu di rumah, adik saya jugak datang memeriahkan majlis. Seronok, takde lah saya bosan dan sunyi sorang diri waktu husband p kerja. Semalam kami p Jalan TAR, Semua House, KL shopping, tunaikan hajat sepupu dan shopping barang kahwin adik.

Lepas survey harga kat Sin Yin, dan sebuah lagi kedai barang kahwin di Lower Ground Semua House, kami naik ke tingkat U5, iaitu ke Sayang You. Nampaknya apa yang dicari lebih murah harganya di Sayang You, terus borong 1500 pack, then borong bunga teloq 11 kotak, selesai satu bab. Masa untuk saya dan sepupu pulak p borong kain pasang bukan untuk berniaga tapi untuk pakai sendiri sementara adik p solat dan tunggu kitaorang kat Sogo. Habis borong kain pasang kami p Mydin dengan tujuan nak cari towel kecik good morning tu, tapi apa yang kami jumpa adalah Mydin buat sales potongan sebanyak 50% untuk semua barang sempena penutupan kedai..memang murah sangat tapi tuala itu tiada, lain yang dicari, lain yang dibeli. Saya beli langsir untuk sliding door, 10 kaki, cantik..nanti rajin saya share gambaq. Sales Mydin adalah sehingga 14 October ini..silalah terjah.

Ok..cukup setakat ni..nanti sambung lagi..now nak p jalan-jalan Shah Alam pulak..



Friday, September 27, 2013

D.I.Y Thank You Tag untuk Doorgift

Assalamualaikum.
Masih dengan mood D.I.Y untuk keja kahwin adik. Minggu ni buat thank you tag menggunakan sticker paper. Design sudah ada cuma tinggal nak print sahaja. Tunggu cik abang tukarkan colour catriage yang terbeli silap kod. Tag terima kasih itu akan ditampal di love shape container sebagai door gift, isi dalaman bekas tuperware bentuk love itu belum diketahui, yang pasti makanan.


Tuperware love shape ni saya beli di kedai 2 ringgit, 1 pack ada 4 tuperware kecil, harga satu pack RM1.95, tajaan khas daripada en. suami untuk adik ipaq dia.

Ok, tak sabar nak siapkan dan tunjuk kepada bakal pengantin, mesti tak terlintas di fikiran adikku itu. Ada lebih kurang 2 bulan saja lagi namun ku lihat adikku masih slow and steady. Mungkin juga kaedahnya orang lelaki..letak saja duit, last minit boleh p beli.


Thursday, September 26, 2013

Wednesday, September 25, 2013

Aku Mahukan Zuriat

 Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik dan sempurna, Sesungguhnya Engkau mendengar (menerima) doa.


Pelbagai produk yang dicadangkan oleh kawan-kawan, Lumiglow, Shaklee, Qaseh Gold, Biodex dan Al-Khisbun, sampai saya sendiri tak tau nak buat keputusan yang mana satu. Namun hati ini lebih kuat memohon belas kasihan daripada Allah S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga  saya dikurniakan zuriat keturunan dan semoga waktu itu cepat tiba.

Walaupun hati ini kekadang bergelora hingga terbit juga airmata, namun diri ini tidak pernah berputus asa untuk berusaha dan berdoa dan terus berdoa. Diri ini tidak sedikit pun gentar untuk berusaha lagi selepas menjalani pembedahan ectopic pada Mac yang lalu. Mengandung dan melahirkan itu adalah Jihad dan saya juga ingin berjihad dan meraih pahala besar itu.

Merancang dan perancangan, namun perancangan Allah sajalah yang terbaik. Dia lebih mengetahui bila saatnya yang tepat. Dan pada saat Dia berkata Kun Fayakun! tidak awal seminit tidak lewat seminit ianya pasti akan terjadi mengikut aturanNya. 



 

Monday, September 23, 2013

Refleksologi Kaki di Taman Jaya

Semenjak dua menjak ni terasa sangat lenguh-lenguh badan dan sakit belakang. Mungkin sebab kurang bersenam, Ya! memang dah lama sangat tak berjogging dan lakukan aktiviti senaman sejak bergelar isteri orang ni. Badan pun dah makin tembun! Selain kurang senaman, pemakanan salah satu faktor gak, dah la bontot dok parking lama atas kerusi office..memang menjadi faktor lemah badan dan sakit belakang lah.

