Friday, August 30, 2013

Aku, Duit dan MVC

                               Assalammualaikum, Selamat Sejahtera & Salam Jumaat.
 
Apa kelebihan dan keburukan bekerja di shopping mall, tempat kerja dekat dengan shopping mall? Banyak pro dan kontra yang pastinya dapat dirungkai. Anda tahu Mid Valley Megamall? Anda tahu The Gardens Mall? Bagi warga Kuala Lumpur, Selangor dan sekitarnya, nama dua kompleks ini bukanlah suatu yang asing pada halwa telinga kalian bukan? Dua gedung membeli belah besar di kawasan Lembah Pantai, Bangsar. Satu untuk golongan pertengahan dan satu untuk orang-orang kaya dan berlagak kaya boleh gak kot.

Aku insan kerdil yang dihimpit oleh kedua-dua gedung besar ini. Ya, aku bekerja dalam bangunan di antara Mid Valley Megamall dan The Garden Mall, dua langkah ke The Garden, tiga langkah ke Mid Valley Megamall. Seperti yang aku katakan terdapat banyak kelebihan dan kekurangan bekerja berhampiran shopping mall. Ok, kebaikannya, mudah untuk memperolehi apa yang kau nak, masak misalnya, barang basah boleh kau beli di AEON @ Jaya Jusco atau AEON BIG @ Carrefour, sayur, ikan, ayam, seafood dan macam-macam lagi. Office stationery, kalau tak cukup atau supplier lambat hantar, kau boleh p cari kat Jusco, Carrefour, MPH, Borders. (Baca Seterusnya...)

Wednesday, August 28, 2013

Facebook Sana Sini



Zaman la ni macam-macam boleh berlaku tanpa kita sangka dengan facebook pun boleh jadi. Facebook ni dibuat untuk menghubungkan manusia tapi kalau kita lihat banyak juga keburukkan facebook.Sampai ada seorang bayi meninggal dunia kerana kelaparan disebabkan si ibu sibuk bercucuk tanam dalam FB, main farmville, aduhai..

Haa..mati kerana status Facebook..berbaloikah? Di Malaysia pun pernah berlaku jugak, seorang lelaki kritikal kena belasah disebabkan status FBnya yang menimbulkan rasa tak puas hati kawan-kawan.



Ini pula satu hal disebabkan facebook, bercerai laki bini sebab facebook..aduhai..minta simpanglah benda-benda macam ni berlaku kat kita.
Okey, ini pantang larang berfacebook jangan sesekali, 2 kali, 3 kali dan beribu-ribu kali add bekas boyfriend/girlfriend as a friend. Boleh menimbulkan perbalahan antara suami isteri dan mungkin berlaku seperti kes di atas ni..lari ikut marka lama..dussh!!

Berfacebook silalah bertindak dan berfikir dengan bijak..anda dan saya kan intelligent, awas jangan terperangkap dengan jerat cyber..mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T.



Nota : Misi menapis dan memadam.

Sunday, August 25, 2013

Beg Kertas Untuk Adikku

                                                           Assalamualaikum...


Hari ni suamiku ada kuliah, lagi satu kuliah tamatlah semester kedua dan kena bersiap sedia menghadapi peperiksaan pulak. Hari ni bangun awal pagi untuk siapkan sarapan untuk suami sebelum ke kuliah, bihun goreng menjadi menu. Kuliah suami lazimnya akan ambik masa seharian, adatlah bagi seorang pelajar PJJ. Suami tak makan tengahari kat rumah hari ni maka saya tak perlu tergopoh-gapah nak masak untuk lunch, cukuplah bihun goreng pagi tadi buat mengisi perut sendiri. 

Memandangkan bersendirian di rumah, bagi mengisi waktu saya meneruskan kerja-kerja membuat beg kertas untuk dijadikan goodie bag majlis walimatul urus adik lelaki saya pada bulan Disember nanti. Sudah lama terbengkalai hari ini baru start balik. Beg kertas ini pernah saya buat untuk majlis kahwin saya dulu, kini buat untuk adik pulak dengan target 1000 keping beg kertas. Harap-harap saya rajin nak cukupkah 1000 keping. 
Baca seterusnya

Saturday, August 24, 2013

Beraya di The Boulevard Hotel, Mid Valley

Jamuan Hari Raya Neura Group di Wild Rice Restaurant, Level 9 The Boulevard Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur. Layan gambar je lah...

Sambal belacan, sambal kicap, cincalok, budu.

Kerabu Station

Dessert Station
Cantik tapi taktau apa rasa sebab time saya makan tu benda ni dah habis
Tables arrangement

Belum ada orang, kita bergambar dulu..


Deco di buffet line

Rojak buah, takdan aku nak makan dah habis..mai awal balik lambat tapi takdan nak makan..sapa nak jawab?

Air Sirap Selasih dan Tebu yang manis tahap nak bagi diebetis..mujur depa adjust lepas dibagitau.