Malam minggu tu, rasa sakit dan sengal-sengal sangat kat belakang..sampai keluar ayaq mata gak la. Tak pernah kot rasa macam gitu selama ni. I know, badan penat, kerja di office, kerja di rumah dan ulang alik agak jauh dari office ke rumah, sampai otak selalu terfikir nak bangun pagi buka tingkap luas-luas hirup udara bersih, sejuk dan nyaman, no rushing, no calling, just relax.. sambil minum kopi panas dan dikelilingi pemandangan hijau yang nyaman. Hmmm..hoi! jauh sangat mengelamun. InsyaAllah jika ada rezeki akan tiba saat itu, tak lama dah. Then, minta suami sapukan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia..panas minyak tu buat badan rasa lega sikit dan boleh tidoq lena.

Esoknya ajak husband p dating kat Taman Jaya, PJ. Dah lama tak p sana, ingat zaman dulu-dulu. Ok, tujuan utama ajak husband p sana adalah nak pijak batu aka refleksologi kaki untuk kurangkan rasa lenguh-lenguh badan dan sakit belakang. Perhh..syahdunya boleh pijak batu-batu ni.

Ajak husband join sekali, mula-mula tak mau, pastu buka kasut jugak..hehe. Dua round saja dia stop, sakit katanya.
Lama jugak saya melepaskan rindu pada batu-batu ni 40 minit ada gak kot. Alang-alang dah ada depan mata kan, balik rumah bukan ada batu-batu ni untuk dipijak. Cakap kat husband nanti nak mai lagi ye, katanya InsyaAllah kalau tak keja dan tak rushing. Mungkin lepas beliau exam la kot. Alhamdulillah..bagus gak kesan pijak batu-batu ni.


Lepas tu kami singgah Amcorp Mall, ingat nak terjah Romantika dalam Amcorp Mall tu tapi nampak gayanya macam dah tutup atau dah tak beroperasi lagi di situ. Sebelum balik sempat juga la grab sehelai tudung.

Thursday, September 19, 2013

Ehh..Ratu Skuasy sertai TUDM?

Sinar Harian hari ini memaparkan isu Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David menyertai TUDM. Iye ke?

Betullah tu, sebelum ini Nicol telah menerima tauliah Pegawai Kehormat TUDM sebagai Majer Udara pada 19 september 2012 setelah diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong, kiranya setahun yang lalu la.

Jika selama ni kita dok tengok Datuk Nicol ni asyik berskirt pendek saja, hari ini warga TUDM Kepala Batas, Alor Star  menyambut kehadiran Ratu Skuasy yang lengkap berpakaian Tentera Udara Diraja Malaysia. Baca selanjutnya

Wednesday, September 18, 2013

Raikan Raya Dengan Wall's Selection

Baru-baru ni Wall's ada perkenalkan 2 perisa baru aiskrimnya iaitu Wall's Selection Hershey's, ala aiskrim campuran dengan Coklat Kisses tu dan Wall's Selection Oreo campuran aiskrim dan Biskut Oreo. Bagi memperkenalkan dua perisa baru ni, pihak wall's ada menganjurkan program "sampaikan salam maaf kepada yang tersayang," ada dalam web ini http://www.huntfortheotherhalf.com.my/  Macam comel je kan. So sesiapa yang bertuah akan menerima seunit aiskrim daripada pihak Wall's.

Nak dijadikan cerita saya pun join jugak program ni, ala program free masuk je la bukan susah pun just taip wishes dan send. Malam tadi call mak, dia pun bercerita la, ada kad sampai kat rumah tadi, atas nama mak, hang ada hantaq kad raya ke? Kad aiskrim katanya. Saya macam pelik, tahun ni rasa tak hantar kad raya kat sapa-sapa pun, pastu minta adik bacakan. Hehe..baru ingatan mai balik..hahaha.
Pic. blurr sikit, adik snap pakai henpon cap ayam & send to wechat.


http://www.huntfortheotherhalf.com.my/#sthash.DBFoUTmx.dpuf
http://www.huntfortheotherhalf.com.my/#sthash.DBFoUTmx.dpuf
http://www.huntfortheotherhalf.com.my/#sthash.DBFoUTmx.dpuf
http://www.huntfortheotherhalf.com.my/#sthash.DBFoUTmx.dpuf
http://www.huntfortheotherhalf.com.my/#sthash.DBFoUTmx.dpuf
Apakah ucapan maaf yang saya sampaikan itu? Saya pun tak ingat dah apa yang saya tulis, tapi bila adik send semua ucapan saya tu..sengih je lah, siap tulis I Love U Mak! Hehe..segan nak kongsi kat sini.

Aiskrim Wall's Selection ni sedap, saya selalu juga beli Fruit Salad  dan Strawberry Cheesecake, mesti Aiskrim Hershey's ni lagi sedapkan sebab cekelat kisses hershey's tu pun sedap.

Monday, September 16, 2013

Makan di The Manhattan Fish Market

                                                                Assalamualaikum..

Lunch treat sempena menyambut ulang tahun kelahiran Kak Azita, ke berapa heh? hahahaha..biarlah rahsia.

Selamat Hari Lahir Kak Ita, semoga terus sukses. Makan bersama-sama dengan beliau & team di The Manhattan Fish Market, Mid Valley Megamall.

Mai nak review sikit makanan dan deco kat The Manhattan Fish Market Mid Valley.


Antara menu yang terdapat di The Manhattan Fish, ada juga pelbagai variasi pasta dan spagetti. Kami semua memesan menu dari set lunch. Saya memilih Manhattan Fish & Chips sebagai menu, fishnya adalah ikan Dori.

Ikan dori yang digoreng dan sangat lembut bersama kentang goreng, salad segar dan mayonis. Sedap jugak!


Dalam set lunch kita boleh pilih main course, air dan ada sup (sup of the day, so kita takleh pilih). Main course saya adalah seperti di atas, minuman saya pilih Peach Lemon Iced Tea. Minuman macam biasa macam kat tempat-tempat lain tapi kat sini harganya RM 5.90 segelas.

Sup of the day pada hari Jumaat adalah Sup Tomato, saya makan sikit je..not my taste..cannot go!



Deco tu kat area tempat kitaorang duduk je..segan nak ambik lebih-lebih. Overall makan kat The Manhattan Fish Market, ok la, rate 4/5 boleh diberikan. Tempat makan tak sesak, tak perlu tunggu lama sangat. Ok, sekian.

Sunday, September 15, 2013

Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Lelaki


Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka. 

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!

 Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi?

Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa?

Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai.

Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Artikel iluvislam.com
Penulis : Mohd Kasim 

Wednesday, September 11, 2013

Char KueyTiaw Sedap di Kerinchi

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..

Episod Jalan-Jalan Cari Makan kali ini kita terjah ke Kerinchi, Kuala Lumpur, Malaysia mencari Char KueyTiaw yang didakwa tersedap di kawasan sekitarnya..hehe~

Hello! tak perlu masuk JJCM kerana Char KueyTiaw di Kampung Kerinchi yang kini dikenali sebagai KL Gateway memang sedia dikenali ok, sudah berkurun di situ, setiap hari orang serbu sehingga kekadang perlu tunggu turn untuk duduk di meja makan, masih utuh dan sedap seperti selalu. Azimuddin Char Kueytiaw terletak di kawasan Kerinchi, KL, dekat stesen LRT Universiti, sebelah Apartment Vista Angkasa.
Nindia~Azimuddin Char kueytiaw terbaek
Ku beri penghormatan kepada Azimuddin Char KueyTiaw untuk bertempek di Blog cintazakirah kerana di situlah salah satu tempat yang meninggalkan nostalgia dalam hidup tuan blog. Dari bergelar si dara sehingga dipanggil mak cik, inilah salah satu tempat makan yang saya selalu singgah. Walaupun "partner" makan bersama tu telah bertukar dan tukang masak juga bertukar-tukar tapi rasa Char KueyTiaw ni masih sama..cuma kuantiti sahaja yang berbeza. Apa agaknya resepi rahsianya ya?

tempat masak atas van saja
Thumb up untuk Azimuddin Char Kueytiaw, semangat anak muda kampung dari Baling berhijrah ke Kuala Lumpur berniaga Char KueyTiaw. Char KueyTiaw tersedap pernah saya makan setakat ini. Cuma saya bimbang, kemanakah hala tuju Azimuddin Char KueyTiaw nanti, apabila Kg Kerinchi yang telah dirobohkan dan dibangunkan KL Gateway berserta pembangunan-pembangunan yang kian bertambah di sekitar Lembah Pantai, Pantai Dalam, Apakah Azimuddin Char KueyTiaw akan masih membuka meja untuk berniaga di tepi-tepi jalan? Semoga nanti masih ruang untuk Azimuddin Char KueyTiaw berniaga tanpa perlu lari dari pihak berkuasa.