Ketupat palas, nasi impit, kuah kacang & serunding disini

Harus ada sate daging dan ayam
Setiap tahun, jamuan raya buat kat sini tapi tahun ni tak tau kenapa pihak Wild Rice Restaurant boleh lupa kambing golek, menu wajib setiap tahun..pelik! Tak dapatlah kami semua makan kambing golek.








Please pray 4 Egypt




Friday, August 23, 2013

Cabutan Bertuah~Bertuahkah?

Hari ni ada Expo Makanan dan Minuman atau Food and Beverage Expo di Exhibition Hall, Mid Valley Megamall. Dek kerana lunch hour jumaat yang panjang berbanding biasa, saya pun p la usha kot-kot ada yang berkenan. Mula-mula ingat nak register untuk dapatkan goodie bag tapi orang ramai sangat, so malas nak beratur terus masuk. Takde apa yang menarik minat, saya pun beredar ke hall sebelah lagi, ada AEON Bargain Sales, p la jamu mata sempat jugaklah grab dress sehelai..hehehe. Lepas siap bayar baju dan nak keluar tengok kat registration tu dah tak ramai orang, terus kaki belok p situ. Register sebab nak dapat goodie bag je..isi dalam ada la sebotol mineral water dan sepaket cereal, cereal saya dah bagi pada Alan, officemate, saya ambik mineral water, brochure buang, beg tu letak baju, so takyah nak pegang-pegang plastik putih.



Lebih kurang sejam masuk office, terima satu panggilan telefon, ingatkan panggilan daripada kedai perabot, rupanya call dari stage exhibition hall, pengacara tu buat loudspeaker pulak tu, guna mic. ok.dengarlah suaraku yang lunak ini..haha. Dia tanya lokasi dan boleh tak p ke exhibition hall tu balik, mujurlah saya memang kat Mid Valley, kalo dah keluar dari Mid Valley, tak p dah kot. So p la..sambil berjalan sambil berfikir apa hadiahnya..excited
Inilah dia hadiah cabutan bertuah..POPCORN@BERTIH JAGUNG.
Hahaha..makanlah sampai kembung perut ye..bertih jagung satu raga, tapi bila tengok, belek punya belek..Made in Singapore, tanpa tanda halal, hati jadi was-was. Maka saya bagi popcorn tu pada chinese friends, for 3 office, ok lah..depa kata sedap. Takpa lah sedap pon, sebab hati was-was, haram makan makanan yang syubhah..so saya ambik raga sajalah. Maka hadiah cabutan bertuah untuk saya adalah raga pink itu.

Takde tanda halal


                                          Mencari yang halal itu wajib bagi setiap muslim.







Please pray for Egypt, for our muslim brother & sister.

Wednesday, August 21, 2013

How to Recovery Picture from the Blank SD Card.

                                                                 Assalamualaikum...


Petang ini kita digemparkan lagi dengan kes kemalangan bas jatuh ke gaung yang berlaku di Kilometer 3.6 Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur. Kerja-kerja membantu dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak polis, bomba dan Jpam. Kemalangan bas jatuh gaung ini dikatakan rekod terburuk sepanjang 17 tahun, setakat ini 45 orang telah ditemui dengan 29 orang darinya meninggal dunia selebihnya cedera. Takziah untuk keluarga mangsa.

Petang tadi saya dok kata nak recovery sandisk card saya yang tiba-tiba blank tu kan. Alhamdulillah, berkat kesabaran, jumpa jugak software dan kaedahnya. Alhamdulillah..dah boleh dapat balik semua gambar termasuk yang dah delete sejak zaman Tok Nadok lagi, lepas dapat balik semua gambar dan data yang saya kehendaki, save kemudian saya format la SD Card tu, memang tak boleh balik macam asal tapi yang penting dapat simpan semua data sebelum format. Ok la kan.

Ok, kaedahnya, saya jumpa link software ni dalam satu forum, tak jumpa pulak link forum tadi, tapi inilah link software yang boleh digunakan untuk dapatkan balik gambar-gambar kita yang dah terdelete, sengaja delete, dan tak boleh dikesan berikutan memori kad tak boleh dibaca atau rosak..Ini dia http://www.z-a-recovery.com/download.htm free download. Ada menu nak download apa, saya select General-purpose data recovery. Cara-cara nak guna silalah click tutorial, InsyaAllah senang je..cuma kena tunggu sikitlah sementara dia nak download dan cari data tu. Ok, sekarang saya nak sambung install social network saya dalam phone. Semoga berjaya bagi mereka yang menghadapi masalah seperti saya hari ni...


Please pray for Egypt, for our muslim brother and sister.



                                                                                                                     


Kosong! Kosong!

Tak tau pasai pa hari ni, cuba nak transfer gambar dari handphone ke PC guna card reader, mula-mula ok je, boleh buka dan view. Alang-alang dah buka, tengok-tengoklah from folder to folder, tapi bila time nak transfer gambar tu, takdan nak transfer lagi, tiba-tiba "Please insert a disk into drive F" something like that la. Ayat yang menunjukkan tiada removable disk atau memory card kita tak boleh dibaca. Ish..pasai pa..eject dan cuba semula tak boleh juga, pastu keluar ayat suruh format SD Card.

Aduhai..banyak gambar-gambar dalam tu yang tak save kat tempat lain. Sekarang pun masih tak boleh, "SD card blank and unsupported filesystem." Bila tekan, dia minta suruh format, " Are you sure you want to format the SD Card? All the data on your card will be lost." Okeh! my answers is I don't want to format and I don't want to lose all my memorable pictures in there! Do you hear me? Please back to normal!! Huhuhu.

Google punya google ada jumpa satu kaedah..satgi sampai rumah lepas buka puasa nak cuba try test tengok menjadi ka tak, download recovery software..mudah-mudahan menjadi, kalo tak menjadi jugak! Aku tukaq handphone baru..ehh..apa kena mengena. Takleh nak berfb, Instagram, WeChat, melalui handphone dah..sabo jelah!
Please pray for Egypt, for our muslim brother and sister.

Monday, August 19, 2013

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Antara tempat yang menarik di Pulau Pinang adalah Bukit Bendera, tak sah kalau p Penang tak naik Bukit Bendera. Saya pun inilah kali pertama menjejakkan kaki di Bukit Bendera. Best jugak..che ah kalo p jalan-jalan p mana yang tak best, semua best! Bukit Bendera ni kalau p time cuti sekolah atau public holiday ramai betul orang, parking pulak susah.

Kalau drive, ada 2 alternatif untuk ke pulau, pertama melalui jambatan dan kedua menaiki feri, sekali ngan kereta naik feri tau bukan orang je. Harga tiket dalam lingkungan RM6 atau RM8 (lupa dahuntuk sebuah kereta. Kami p ikut jalan laut, naik feri. Jom layan gambaq kami ambik ni.


StarCruise Libra..dok beranganlah lepas ni boleh p bercuti naik starcruise plak

Penang Port, kalaulah husband boleh pindah mai keja sini..


Kita dah nak sampai

Nak naik Bukit Bendera kena beli tiket RM8.00 untuk dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Itu harga untuk warganegara Malaysia yang ada MyKad. Kalau tanpa MyKad, harga lain..tentulah lebih mahal. Kalau kita p dengan keluarga boleh ambik pakej, harga pakej adalah lebih rendah, RM 18 untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak..murah gak la kan.





Bukit Bendera atau dahulunya dikenali sebagai 'Penang Hill' mempunyai ketinggian 
lebih kurang 830 meter dari paras laut. Bukit Bendera ini telah dibangunkan oleh Francis 
Light dengan menggunakan buruh-buruh dari India dan orang-orang tempatan.







Balai Polis Bukit Bendera


Me & my sis in law yang still single.
Seronok dapat p berjalan-jalan tengok tempat orang, di samping dapat senangkan hati, dapat  juga pengalaman baru, buka minda dan pemikiran...ok, next nak p mana pulak?

Friday, August 16, 2013

Jeruk Petai

               Assalammualaikum, Salam Sejahtera Readers...thanks for visiting my blog!


Kelmarin balik kerja, jenguk-jenguk petai dalam guni yang dibawa dari kampung halaman tercinta di Kedah. Gigih mak dan hubby kait petai untuk saya bawa mai Port Klang, dek kerana kegigihan kedua cinta hati saya tanpa pantauan saya, sampai Port nak angkut barang dari kereta terkejut tengok petai seguni kat bonet..ahahahaha..apa nak buat petai seguni duduk 2 orang ja, nak makan pon 2 orang ja..tau la kami suami isteri memang suka sangat dengan petai..tapi takkan sampai seguni baja..hahaha, nak suruh berniaga ka?
Petai import dari kampung..terbaek dari ladang

Tengok petai-petai tu dah masak dan bertukar warna kehitaman, nak buang sayang, nak makan tak terhabis dah, buat jeruk petai la, call mak tanya macam mana kekdahnya. Dengan gigihnya rebus petai-petai tu, bila dah mendidih padamkan api kemudian asingkan dari kulit.
Rebusan petai
Rendam isi-isi petai tu semalaman untuk tanggalkan segala selaput-selaput. Semalam balik kerja terus proses isi-isi petai tu, cuci bersih dan buang selaput-selaputnya, masukkan dalam balang, kemudian masukkan air masak suam dan garam, terus letak dalam peti sejuk. First time buat jeruk petai ni, harap-harap menjadilah macam jeruk petai mak.

isi hitam yang dah masak, putih belum masak

Tunggu hasilnya, hari Ahad ni dah boleh cuba try test kot. Kalau ada yang teringin nak makan jeruk petai jemputlah mai rumah. Hmm..selagi tak habis petai tu, selagi tu lah setiap menu ada petai, petai sambal ikan bilis, petai sambal udang, jeruk petai, ulam petai..haha harum semerbaklah jamban kami, pastu jenuh Mr. Muscle nak tolong cuci.
Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com