Tempat jatuh lagikan dikenang,
inikan pula tempat bercita dan
bercinta..

Tuesday, September 10, 2013

MyKad Nikah

Cerita Kad Nikah kami, selepas setahun nikah baru kami p mohon. Maklumlah balik kampung sekali sekala pejabat agama tak buka, time depa buka kami pulak tak free nak p sana. Permohonan kad nikah kami buat di Pejabat Agama Daerah Pendang, ala yang sebelah pejabat pos dan sebelah Sekolah Kebangsaan Pendang tu. Sebelum p mohon kad nikah ni, mesti buat persediaan awal, google dan check website depa tu, sediakan apa depa nak baru urusan kita jadi mudah. Mai saya share sikit prosedur dan tatacara memohon kad nikah pintar untuk Negeri Kedah.
  • Borang permohonan di Pejabat Agama Daerah (kami mohon di Pendang)
  • Permohonan akan diterima bagi pasangan yang bernikah di dalam daerah sahaja.
  • Bayaran permohonan RM 40 untuk 2 keping Kad Nikah Pintar

  • sertakan bersama:
         -Salinan kad pengenalan suami / isteri disahkan
      - 2 keping gambar suami isteri ukuran passport (Lelaki bersongkok/perempuan  bertudung) 
        - Satu salinan surat nikah yang disahkan
  • Permohonan dijangka siap 3 bulan dari tarikh permohonan.

Penting bagi anda  untuk mengesahkan salinan sijil nikah dan salinan kad pengenalan. 

Jangan jadi macam kami walaupun dah tengok website tapi saya terlupa nak sahkan..p dalam pukul 2 petang mcm tu, kebanyakkan pegawai takdak nak minta depa tolong sahkan, last sekali kami p Balai Polis Pendang, ketua balai ada meeting, kami suruh abg polis yang ambik report tu sign dan cop, mujur pejabat agama terima.
Tuntutan kad pintar:-
  • Pemohon akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya pemohon tidak dihubungi selepas tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan, pemohon bolehlah berhubung dengan Pejabat Agama Daerah.
  • Pemohon dikehendaki datang sendiri ke Pejabat Agama untuk mengambil Kad Nikah bagi tujuan pengesahan melalui Cap jari pemohon dan pasangan.
Kad kahwin kami dapat agak lambat, lebih dari 3 bulan gak la, kami mohon Februari, bulan May saya call pejabat agama depa kata tak siap lagi. Saya call balik bulan puasa baru ni depa kata dah siap dah..kelia la. Ok masalah nak ambik kad, disebabkan saya balik kampung time public holiday, depa cuti jugak. Makanya saya minta tolong ayah p ambik. Mak saya kata depa macam berat gak la nak bagi tapi mak bagitau kata anak dok jauh, cuti sat takut takdan nak ambik kad ni. Depa buat surat, pastu suruh ayah saya sign, lepas tu baru depa bagi kad tu. Saya ada email pejabat agama ni padp@kedah.gov.my bagitau saya hantar wakil untuk ambik kad tu tapi haram tak balas pon tapi takpa lah, dah dapat kad nikah ni.

Ghupanya..belakang kad saja la
Senang ada kad pintar nikah ni, tak payah usung sijil nikah dah..hahaha, macam selama ni dok usung kad nikah kan! Tak pernah!

Monday, September 9, 2013

Mini Giveaway by Sfaezah

 Assalamualaikum
 

Saya menjadi follower ke-146 di blog Sfaezah. Terima kasih kepada Cik Faezah, a B2B kerana menganjurkan mini giveaway dan menjemput saya untuk menyertai. Jujur saya katakan ini adalah kali pertama saya menyertai program seumpamanya. Blog cintazakirah tidak pernah menyertai mana-mana program giveaway atau kuiz, kali ini tergerak hati untuk mencuba nasib..hehe. Cik faezah bertanyakan tempat-tempat percutian menarik yang pernah dilawati, beliau mencari idea tempat bercuti atau mungkin tempat untuk berbulan madu, maklumlah bakal pengantin.

Tempat bercuti yang saya rasa paling best pernah saya jejaki adalah Terengganu, "negeri cantik, budaya menarik, InsyaAllah orangnya pun baik-baik". Banyak tempat menarik boleh dilawati di Terengganu, contohnya Pulau Perhentian, Masjid Kristal, Pantai Batu Buruk, Air Terjun Sekayu, Pasar Payang, Tanjung Jara dan banyak lagi. Makanannya pun sedap-sedap dan murah, terutamanya Sata Kemaman. Kesimpulannya, saya suka g Terengganu.
K-Pop Style @ Tanjong Jara Resort, Dungun

Friday, September 6, 2013

Bisikan Nuraniku

 Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Zaljalali walikhram, Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musowwir.. 
Ya Allah~


 Ya Allah~Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu, zuriat keturunan yang baik dan sempurna, Sesungguhnya Engkau mendengar (menerima) doa.


Amin Ya Rabbal A'lamin~

Wednesday, September 4, 2013

Rezeki Hari Rabu

Pagi ni sampai office letak beg, nampak satu bungkusan merah atas meja. Sapa la yang bagi ni, buka tengok plastik merah tu ada benda ini :-
Jeruk Buah Pak Ali, 'belum pekena dah terasa' jeruk famous dari Pulau Mutiara. Tau dah la sapa bagi, beliau baru balik dari bercuti kat Penang dengan family sempena birthday beliau. Selain Jeruk Pak Ali, gelang hijau tu pun beliau bagi juga, cantik dan saya dah cewi dah pon.


Alhamdulillah rezeki di pagi hari, thank you so much Kak Elin.

Wordless Wednesday : Throwback~Me Back to School





Priceless moment: After 7 year, I wearing back my school uniform with the school badge..SMKSI. 
This event was on October 2011 less then 4 weeks before my nikah.

Tuesday, September 3, 2013

Minyak Naik, Naik Minyak

Harga mintak RON95 naik lagi RM0.20 @ dua kupang daripada RM1.90 seliter jadi RM2.10 seliter. Diesel pulak naik RM0.20 jadi RM2.00 seliter. Adui teruk-teruk..hari ni minyak naik, esok lusa kita tunggulah harga barang apa lagi yang naik. 

Menurut kata Perdana Menteri yang telah menerima mandat daripada rakyat pada PRU13 yang lalu : Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat. (rujuk)

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik berkata, pihaknya tidak dimaklumkan awal mengenai kenaikan itu dan pengumuman tersebut sememangnya sesuatu yang tidak diduga.

“Pada mulanya kami hanya dengar khabar angin dan anggap ia tidak betul. Kami tidak menjangkakan kenaikan yang begitu mendadak dan kadar 20 sen itu memang banyak dan akan membebankan pengusaha stesen minyak kerana kita perlu mengeluarkan modal lebih untuk membeli stok minyak.

“Kos operasi stesen minyak juga akan meningkat akibat kenaikan itu dan sudah pastinya pengguna juga akan terbeban kerana kos sara hidup mereka meningkat,” katanya kerajaan perlu cari mekanisme terbaik membantu rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi tidak seimbang sebelum menaikkan harga petrol.


Ni pulak saya ambik dari FB SSTDM :
Aduyai..yang kaya makin kaya, tak pikiaq ka kat rakyat yang hidup kais pagi makan pagi ja..



Monday, September 2, 2013

Yang Penting Halal

                                                  Assalamualaikum Semua..


Entri ini saya tulis adalah untuk rujukan diri sendiri dan moga menjadi manfaat untuk orang lain juga terutama saudara-saudara saya yang beragama Islam. Kalau kita lihat dan beli barang selalunya kita akan usha logo halal dulu kan..namun kadang kala tanda & logo halal itu agak mengelirukan kita. Tanda halal Malaysia pun kadangkala mengelirukan apatah lagi tanda & logo halal antarabangsa kan. Kalau produk Malaysia bolehlah lagi kita kenal-kenal dengan tengok brand dan pengeluar, kalo produk antarabangsa? Justeru itu, saya terpanggil untuk berkongsi entri mengenai logo halal Malaysia dan antarabangsa yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Source:TV3, Bernama

Logo halal seperti diatas ini tidak mendapat pengesahan dan kelulusan daripada pihak JAKIM dan JAIS. Logo-logo berkenaan dikeluarkan oleh syarikat-syarikat seperti di bawah :-
Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com